Showing posts with label Business Online. Show all posts
Showing posts with label Business Online. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Jana Pendapatan Dari Rumah


Teks : Guru Online Anys Idayu Zakaria


Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah? 
Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.


Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan? 
Semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan
Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.

Kembali bekerja

Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.


Sasaran dalam jangka masa pendek 
Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)
Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.


jom bersama kami, akademi bekerja dari rumah.. inshaa allah dengan usaha, komitmen dan konsisten inshaa allah boleh berjaya..

hubungi saya, 
rakan Akademi Bekerja Dari Rumah
`Awatif Mohd Ali
019-2399079
awatifm.ali@gmail.com

Thursday, 3 April 2014

Untuk Suri Hebat - Kelas Asas Blog Dan Fanpage

Teks : `Awatif Mohd Ali

Bismillah..

Ada yang bertanya, bagaimana saya memulakan langkah berblog, tak kurang yang bertanya dari mana saya belajar?

Mari saya buka rahsianya.. :)

Saya mula berjinak-jinak berblog pada tahun 2008, tetapi blog saya hanya suka-suka. Belajar sendiri godak-godak nak memulakan blog. Pengisiannya? Masih perkongsian catatan pengalaman dan sedikit pengetahuan.

Untuk bisnes online, juga saya mulakan langkah dengan sendiri. saya wujudkan fanpage, tetapi suam-suam kuku. Saya mencari-cari kaedah untuk mempromosi blog dan fanpage saya..

Sehinggalah saya terbaca status facebook sifu online saya, Puan Normi Yusof yang mewawarkan tentang kelas asas blog dan fanpage. Wah, menarik.

Uniknya kelas ini secara online sahaja dan boleh mula bila-bila masa yang kita sudah sedia. Masanya juga fleksibel dan segala tunjuk ajar, tips dan pertanyaan berlagsung secara maya. Ianya kelas untuk mereka yang memang benar-benar tidak tahu untuk bermula, atau pun sudah bermula tetapi mahu berjaya lagi.

Sekiranya kita konsisten dan fokus menghabiskan tugasan, maka cepatlah kita bergraduasi.. :) Dan cepat jugaklah kita mengorak langkah seterusnya untuk lebih berjaya.

Bagi saya, saya terlambat bergraduasi. Hehe.. Tidak perlu saya ulas dan memberi alasan komitmen berkeluarga atau sebagainya.. Sebenarnya semua terletak pada jati diri dan kesungguhan masing-masing bukan?

Alhamdulillah, kini saya menarik nafas lega, langkah demi langkah saya atur untuk terus berjaya.

Oh ya, selain itu banyak faedah lain yang saya perolehi dari kelas ini. Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah dan suri bekerjaya. Kami boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.


Jom.. suri-suri hebat semua.. Anda juga boleh bermula dan berjaya.. boleh bertanya lanjut dengan saya.. :)

********************************************************************************

Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih - Qaseh Gold Adinda (wanita)
                                                                             - Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
                                                                             - Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun 
Bedak Arab 50gram




awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP

Wednesday, 12 March 2014

Makanan Sunnah Untuk Anak-anak - Qaseh Gold Junior

Bismillah..

Alhamdulillah.. Saya, suami, ibu dan juga ada di kalangan keluarga saya mengamalkan makanan sunnah dalam menu harian. Habatus sauda dan minyak zaitun kami amalkan dari rangkaian Minsyam sebagai ikhtiar mengamalkan pemakanan sihat dan langkah pencegahan penyakit.

Sudah lama saya fikirkan bagaimana saya ingin khasiat makanan sunnah ini turut sama dirasai oleh anak-anak saya yang berumur 2 setengah, 3 setengah dan 6 tahun setengah. Alhamdulillah, kurma memang mereka makan, tetapi bagaimana dengan habatus sauda dan minyak zaitun? Tidak mungkin saya berikan mereka kapsul Minsyam kan..

Pernah dengar produk Qaseh Gold Adinda dan Qaseh Gold Kekanda dari Ana Edar? Kedua-duanya untuk diamalkan bagi remaja dan dewasa. Tetapi, khas untuk anak-anak saya berikan Qaseh Gold Junior. Apa itu?


 Ianya adalah gabungan makanan sunnah seperti kurma,  madu, buah tiin, zaitun, habbatus sauda, delima, air zam zam, gam arab, zaffaran, gingko , pegaga, garam bukit,  dengan kehebatan BADAM, BAYAM & KISMIS. Ia bercirikan anti oksidan dan anti bakteria yang antara lain membantu tumbesaran, menguatkan sistem imun, meningkatkan tenaga & kecerdasan si manja anda.





Ramuan-ramuan yang tinggi nutrisi dan diperlukan untuk sistem imunisasi, minda dan kesihatan fizikal anak2.



Anak yang bagaimana perlu makan Qaseh Gold Junior?



1-yang memilih/tiada selera makan
2-yang kerap/sedang jatuh sakit

3-yang sukar makan ubat

4-yang suka makan makanan segera/makanan rapu
5-yang tidak suka makan sayur
6-yang sedang mengalami alahan/batuk/selesema/kahak
7-yang ingin kekal sihat, cergas dan cerdas!



Sesuai dari 1 tahun - 12 tahun.

Qaseh Gold Junior - pemakanan kesihatan berasaskan pemakanan Sunnah yang bertaraf Halalan Thoyyiban (Halal Lagi Baik).

Sebagai Muslim yang sejati, pemakanan halal lagi baik adalah panduan amat baik untuk kita amalkan setiap hari untuk mendapat keberkatan daripada rezeki yang Allah kurniakan dan mendapat kesihatan terbaik. Insya-Allah.




harga : RM60, 430ml



Aturan pengambilan :

1 kali pagi sebelum sarapan, dan 1 kali malam sebelum tidur


sukatannya -

1-3thn : 2.5ml (satu sudu kecil)
4-6thn : 5ml
6thn ke atas : 10-20ml


Inshaa allah, nanti saya kongsikan pengalaman anak-anak saya amalkan Qaseh Gold Junior ini.



Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079


Friday, 3 January 2014

English Cotton - Baju kurung siap

Bismillah..

Cantik tak baju kurung  dari English Cotton ni? Ini hanya contoh sahaja. Bayangkan kain-kain dalam koleksi yang ada itu dibuat baju kurung? Mesti nampak manissss... :)









Ini koleksi dari stok terdahulu. Inshaa allah, kami akan buka juaga jualan untuk baju kurung siap design corak yang terbaru. Nantikan.. :)

Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

Thursday, 2 January 2014

Makanan Sunnah - Habatus Sauda dan Minyak Zaitun Sebagai Antioksida

Bismillah..


Seringkali kita terdengar sesuatu makanan/ makanan tambahan memberi antioksida kepada badan.


 Tahukah kita apa antioksida dan kepentingan antioksida ini?

Antioksida merupakan kumpulan untuk zat seperti vitamin, polipenol, karotin dan mineral yang berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. Penyumbang kepada radikal bebas ini adalah seperti radiasi, pencemaran, jerebu, asap dan sebagainya.


Serangan radikal bebas inilah yang akan merosakkan sel-sel di dalam badan sehingga boleh menyumbang terjadinya proses penuaan, kanser, sakit jantung dan lain-lain. 



Maka dengan sebab itu pentingnya antioksida ini.



Antioksida memberi pelbagai manfaat pada kesihatan tubuh badan manusia. Antaranya :-


Anti penuaan
Antioksida terkenal dalam fungsinya sebagai anti penuaan. Ia  mencegah/melambatkan proses penuaan sel-sel tubuh sehingga membuat fungsi tubuh tetap terjaga dengan baik. Ia juga melambatkan kedutan di wajah dan kulit.

Menguatkan sistem imun/kekebalan tubuh
Sistem imun yang kuat akan mencegah diri dari mudah terkena penyakit, jangkitan virus dan juga bakteria

Mencegah penyakit jantung
Antioksida membantu mencegah penyakit jantung 

Melindungi sistem saraf pusat
Kombinasi makanan dengan antioksida membantu mencegah penyakit seperti kelainan saraf, termasuk autisme, depresi, dan skizofrenia.
Menyihatkan mata
Antioksida penting dalam menjaga kesihatan mata, Makanan kaya antioksida mampu menurunkan risiko kebutaan dan penyakit lain yang menyerang mata seperti glaukoma

Mencegah kanser
Pengambilan antioksida yang mencukupi dikatakan dapat mencegah risiko kanser.

Sumber Antioksida
Buah-buahan dan sayuran seperti kurma, kismis, blueberry, blackberry, strawberry, respberry, plum, brokoli, tomato, anggur merah, bawang putih, bayam, teh, gandum (biji-bijian) merupakan sumber antioksida semulajadi. Tapi dapatkah kita menikmati khasiat dari sumber ini setiap hari?

Habatus sauda dan minyak zaitun juga adalah makanan penyumbang antioksida ini. Kini ia boleh didapati dengan mudah dalam bentuk kapsul. Kami bawakan kepada rakan-rakan habatus sauda dan minyak zaitun Minsyam. Inshaa allah kualitinya adalah yang terbaik menggunakan teknik perahan sejuk.


Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. 

Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.



Boleh cuba pakej sebulan
 - habatus sauda rm36 
 - minyak zaitun rm30
                      +pos rm6
                                                      








awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP






Inshaa allah, kita berusaha dengan makanan sunnah ini.

Tuesday, 31 December 2013

English Cotton - Comelnya si kecil..

Bismillah..

Buat peminat English Cotton, ia bukan sahaja sesuai untuk kita wanita sahaja. Malahan buat si kecil, ia nampak lagi comel dan cantik..hehe..

Tapi yang penting sekali, mereka merasa selesa..


Boleh layari fan page kami, KAIN ENGLISH COTTON untuk melihat pelbagai variasi warna dan corak english cotton ini.

Untuk ketahui keistimewaan English Cotton kami, boleh klik di entry kami yang lepas,

english-cotton-cantik-dan-selesa


Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

English Cotton - Cantik dan Selesa

Bismillah..



Baju / pakaian, malahan cadar dari kain kapas (cotton) memang memberi keselesaan kepada kita.

Kali ini kami ingin berkongsi koleksi terbaru kami, kain meter English Cotton yang inshaa allah dijamin :-
  •  dari gred AAA, 100% cotton tanpa polyster.
  • kain yang sejuk, lembut dan tahan lasak.
  • tidak kecut dan luntur warna
  • kurang kedut dan senang gosok
  • tidak licin
  • sederhana tebal
  • tidak jarang (tidak perlukan lining/inner di dalam)
  • dan semestinya sejuk dan selesa dipakai..

Kami sediakan
  •  kain yang telah siap dipotong 4 meter,(bidang 45)
  • rakan-rakan ada pilihan samada ingin 4 meter satu corak, atau memilih konsep 'mix and match' (2 meter corak lain+ 2 meter corak lain)
Antara contoh-contoh koleksi kami..

Rakan-rakan boleh ke fanpage kami, : KAIN ENGLISH COTTON untuk melihat lebih banyak pilihan dan variasi yang cantik dan comel-comel..
oh ya, koleksi ini bukan untuk kita sahaja.. malah untuk anak-anak pun sangat comel dan cantik menggayakannya. yang penting, keselesaan.... :)















Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

Monday, 30 December 2013

Testimoni : Bedak Arab Kokuryu

Bismillah..

Alhamdulillah.. Testimoni dari pelanggan yang berpuas hati.. :)



Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

Makanan Sunnah - Pakej Habatus Sauda dan Minyak Zaitun


Pakej Habatus sauda + Minyak Zaitun (kapsul) 40 hari.


Dapatkan pakej 40 hari produk MINSYAM (4 peket sofgel habatussauda + 4 peket kapsul sofgel m.zaitun) untuk kita kekal sihat dan beramal dengannya..

Keistimewaan empat puluh hari (40 HARI) adalah kerana tempoh itu boleh memainkan peranan yang penting dalam membawa perubahan kepada sesuatu keadaan. Oleh sebab inilah mengikut pendapat ulama,mereka berijtihad dalam tempoh empat puluh hari (40) mempunyai keistimewaan khas.

Bagi yang baru ingin mencuba sofgel HABATUSSAUDA dan sofgel minyak ZAITUN ini, rakan-rakan boleh mengambil PAKEJ 40HARI ini...


Untuk ketahui khasiat habatus sauda dan minyak zaitun ini, boleh klik di entry saya yang lepas.

khasiat-habatus-sauda.
minyak-zaitun-dan-khasiatnya.
minyak-zaitun-untuk-ibu-mengandung-dan-menyusu
==========================
=====================
Hanya RM88

Anda dapat:
~ 4 peket Habatussauda(80 biji sofgel )
~ 4 peket M.zaitun (80 biji sofgel)
~ Poscaj RM6 Semenanjung Malaysia & RM7 Sabah/Sarawak

===============================================
Cara makan:

Habatussauda di ambil 2 biji sewaktu pagi sebelum/selepas sarapan.
Zaitun diambil 2 biji selepas makan malam sebelum tidur.


Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP

Makanan Sunnah - Khasiat Habatus Sauda

Bismillah..


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:



"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". 


(Riwayat Bukhari)




Apa itu Habatus Sauda?



HABBATUS SAUDA' adalah sejenis tumbuhan semulajadi dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang mana terdapat didalamnya biji HABBATUS SAUDA'. Tumbuhan ini terdapat di negara-negara Arab dan dikenali dengan berbagai nama seperti di Mesir dan negara Syam dengan nama Al-Habbatul Barakah, di Yaman dan Iran dengan nama Al syuniz, di Algeria dengan nama Sanuj dan Moroko dengan nama Basdas.Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin dan dalam bahasa Perancis ia dipanggil Graine Cumin Noire atau Wagella Cultiree.



Banyak kajian yang telah dibuat mengenai habatus sauda ini.


Habatussauda mengandungi pelbagai vitamin, mineral, protein nabati, juga asid lemak tak tepu. Habbatussauda juga mengandung lemak essential yang penting bagi kesihatan kulit, rambut, selaput lendir, pengendalian tekanan darah, proses hormon dalam tubuh, dan sebagainya.
Selain kandungan bahan-bahan alami tersebut, habatussausa juga mengandung nigellon, yang termasuk dalam kategori zat anti-oksidan alami, seperti vitamin C dan A. Habatussauda juga mengandung glutathion yang mememiliki peranan  dalam melindungi tubuh dari ancaman radikal bebas. 

Secara ringkas, khasiat habatus sauda adalah :-

1) Sebagai sumber tenaga
-mengurangkan keletihan
-membantu memberi kecergasan pada tubuh secara alami

2) Sebagai imunisasi badan
-mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, membantu tubuh melawan penyakit
- meningkatkan sistem kekebalan tubuh


3) Anti Inflamasi

 – mengurangkan bengkak dan radang, penyakit kulit ekzema (radang kulit)

- untuk radang sendi (artiritis), kajian menunjukkan bahwa ekstrak habbatus sauda mengeluarkan nitric oxide yang boleh memberi keberkesanan dalam meringankan infeksi sendi.


4) Anti Histamin

 – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, contoh pada mereka yang  mempunyai alahan kepada makanan dan juga pengidap asma.
- thymoquinone, yang merupakan zat aktif utama pada minyak habbatus sauda, berfungsi melonggarkan otot trakea dan bronkus yang menyumbang pemulihan asma.
5) Anti Bakteria
 – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, 
 - mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, 
 - mengatasi masalah bau mulut


6) Meningkatkan aktiviti anti oksida

-  antioksidan membantu melindungi tubuh dari pengaruh radikal bebas yang menyebabkan terjadinya kerosakan jaringan dan timbulnya beberapa penyakit seperti arterosklerosis, kanser dan sebagainya. 


6) Anti Parasit

 - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)


7) Melancarkan sistem perkumuhan dan mencegah kegagalan ginjal

 - merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
- zat  thymoquinone dalam habatus sauda menyebabkan berkurangnya pembuangan protein dan albumin dari urin, dan ia benar-benar berkhasiat mencegah oksidasi serta memperlambat faktor-faktor negatif yang boleh memberi kesan terhadap ginjal. 


8) Mencegah kanser

- Antara kajian yang dibuat adalah terhadap kanser hati dan kanser payudara


9) Mengurangkan/ mengubati diabetes (kencing manis)

- Kajian menunjukkan habatus sauda mampu menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kadar insulin dalam darah.


10) Melindungi jantung dan pembuluh darah

- peningkatan zat homosisitin dalam darah meningkatkan risiko terjadinya penyakit pembuluh darah jantung, pembuluh darah otak, dan pembuluh darah periferal. 
-zat thymoquinone di dalam habatus sauda boleh menjadi pencegah yang efektif terhadap kenaikan homosisitin, seterusnya melindungi jantung dan pembuluh darah.
11) Menurunkan tekanan darah
- kajian menunjukkan pengambilan habatus sauda boleh menurunkan tekanan darah.


Sesiapa sahaja boleh menikmati khasiat habatus sauda ini, dari peringkat kanak-kanak sehinggalah warga emas kerana istimewanya habatus sauda sebagai sumber tenaga dan mempunyai pelbagai zat gizi.

Malahan untuk ibu-ibu yang menyusu juga sesuai mengamalkan habatus sauda kerana ia membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu disamping susu yang dihasilkan juga berkhasiat

Untuk anak-anak, Habbatus Sauda’ juga mengandungi asid amino arginin (acid amino arginine), iaitu salah satu zat asid yang penting dan sangat diperlukan  untuk perkembangan anak.

Habatus sauda kapsul Minsyam, sangat mudah dan pastinya ia produk berkualiti. Penghasilan habatus sauda kapsul tersebut adalah menggunakan proses perahan sejuk yang menjaga kualiti habatus sauda tersebut.

Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. 

Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.



Boleh cuba pakej sebulan rm36 + rm6 postage.

awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP