Thursday 26 December 2013

Minyak Zaitun Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. ” 
(QS. Al-An’ aam 6: 99) 

Nabi s.a.w. bersabda:
“Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tirmizi)

Minyak zaitun telah dikenali sebagai minyak yang memiliki banyak khasiat. Khasiatnya tidak hanya untuk kesihatan dan kecantikan, namun ia juga sesuai digunakan sebagai bahan masakan, sebagai bahan bakar,  dan lain-lain. 
Kali ini saya ingin berkongsi khasiatnya khas buat si ibu yang sedang mengandung. Ia sangat baik jika diamalkan secara konsisten oleh ibu-ibu yang comel ini.. :)  Minyak yang kaya akan vitamin dan mineral ini sangat bermanfaat bukan sahaja bagi ibu, malah bagi bayi yang dikandung juga. 
Boleh baca disini untuk ketahui khasiat minyak zaitun secara umum yang sememangnya elok untuk semua baik lelaki dan wanita, yang suda berkahwin atau belum.. :)

 klik sini  Minyak Zaitun Dan Khasiatnya


1) sebagai amalan pemakanan yang kaya nutrisi

Ibu mengandung digalakkan menjadikan minyak zaitun sebagai rutin dalam diet, kerana ia membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus (bayi).

Minyak zaitun mengandungi protein, air, lemak, kalori, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, vitamin E. Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun yang terdiri daripada asid oleik (jenis tidak tepu mono), asid linoleik dan sedikit asid linolenik.

Kajian menunjukkan asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser, anti penuaan malah bagus untuk bayi dalam kandungan.

Manakala asid linoleik dan linolenik (dari jenis asid lemak tidak tepu poli) mengandungi omega 6 dan omega 3 yang menepati nisbah yang diperlukan oleh kita. (tak perlulah lagi kita cari supplement omega lain..)

Kajian yang dijalankan juga mendapati kandungan lemak di dalam minyak zaitun ini adalah sama khasiatnya dengan lemak yang dihasilkan oleh ibu yang menyusukan anaknya.

Maksudnya kita memperolehi khasiat lemak yang sihat. Kalau ibu menyusu amalkan minyak zaitun, maka bertambah-tambahlah lemak yang yang sihat yang disalurkan untuk si kecil.. :)

2) stertch mark dan gatal
Minyak zaitun kaya dengan vitamin E sebagai sapuan membantu mengurangkan kegatalan dan mencegah timbulnya stretch mark.Untuk stretch mark yang lama juga , ia boleh bantu memudarkannya. Yang penting kena rajin lah ye untuk memanjakan diri dengan sapuan minyak zaitun ini ke badan kita. :).

3) Masalah sembelit (sukar buang air besar)


Ibu yang sedang mengandung/dalam pantang selalunya ada mengalami masalah ini. Amalkan makan minyak zaitun untuk mengatasinya. Dan adalah lebih bagus juga kalau kita  banyakkan makan buah, sayuran, minum air putih dan kurangkan makan pedas juga.. :)



Minyak zaitun menggalakan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

4) sebagai minyak urut
ketika mengandung adakalanya kita mengalami masalah kejang (cramp) bahagian kaki. Memang sakit kan.. saya pun pernah alaminya.. kadang kala rasa hendak menangis kalau kejang tu 'berjaya tarik'. huhu..
Amalkan urutan dengan mintak zaitun, inshaa allah dapat mengurangi rasa 'keras' akibat kekejangan tersebut disamping melancarkan perjalanan darah dan mencegah timbulnya urat-urat halus. (akibat perjalanan darah yang tidak lancar)

Bagi saya, saya amalkan kapsul minyak zaitununtuk makan 2 biji sehari dan lotion minyak zaitun (tambahan haruman lavendar) dari minsyam. Sangat mudah dan pastinya ia produk berkualiti. Penghasilan minyaak zitun kapsul tersebut adalah menggunakan proses perahan sejuk yang menjaga kualiti minyak zaitun tersebut.

Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. 

Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.

Inshaa allah untuk ibu-ibu yang berminat boleh hubungi saya. ( bukan sahaja ibu, malah yang belum berkahwin, lelaki pun sangat digalakkan amalkan minyak zaitun 
ini.



Boleh cuba pakej sebulan rm30 + rm6 postage.



lotion minyak zaitun minsyam
kini pek baru 80 ml, rm18




********************************************************************



Oh ya, minyak zaitun juga antara kandungan di dalam himpunan makanan sunnah qaseh gold adinda.

boleh klik sini untuk ketahui lanjut bagaimana qaseh adinda bertindak sebagai milk booster milk-booster-penambah-susu-ibu.html







awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : al-atiff shop



No comments: