Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Jana Pendapatan Dari Rumah


Teks : Guru Online Anys Idayu Zakaria


Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah? 
Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.


Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan? 
Semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan
Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.

Kembali bekerja

Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.


Sasaran dalam jangka masa pendek 
Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)
Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.


jom bersama kami, akademi bekerja dari rumah.. inshaa allah dengan usaha, komitmen dan konsisten inshaa allah boleh berjaya..

hubungi saya, 
rakan Akademi Bekerja Dari Rumah
`Awatif Mohd Ali
019-2399079
awatifm.ali@gmail.com

Kendong Anak @ Babywearing - Anak tenang dan kurang meragam


Saya mula kenal terms babywearing sejak anak kedua.. 2010..

Ssc (soft structured carrier) yg saya beli dr snuggbaby.. Itulah yg saya lenjan dari 2010 sampai sekarang utk 3 anak.. Yang kecil sekarang ni 5 bln. Sayang betul kami kat ssc tu.. Yang tu lah kami usung kesana sini.. Bawa pegi umrah kendong anak..

Resah saya kalau tak bawa ssc tu. Anak pun memang syok je tengok dalam tu.. Confirm tidur (umur bawah setahun).. Lama pulak tu.. Kadang-kadang husband kata "Eh, biar betul ni lama betul tidur.." Saya awal-awal aritu lagi la, siap rasa nafas dia.. Takut je sebab lama sangat tidur..hihi..

ada niat nak beli lain, tapi tertahan2..

Kami suami isteri panggil ssc tu snugg. Rasanya husbnd saya pn dh x ingat itu namanya ssc.. tiap kali keluar.. "snugg bawak?" "Snug mana?"

saya suka gendong bayi saya kerana banyak faktor :-



- nilai dakapan yang dirasai sangat berbeza.. sambil berjalan boleh kucup, belai anak.. terasa dekat..

- bebas.. saya bebas bergerak.. memilih barang bila bershopping.. sambil memantau kakak-kakaknya yang lain.. kalau dalam stroller, bagaimana hendak membawa troli pasaraya lagi?

- keselesaan buat si comel dan boleh dikata anak akan terlena tiap kali dikendong sambil melopong mulut adakalanya.. ops.. 



- saya merasakan anak saya selamat dalam dakapan saya, inshaa allah..

- untuk anak yang 3, 4, malah 6 tahun masih boleh merasai kendongan ummi ayahnya tanpa ummi ayah terasa sangat bebanan berat anak2nya ini. 



- ketika mereka kecillah peluang kami menggendong anak-anak ini.. ia akan menjadi pengalaman manis yang tak bisa dilupakan.

jom ibu-ibu, bapa-bapa kendong anak kita dengan cara dan medium yang betul.. Akan saya kongsikan di post akan datang inshaa allah..

Monday, 26 May 2014

Susun Atur - Simpan pinggan mangkuk untuk kemudahan anak-anak

Bismillah..

Pernah tak, tengah kita sedap-sedap baring, anak panggil..

"Ummi, nak air.."

Tengah potong2 ayam,

"ummi, nak pinggan.."

Sedangkan, air mereka boleh ambil sendiri, dah pandai tekan water dispenser. Makanan pun memang tersedia atas meja dah..

Makanya, saya fikir solusi.. Dan sebelum ini pernah terbaca beberapa tips mengenai ini.. hasilnya..

Saya letakkan pinggan mangkuk, sudu mereka di drawer kedua kabinet dapur, yang mana mereka sampai unyuk ambil sendiri

sudu biasa pun saya letakkan di atas kabinet dapur yang dapat dicapai.


Jadinya, mereka pun ambil sendiri.. :)

Oh ya, ada masanya kita perlu biasakan anak-anak makan dengan pinggan mangkuk kaca ye. Ye la, takkan anak-anak makan dalam pinggan plastik/melamine je kan.. Macam saya, tika makan berjemaah, adakalanya mereka menggunakan pinggan mangkuk yang sama kami gunakan.


#untuk anak- anak hebat ini, bekalkan mereka dengan qaseh junior.. :)
untuk imunisasi, kecerdasan, kecergasan dan kesihatan mereka inshaa allah..



Tuesday, 8 April 2014

Susun Atur - Tempat Penyimpanan Barang


Teks : `Awatif Mohd Ali

Bismillah..

Apa nak buat dengan kotak-kotak kecil ni? Nak di buang begitu sayang.. Nak kitar semula, mesti la nak nampak cantik sikit kan..

Ok, apa yang boleh dibuat dengan kotak-kotak ni?






Saya terfikir hendak mencantumkan keenam-enam kotak kecil ini.. Kemudian balutkan dengan kertas pembalut. Bila dah disambungkan nanti, ia boleh dijadikan kotak yang dah tersedia pembahagi.. Senanglah hendak menyimpan barang-barang kecil ikut pengkelasan masing-masing.. Hendak letakkan skarf/anak tudung, sapu tangan atau lain-lain pun sesuai..

Cara penyimpanan kita pun nampak lagi kemas, dan semestinya senang dicari bila kita hendak gunakannya bukan? :)


Seronok kan bila dah terhasil sebegini, walaupun hasil balutan saya tak sekemas mana..hehe.. Sahabat-sahabat pun boleh cuba buat.. Sayang kalau dibiarkan kotak-kotak ni kalau tak digunakan sebaiknya..

*******************************************************************************

Sungguhlah pemakanan sunnah itu disaran kerana di dalamnya terletak seribu, malah lebih kebaikan.. Inshaa allah..


awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
Email : awatifm.ali@gmail.com
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP



Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih - Qaseh Gold Adinda (wanita)
                                                                             - Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
                                                                             - Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun 


Bedak Arab 50gram

Monday, 7 April 2014

Resepi Cucur Bilis Yang Lembut dan Sedap


Bismillah..

Wah, tajuk.. Memanag bikin kecur liur je kan.. tapi memang betul sedap ke? hehe.. Sedap la di tekak saya, suami dan anak-anak.

Pernah tak sahabat-sahabat buat cucur / jemput-jemput bilis, tapi hasilnya keras dan agak liat? Dulu, kadang-kadang saya alami masalah yang sama. Tapi emak saya telah berikan satu tips mudah untuk menghasilkan cucur yang lembut dan tak liat.

Tipsnya ialah, apabila hendak mencampurkan air pada tepung, jangan tuang air sedikit demi sedikit. Ini akan menjadikan bancuhan berketul-ketul. Sebaliknya, terus curahkan kesemua air pada tepung. Kena pandai agakla ye sukatan air tu. Kalau hendak mudah, sukat la siap-siap air tersebut.

Ada juga saya dengar tips yang menggunakan air suam/panas sedikit, tak kurang juga yang mencampurkan sedikit mentega untuk menghasilkan cucur yang lembut. Namun, saya lagi suka ikut tips ibunda saya.. :)

Ramuan cucur saya seperti biasa sahaja. Tepung, bawang besar, ikan bilis dan daun kucai atau daun sup. Saya tidak gunakan sebarang pati atau pencukup rasa, cukup sekadar garam. Memang la sedap kalau ada pencukup rasa, pastinya sedap dan sesedap rasa.. :) tapi saya lebih selesa dengan kesedapan asli biarpun saya tidaklah pandai masak pun.. hehe..


********************************************************************************

Tawaran untuk menjadi rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah masih terbuka. Kami mencari 100 suri untuk kami latih menjana pendapatan dari rumah. Modal sekadar yuran untuk pendaftran. Produk digital kami sediakan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan mengiklankan produk-produk dari ABR, serta mempromosi kelas-kelas online, pakej-pakej niaga yang pihak Akademi tawarkan. Semuanya insyaAllah ada pulangannya nanti.

InsyaAllah kami membimbing untuk menggunakan kaedah iklan dan ayat-ayat iklan yang memang telah kami sediakan.




Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :

awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
Email : awatifm.ali@gmail.com
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP



Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih - Qaseh Gold Adinda (wanita)
                                                                             - Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
                                                                             - Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun 


Bedak Arab 50gram

Thursday, 3 April 2014

Tips Penyimpanan Makanan Yang Selamat

Teks : `Awatif Mohd Ali


Bismillah..

Baru-baru ini saya telah buat transformasi.. Wah, bunyi macam gempak je kan? Sedangkan apalah sangat.. hehe.. saya telah tukarkan susu lemak manis penuh berkrim di dalam tin yang telah dibuka kedalam bekas plastik (pastinya bpa free)

Sebelum ini selepas susu dibuka, memang ambil masa yang lama untuk dihabiskan. Ye lah, hanya kami suami isteri berdua sahaja yang gunakannya. kalau ada keluarga lain atau tetamu, barulah susu tersebut cepat habis selepas dibuka. Dan saya hanya membiarkannya di dalam tin asal.



Kemudian, baru saya terfikir dan tersedar.. saya telah melakukan kesilapan..

Saya tidak sepatutnya menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Ianya perlu dipindahkan ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Kenapa? Kerana jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara. Pernah dengar pengoksidaan? ya, ia mengeluarkan radikal bebas iaitu atom, molekul yang sangat aktif dan tidak stabil.

Dan terjadilah transormasi susu tersebut di dalam bekas ini.. :)

Oh ya, ia bukan untuk susu tin sahaja, tetapi melibatkan semua makanan di dalam tin. Selepas dibuka dan tidak dihabis, jangan terus disimpan di dalam peti ais, Pindahkan dulu ke dalam bekas lain ye..


*********************************************************************************

Badan kita juga terdedah dengan pengoksidaan.. Kembali pada makanan sunnah yang penuh dengan antioksida dan antibakteria, inshaa allah dapat membantu kita bukan sahaja sihat, malah memiliki kulit yang cantik. Ya cantik kerana antioksida adalah anti penuaan.. :)

nak tahu lebih lanjut mengenai antioksida ini, boleh baca penulisan saya yang lalu.. Antioksida-minyak zaitun dan habatussauda


Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih - Qaseh Gold Adinda (wanita)
                                                                             - Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
                                                                             - Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun 
Bedak Arab 50gram




awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP

Monday, 10 March 2014

Persediaan Masuk Rumah Baru

Bismillah..

Sebaik habis tempoh 44 hari pantang, saat yang sangat saya nantikan.. hehe.. Saya memulakan penjelajahan misi mencari barang-barang yang perlu untuk persediaan memasuki rumah baru kami insha allah.. Sebelum itu, encik google menjadi sumber pencariaan info-info.

Ehm.. apa lah sangat yang dicari tu ye? 

Nak cerita jugalah... Bila di kenang kembali, pindah-pindah rumah dan kemas barang ni macam dah jadi sebati pula dalam tempoh hampir 8 tahun kahwin ni. Dan secara kebetulan, waktu itu adalah ketika saya mengandung ataupun sebaik habis tempoh pantang melahirkan anak-anak kami perlu berpindah.. 

Kronologi kehidupan dan pindah rumah. (bukan main lagi ayat..hehe)

1. Jul 2006     - berkahwin dan menetap dirumah emak abah (suami bekerja di Melaka, hujung minggu baru                          balik)
2. 2008          -  berpindah ke Puchong (selepas pantang bersalin Aisyah)
3. 2009          -  berpindah ke Seremban 2
4. 2010          -  berpindah ke Melaka   (selepas pantang Maryam )
5. 2011          -  berhijrah ke Arab Saudi (selepas pantang Khadeejah) 
6. Sep 2013   -  kembali ke Malaysia - menetap sementara di rumah emak di Cheras Baru (mengandung)
7. Nov 2013  -  berpindah ke rumah sewa di Seremban 2
8. April 2014 -  Menanti untuk masuk rumah sendiri di Seremban 2 (selepas pantang Fatimah)

Banyak kali kan kami berpindah-pindah. Bayangkan tiap kali itu, kami kena mengemas barang-barang.. huhu.. Inshaa allah kali ini kami merancang memang menetap untuk jangka panjang di rumah Seremban 2 ini.

Makanya, banyaklah perkara yang perlu dibuat dan dibeli. Alhamdulillah kelengkapan asas rumah sudah ada seperti peti ais, mesin basuh (tapi kena cek balik ni, sebab dah lama tak beroperasi), set tidur dan almari dan barang-barang dapur lain.

Cumanya bila hendak masuk rumah baru, ada beberapa perkara yang kebiasaannya dibuat. Bagi kami, begitu juga. Alang-alang itu saya nak listkan juga untk rekod saya disini apa yang kami buat dan sediakan

1. Renovate rumah ( tambah bilik, dapur dan ruang tamu dibesarkan)

2. Tempah kabinet dapur (rekabentuk masih dalam perbinacangan. Sedang memikirkan susun atur untuk sesuaikan dengan penggunaan dan penyimpanan barang-barang. Juga masih survey sebut harga yang berpatutan dan dalam bajet.

3. hob dan hood - misi selesai alhamdulillah. Terlampau banyak jenama dan bergantung pada harga. Kami tiada pengalaman hendak beli semua ni, jadinya selepas melihat dari segi jenama dan bajet, kami pilih Electrolux.

4. sinki dapur dan paip - misi selesai alhamdulillah. Kebiasaannya kontraktotr akan beri sekali sinki ni, tapi yang biasa punya. Makanya kami membeli sendiri sinki yang inshaa allah lebih tahan lama.

5. Penapis air minuman (dapur) - misi selesai alhamdulillah. Kami pilih jenama Hydroguard. kalau ada kesempatan, inshaa allah saya bagi review.

6. Katil + tilam. - misi selesai alhamdulillah. Kami memang telah mempunyai tilam. tetapi beli untuk tetamu dan ahli keluarga jika berkunjung ke rumah kami. Alang-alang hendak membeli, kami beli yang baru untuk kami, dan yang lama kami jadikan ianya untuk kegunaan ahli keluarga lain/ tetamu.

7. lampu

8. kipas 

9. langsir - selepas ambil ukuran nanti, rasanya kami hendak mencari kain di Nilai 3 dan terus tempah jahit di kedai yang sama. Inshaa allah lebih murah dan kami pun memang hendak yang ringkas sahaja)

10. penghawa dingin (air cond)

11. kabinet partition (antara ruang tamu dan ruang makan)

Pening rupanya kalau nak masuk rumah baru kan. Banyak perkara yang perlu dibeli dan pastinya ia perlu dibuat dengan bijak mengikut bajet yang ada. Dahulukan apa yang penting dan memang keperluan kita. Sekiranya ada bajet lebih, barulah boleh masukkan keinginan kita. Contoh disini barang keperluan adalah seperti peti ais, kipas. Kabinet dapur mungkin  ada yang beranggapan ianya keperluan, tetapi bajetnya agak besar. Mungkin boleh gunakan dulu kabinet/rak sementara sebelum menempah kabinet dapur. 

Hiasan-hiasan dan juga lampu-lampu yang cantik bagi saya termasuk dalam keinginan. Tidak ada pun tidak mengapa, bergantunglah pada bajet. Berhias sekadarnya jangan sampai membazir dan niat menunjuk-nunjuk, wallahu aklam.

Dan juga, Inshaa allah lebih jimat dan berbaloi sekiranya kita dapat membeli barangan rumah ini di ekspo/pameran kelengkapan rumah. Dan kebetulan pada 6-9 Mac lalu ada "homes living exhibition" di Bukit Jalil. Kami tidak lepaskan peluang dan disitulah kami beli beberapa kelengkapan rumah dan juga mendapatkan sebut harga bagi kabinet dapur.

Friday, 3 January 2014

Teknik Bernafas Ketika Kontraktion dan Bersalin

Bismillah..
Bila sudah dalam fasa-fasa nak bersalin ni, mula lah nak mencatat perkara-perkara yang berkaitan. hehe..
Pengalaman bersalin. Pastinya setiap orang merasakan perbezaan dan rasa yang tersendiri kan. Sering kita dibayangi dengan rasa sakitnya bersalin itu, sampaikan si ibu rasa takut hendak melalui proses tersebut.
Tapi alangkah nikmatnya apabila rasa sakit yang dibayangkan itu ditukar kepada rasa sensasi yang begitu nyaman, indah cantik. Kuncinya, ada pada diri kita sendiri. Kita perlu menukar rasa takut tersebut kepada nilai yang lebih positif, lebih bertenang.
Apa yang sering ibu fikirkan, adalah rasa kontraktion (surge) yang dialami. Rasa tegang perut, rasa memulas, rasa apa lagi? Masing-masing punyai pandangan tersendiri bagaimana rasa itu kan? :)
Jadinya, teknik pernafasan yang betul amatlah membantu semasa kontraktion ini. Jangan fikirkan kesakitan yang dirasa, dan jangan 'melawan' rasa sakit tersebut. Perilaku seperti menggengam tangan dengan kuat, mengetap gigi, mengeraskan badan sepatutnya tidak dibuat. Kita biarkan badan kita releks dan dalam keadaan selesa, kita layan bernafas je.. tarik, hembus, tarik, hembus..  
Amboi, macam senang je cakap yek.. hehe..
Bagaimana kita hendak mengaplikasikan teknik pernafasan?
3 JENIS PERNAFASAN
1) Relaxtion Breathing
Ia pernafasan yang menenangkan, samaada diaplikasi ketika sakit kontraksi atau proses melahirkan anak, malah ia pernafasan yang boleh diguna bila-bila masa.
cara : Ambil nafas melalui hidung (dalam hati kira dari satu sampai 7). Kemudian, lepaskan nafas melalui hidung juga (dalam hati kira juga dari 1 sampai 7). Apabila kita fokus pada bilangan tersebut, ia membantu kita untuk tidak memikirkan kesakitan yang sedang dialami.
2) Ketika Kontraktion
Teknik 1 -Ia merupakan pernafasan secara perlahan.
Masa Kontraktion (surge) datang, tarik nafas perlahan-lahan, kalau boleh sampai ke 'puncak' sama sakit dengan surge tu. Bila rasa surge makin menurun, hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. 

Cara: tarik nafas melalui hidung (kira dalam hati dari 1 sampai 8). Kemudian, hembus nafas secara perlahan, seperlahan-lahannya. :) (dalam hati kira dari 1 sampai 20).
Awal-awal, memang tak sampai la nk hembus tunggu sampai 20..hehe.. Sebab itu, kena buat latihan/persediaan sebelum bersalin lagi.( Yang tengah tulis ni pun tak berlatih lagi ni..huhu)
Hembusan nafas secara perlahan-lahan tersebut membuatkan badan kita benar-benar releks, dan kita tidak terasa seperti hendak menahan/keraskan badan kalau kontraktion datang. Kalau kita keraskan badan, sebenarnya kontraktion itu akan lebih teras kesakitannya.
Kiraan ini bukan penting, tetapi ia memberi kita panduan masa /lamanya kita dapt menarik dan menahan nafas. Boleh minta bantuan encik suami untuk kirakan, kita layan nafas je..hehe..
Amalkan teknik ini berterusan sampai rasa kontraktion hilang.
Teknik 2 - Pernafasan Secara Dalam
Tarik nafas dalam-dalam, dan lihat perut kita menaik. Bayangkan kita sedang hantar oksigen pada baby kita. Kemudian hembuskan perlahan-lahan keluar dari bibir yang sedikit terbuka. Sambil itu, kita boleh bayangkan perkara yang best-best. Jangan fikir yang sakit-sakit..
3) Ketika Proses Melahirkan Anak 
Yang kita faham dan diaplikasi di hospital, si ibu disuruh meneran ketika hendak keluarkan baby bukan?
"push, push... "
Sebenarnya, secara alami si ibu tidak perlu bertindak demikian. Push atau teran yang salah hanya akan memberi risiko koyakan yang teruk pada perineum. Inshaa allah tiada /minir koyakan sahaja.
Sekiranya masa itu telah tiba, bayi itu sendiri akan mencari jalan kelahiran, dan seterusnya uterus akan mula menolak bayi keluar disamping bayi tersebut yang akan menolakkan dirinya sendiri untuk keluar.
Ibu hanya membantu tolakan tersebut dengan teknik 'teran' yang betul. Relekskan badan, jangan keraskan, genggam tangan, ketap gigi dan sebagainya. Disamping mengaplikasikan teknik bernafas, kita serapkan juga terapi jiwa dengan zikir dan doa.
Cara 1- Ibu hanya perlu mengikut gerak bahasa tubuhnya sendiri. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, dan lepaskan nafas panjang dan perlahan-lahan melalui mulut. 
Cara 2- Tarik nafas sekejap. Kemudian, hembus secara perlahan dengan membayangkan nafas dilepaskan ke bawah, membentuk bentuk J. Kita akan rasa pernafsan kita 'bergema' di belakang hidung dan juga seakan merasakan otot perut seakan 'melentur' (flexing) ketika kita menghembusnya. 
Cara 3 -Atau tarik nafas (kira dalam hati 1 sampai 7). Kemudian hembuskan nafas cepat-cepat seperti kita hendak melepaskan/ mengeluarkan bayi kita.

Apa- apa pun, minda memang kena positif, tak fikirkan kesakitan.. Yang difikirkan, permata hati yang akan keluar. Inshaa allah, kita usaha, doa zikir banyak2. 

Hasbunallah hiwanikmal wakil..
Oh ya, di akhir-akhir kehamilan ni, jangan lupa makan minyak kelapa dara dan buat urutan perineum dengan Minyak Kelapa Dara Catalyst. Boleh dapatkankannya di  AL-ATIFF-SHOP :)

Klik sini untuk entry saya Minyak Kelapa dara dan urutan perineum


Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

Amalan Sunnah Rasulullah Dalam Seharian


Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, berarti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.”
Bismillah..

Dalam memulai dan mengisi hari-hari kita, adakah kita telah melakukan perkara yang bermanfaat, perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah dan Rasullullah? Atau hari-hari kita sepi tanpa pengisian, penuh dengan aktiviti keduniaan yang tak pernah putus-putus..

Sama-sama kita renung kembali, dan berusaha mengamalkan sunnah utama Rasullullah dalam kehidupannya inshaa allah.

Pertama: Tahajjud. Mulianya kita apabila keikhlasan seorang hamba dihampar dalam sujud  tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Sebelum kita sibuk dengan urusan dunia lain, sebelum mata melihat pelbagai corak kehidupan, alangkah manisnya ia dimulai dahulu dengan bacaan dan pemahaman kalam Allah yang indah.
Ketiga: Usahakan ke masjid terutama di waktu subuh. Disana terletaknya pusat keberkatan. Orang yang beriman akan  memakmurkan masjid kerana Allah.
Keempat: Amalkan solat dhuha. Solat dhuha merupakan kunci rezeki.
Kelima: Amalkan sedekah setiap hari. Orang yang suka bersedekah , dipandang Allah dan akan selalu didoakan oleh para Malaikat.
Keenam: Usahakan sentiasa dalam keadaan berwudhu, kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwhudu.
Ketujuh: Amalkan istighfar sentiasa. Inshaa allah, Allah akan menjauhkan kita dari melakukan dosa.




Monday, 30 December 2013

Talk Show Ekonomi Rumah Tangga

Bismillah..

Mari rakan-rakan, kita luangkan masa untuk menonton rancangan ini.

Sebagai ibu, isteri dan wanita yang hebat, pastinya kita dahagakan ilmu sebegini bukan. Apatah lagi dalam keadaan isu ekonomi keluarga dan negara sekarang ini. :)


Tuesday, 1 October 2013

Duit Yang Tidak Pernah Habis..?

Bismillah..

Suka saya ingin berkongsi pandangan ini.



Petikan dari 
Shamsuddin Kadir
SK Training Academy


Bismillah. Cara paling mudah untuk duit tidak habis, adalah dengan menukar cara kita berfikir dan falsafah hidup. Ya ianya semudah itu dengan izin Allah SWT.

Apabila kita memiliki falsafah hidup yang mahal, kita berbelanja yang penting sahaja.

Apabila kita memiliki falsafah hidup yang murah, kita berbelanja tanpa had.

Apakah itu falsafah hidup yang mahal? Antara contohnya adalah :

1. Apabila k
ita menyimpan sebahagian dari pendapatan dahulu sebelum berbelanja baki pendapatan kita.
2. Mementingkan nilai diri berbanding simbol kekayaan palsu
3. Menilai ilmu jauh lebih penting berbanding duit.

Falsafah hidup yang murah pula antaranya adalah :
1. Hidup ini tidak beharta kalau kita tidak berhutang
2. Mana logik untuk membeli kereta secara tunai
3. Kereta terpakai membuatkan kita menanggung kos yang lebih tinggi dari membeli kereta baru.
4. Pinjaman peribadi adalah perlu untuk setiap individu yang makan gaji.

Astaghfirullah. Wallahu A'lam.