gambar : google |
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan dan kebesaranNya ialah Dia menciptakan untuk mu pasangan suami isteri dari jenis mu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram antara satu sama lain, dan dijadikan di antara mu rasa kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
-Rom , ayat 21
Subhanallah..Cantik sungguh padanan ciptaan Allah ini. Masing- masing memiliki ciri-ciri dan keistimewaan tersendiri. Saling memberi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing, saling melengkapi..
Dari Abu Hurairah r.a ia berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”.
(H.R Bukhari dan Muslim)
Komunikasi yang berkesan antara pasangan penting dalam membina hubungan suami isteri. Memang diakui, setiap insan memiliki perwatakan yang berbeza. Ada yang memiliki pasangan yang pendiam, tidak banyak cakap dan berkata apabila ada yang penting sahaja. Tidak kurang juga perwatakan yang berlawanan. Seorang yang ceria, sedia berkongsi apa sahaja dan mudah bercerita. Jangan jadikan titik perbezaan ini sebagai jurang. Sebaliknya,cari kaedah yang sesuai untuk diserasikan. Jangan memberi alasan pasangan sukar menerima teguran dan mendengar nasihat. Cari medium/perantara yang selamat yang dirasakan sesuai untuk menyampaikan maksud.
Komunikasi bukan sahaja terbatas dalam konteks mata bertentang mata. Yang dekat, malah berjauhan juga bukan penghalang untuk isi komunikasi itu sampai. Teknologi kini banyak memudahkan kita, usah salah gunakannya untuk menyebar isu atau berita hangat yang entah betul atau tidak kesahihannya. Sebaliknya, sebarkanlah info, kata- kata , pandangan positif yang membina. Walau ia disampaikan dalam bahasa santai, (tidak dilihat terlalu memberi nasihat), inshaa allah penerimaannya akan disambut secara positif.
Aplikasi facebook, whats app dan pelbagai lagi yang ada kini amat saya suami isteri senangi. Walau tidak dapat berkomunikasi dengan mulut dan telinga, namun komunikasi melalui bahasa dan penulisan rasanya lebih halus juga untuk diterima hingga ke hati. Pesanan, titipan, teguran dan peringatan sang suami (pasangan) tidak dirasakan/didengar keras apabila menyampaikannya kepada sang isteri (pasangan) melalui medium ini. Malah komunikasi melalui medium ini boleh dihayati, dibaca setiap masa, tatkala diri memerlukan pengisian untuk muhasabah diri.
Jangan disebabkan sudah tinggal bersama dan serumah menjadikan pesanan sms, whats app dipandang sepi untuk kita suami isteri. Sedangkan dengan rakan, kumpulan sosial yang kita sertai kita rancak berbalas pesanan. Jadikan setiap hari ditempat kerja malah di dalam rumah bersama pun, perantara itu menjadi medium komunikasi antara pasangan. Usah dibiar semasa fasa jatuh cinta suatu masa dulu sahaja kita rancak, tetapi kini setelah cinta dimiliki, kita memandang sepi. Bangunkan cinta selepas jatuh cinta, semaikan cinta selepas menanam cinta semarakkan cinta selepas menyemai cinta. Inshaa allah.. Berkasih sayang, bercinta dalam redha Allah itu yang kita cari.

Syukur Ya Allah.
Semoga saya sentiasa dahagakan teguran yang membina dari suami tercinta untuk saya membaiki diri agar gelaran isteri, ibu dan wanita solehah saya miliki serta menjadi bidadari suami saya bukan sahaja di dunia, malah di syuga kelak.
No comments:
Post a Comment