Bismillah..
Hari ini saya bersama anak-anak dan ibu saya bermalam di rumah kakak kerana mereka suami isteri menghadiri kursus di Pulau Pinang. Makanya kami ini sebagai peneman anak-anak mereka yang turut dijaga oleh pembantu rumah. Anak-anak saya memang seronok kerana ini peluang mereka berjumpa danbermain dengan sepupu-sepupu mereka. Oh ya.. Hanya anak saya dan anak kakak saya sahaja merupakan cucu kepada ibu saya buat sementara ini. Anak saya 3 mujahidah, manakala anak kakak saya 3 mujahid.. :) inshaa allah soleh solehah lah kalian semua.. :)
Malam dah bertamu, lewat jam 11 malam. Tapi bukan mudah untuk mengarahkan mereka tidur. Hanya main sahaja di fikiran mereka. Cuma anak saya yang bongsu, Khadeejah telah saya tidurkan pada jam 9 malam. Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Aduh, di tengah malam begini tanpa sesiapa kaum adam untuk tengok-tengokkan. Lantas saya memerikas peti utama bekalan elektrik. Semua suis normal, tiada tanda suis ditendang. Kami lihat lampu luar rumah jiran-jiran terang hanya rumah kami yang mengalami gangguan. Ehm.. hendak buat apa ni?
Hati saya terdetik, kalau telefon TNB pun adakah dilayannya tengah-tengah malam ini? Jam menunjukkan hampir pukul 12 malam. Dengan tidak menggantungkan apa-apa harapan, saya goggle no talian careline TNB dan terus menelefon melaporkan keadaan. Perunding perkhidmatan melayan dengan baik dan bertanyakan soalan dimanakah lokasi dan kemungkinan punca menyebabkan bekalan elektrik terputus. Oleh sebab bukan rumah saya, tersekat-sekat lah saya memberitahu alamat rumah kakak saya tersebut. Mujur anak saudara saya yang sulung mengingati alamat rumah mereka.
Perunding perkhidmatan tersebut memaklumkan akan menghantar petugas mereka untuk melihat dan membantu kami. Dalam hati saya terdetik.. Eh, ada rupanya perkhidmatan careline sebegini. Ingatkan mereka tidak begitu melayan kes terpencil (hanya rumah kami alami gangguan elektrik) dan sekadar ambil laporan untuk menyedapkan hati pengguna sahaja. Tidak baikkan saya berprasangka demikian.
Kurang dalam masa sejam, petugas TNB tiba di rumah dan memeriksa punca tersebut. Alhamdulillah, bekalan elektrik dapat disambung. Sebaik sahaja petugas tersebut berlalu, anak saudara saya yang sulung memberitahu ada api besar di tingkat atas. Lantas saya teringat akan lilin yang saya pasang dan terus saya ke tingkat atas. Panik juga melihat api membakar di tempat saya letakkan lilin tadi. Walaupun api tidak sebesar mana hanya kelompok kecil sahaja, namun berjaya mengundang kepanikan saya. hehe.. Segera ibu saya menyuruh membasahkan kain dan serkupkan ke api tersebut. Saya yang hanya terpandangkan selimut terus membasahkan selimut itu dan serkup pada api. Alhamdulillah api terpadam dan banyak juga asap dari api tersebut tadi.
Syukurlah tiada apa yang buruk terjadi. Saya megakui kesilapan dan kelalaian saya kerana saya melapikkan lilin yang saya pasang tersebut dengan mainan plastik anak-anak. Kemungkinan lilin tersebut tumbang dan membakar mainan plastik tersebut. Satu kejadian yang memberi ikhtibar buat saya.
Alhamdulillah malam ini kami masih dapat tidur di rumah ini, dan tidak dalam kepanasan.
Dan terima kasih jua kepada pihak TNB yang cepat bertindak selepas laporan di buat.
sumber image : mazidulakmal.com |
No comments:
Post a Comment