Friday 13 December 2013

Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Urutan Perineum

Minyak kelapa dara (vco)..  Pernah dengar tak khasiatnya? Kalau orang dulu-dulu mesti kaitkan ianya perlu dimakan oleh ibu mengandung untuk mudahkan proses kelahiran kan. Dan juga sering kita dengar mereka buat sapuan untuk rawatan dan penjagaan rambut dan kepala.

Memang betul. Ramai pakar dan penyelidik dunia yang sudah pun membuat kajian dan mengakui keistimewaan minyak kelapa dara ini. Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Bioteknologi MARDI, Dr. Kamariah Long pun ada buat kajiannya sendiri.  Ia bukan hanya fokus pada apa yang saya tulis diatas sahaja. Khasiatnya lebih meluas.

Petikan di bawah saya ambil dari laman facebook Dr Hamid Arsyat.






Pertama kali dengar istilah minyak kelapa dara ni, saya telah tersilap andaian. hehe.. namun bila saya membuat pembacaan, barulah saya faham apa itu minyak kelapa dara. 

Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kim
ia. Penghasilannya diambil dari isi kelapa segar yang masih belum ditumbuhi tunas dan diproses tanpa melibatkan pemanasan api. Keistimewaan inilah yang menjadikan segala vitamin, zat dan mineral semulajadi yang terdapat di dalam kelapa dapat dinikmati.


Kali ini saya nak fokus khasiatnya untuk ibu mengandung sahaja. Khasiat umun yang lain inshaa allah lain kali kita kongsi pula. Ye la, memandangkan sekarang ni usia kandungan saya dah melewati 34 minggu, saya tak nak lengah-lengah lagi nak buat teknik urutan perineum sebagai persediaan.

Ibu mengandung elok makan dan amalkan minyak kelapa dara 
  • sebagai sapuan untuk elak rekahan kulit / strech mark, melembab dan mencegah kekeringan kulit
  • makan untuk elak sembelit
  • makan untuk memudahkan proses bersalin dan boleh mengelakkan koyakan inshaa allah
  • sebagai sapuan untuk urutan perineum -bahagian antara vagina dan perineum untuk memudahkan laluan semasa proses bersalin dan mengelakkan koyakan inshaa allah.
Apa itu urutan perineum?

Perineum adalah kawasan antara vagina dan dubur. Sewaktu proses melahirkan, kawasan ini akan turut tertekan dan keadaan kulit di kawasan tersebut serta teknik melahirkan yang tidak betul boleh menjadi penyumbang berlaku koyakan di kawasan tersebut. Ini juga menjadikan faktor doktor melakukan guntingan episotomi di kawasan tersebut. koyakan / guntingan ini pastinya akan dijahit dan menimbulkan rasa yang tidak selesa nanti.

Jadinya, untuk persediaan bagi memudahkan laluan bersalin ini, ibu-ibu digalakan melakukan urutan perineum agar kulit di kawasan tersebut lembut, lembab dan elastik. inshaa allah dengan ini kita dapat mengelakkan risiko koyakan / koyakan lebih teruk.

Apa yang saya baca, ia disaran untuk dimulai dari minggu ke 34 kehamilan sehinggalah saat hendak melahirkan nanti. Sebelum hendak membuat urutan perineum ini, pastikan tangan kita benar-benar bersih. Minyak yang disarankan untuk membuat urutan ini ialah minyak kelapa atau minyak zaitun kerana ia lebih berkesan. Terdapat juga dipasaran gel memang khas untuk urutan ini. Tapi saya lebih percaya pada yang bahan alami.

Teknik urutan perineum:

1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan ibu jari dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang kita mahu, sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  (seperti hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.)

Boleh google gambar atau video teknik ni untuk tahu lebih detail. Inshaa allah, kita buat setiap hari untuk keberkesanannya. Ramai yang sudah berjaya mengaplikasikan teknik urutan ini.

Untuk saya, saya mula amalkan makan kapsul minyak kelapa dara (VCO) dari Catalyst. Ada juga yang dalam bentuk cecair, tapi lagi mudah rasanya makan yang dalam bentuk kapsul. Untuk yang cecair, saya buat untuk sapuan kulit dan urutan perineum sahaja.


Khasiatnya yang saya dapat? Alhamdulillah rasa bertenaga, mudahkan pelawasan dan ianya juga elok untuk kulit saya. Haritu saya mengalami alahan kegatalan yang agak teruk di kaki dan leher. Saya amalkan makan vco dan sapu di bahagian gatal, alhamdulillah dah pulih. Minyak kelapa dara ini memang elok untuk kult yang mengalami gatal-gatal, ruam, ekzema, kulit kering dan sensitif. Malah ia juga selamat untuk digunakan pada bayi.  


Sesiapa yang berminat dengan VCO Catalyst ini, boleh hubungi saya. Ianya sememangnya barangan berkualiti keluaran Bumiputera. Bagi saya, saya hanya sarankan apa yang telah saya guna/pakai/amalkan dan mendapat kesan positif darinya.. :)






1 comment:

Unknown said...

Salam....Sis ada jual ke vco catalyst ni?dlm bntuk gel tu...Utk mkn.