Bismillah..
Jual
beli secara online telah menjadi satu fenomena dan dianggap medium yang
dirasakan selesa, cepat dan mudah. Tidak perlu saya jelaskan apakah itu
sistem bisnes online kerana secara asas, rasanya semua telah tahu.
TRANSAKSI BISNES ONLINE DALAM ISLAM
Ia adalah
Syarat jual beli as-salam :
berkaitan bayaran
yang diserahkan pembeli ialah perlu jelas jenisnya, jelas jumlahnya, dan
diserahkan secara tunai ketika akad berlangsung (tidak boleh dengan
pembayaran tertunda)
berkaitan dengan akad salam : telah dijamin
oleh penjual, barang yang dijual diketahui ciri-cirinya dan
jumlahnya sehingga boleh dibezakan dengan yang lain dan telah jelas mengenai urusan tempoh penyerahan barang tersebut.
Sayyid Sabiq -rahimahullah- menjelaskan,
“Jual beli salam
dibolehkan berdasarkan kaedah syariat yang telah disepakati. Jual beli
semacam ini tidaklah menyelisihi qiyas. Sebagaimana dibolehkan bagi kita
untuk melakukan pembayaran tertunda, begitu pula dibolehkan barangnya
yang diserahkan tertunda seperti yang ditemukan dalam akad salam, dengan
syarat tanpa ada perselisihan antara penjual dan pembeli.
Hutang termasuk pembayaran tertunda dari harta yang
dijaminkan. Maka selama barang yang dijual disebutkan ciri-cirinya yang
jelas dan dijaminkan oleh penjual, begitu pula pembeli sudah percaya
sehingga ia pun rela menyerahkan wang sepenuhnya kepada penjual, namun
barangnya tertunda, maka ketika itu barang tersebut boleh diserahkan
tertunda.
Inilah yang dimaksud dalam surat Al Baqarah ayat 282
sebagaimana diterangkan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma.”
Bagaimana pula dengan isu barang tersebut tidak dilihat secara fizikal dan nyata, hanya melaui gambar sahaja?
Makanya, disini perlulah penjual online
sesuatu produk tersebut menyatakan secara jelas sama ada melalui bentuk
penulisan, gambar, visual atau pun gabungan antaranya. Sekiranya pihak
pembeli masih kurang jelas dan memerlukan penerangan dan spesifikasi
yang lebih jelas lagi, mereka boleh berhubung terus dan bertanyakan
kepada penjual.
Menurut
pandangan ulamak, sah jual beli yang tidak hadir penjual dan pembeli di
dalam suatu majlis, asalkan dinyatakan sifat dan spesifikasinya dan
pembeli mempunyai hak khiyar (akan dijelaskan maksud khiyar) apabila
telah melihat barang tersebut.
Khiyar disyariatkan adalah sebagai memenuhi kepentingan transaksi perniagaan dalam hukum Islam. Ia meliputi penjagaan kemaslahatan dan kerelaan kedua belah pihak yang melakukan urusan jual beli. Ia juga sebagai perlindungan kemungkinan risiko yang akan merugikan kedua belah pihak.
Khiyar terbahagi kepada beberapa jenis.
Namun saya hanya menulis secara ringkas mengenai Hak khiyar ru'yah dan Hak Khiyar aib.
Khiyar rukyah
ialah hak membuat pilihan yang diberi kepada pembeli sama ada ingin
meneruskan kontrak atau membatalkannya apabila telah melihat barang
jualan yang tidak dilihatnya semasa melakukan akad.
Khiyar Aib
ialah hak untuk membatalkan atau meneruskan jual beli barang bagi pihak
yang berakad. Hal ini terjadi jika sesuatu barang yang dibeli mengalami
kecacatan atau kerosakan, maka penjual berhak mengembalikan wang yang
diberi oleh pembeli tersebut.
Dalam konteks masa kini, Khiyar
tidak
hanya terikat kepada penerimaan atau pembatalan akad semata-mata. Ia
boleh diperluaskan dengan perkhidmatan barangan, sebagai contoh
memberikan jaminan, samada secara percuma
atau separuh harga ataupun penggantian barang yang baru. Perkara ini
boleh dibincangkan antara penjual dan pembeli bagi menjamin kepuasan
kedua-dua belah pihak di dalam urusan jual beli.
Khiyar dalam bisnes online
Di Malaysia, hak khiyar ini tidak diperuntukkan secara khusus dalam
bisnes online. Cuma kita sebagai penjual boleh memasukkan terma khiyar
ini di dalam perjanjian (akad) jual beli yang kita kendalikan.
Kebanyakan peniaga telah pun
membuat terma dan syarat urusan jual beli yang merangkumi barangan,
perkhidmatan, pembungkusan, pengeposan dan lain-lain. Ada yang
menyatakan secara jelas pemulangan atau pertukaran boleh dibuat
sekiranya terdapat kerosakan pada barangan. Sistem pengeposan juga
adakala mempunyai risiko dimana barangan boleh rosak atau tidak sampai
pada tangan pembeli. Jika situasi ini berlaku, siapakah yang perlu
dipertanggungjawabkan? Maka, disini lah pentingnya sesuatu
syarat dan terma polisi seseorang penjual/syarikat tersebut digunapakai.
Indahnya sekiranya kita mengaplikasikan apa yang digariskan oleh
Islam dalam setiap perkara jual beli ini. Tiada pihak yang rugi, dan
kebajikan kedua-dua penjual dan pembeli dijaga inshaa allah.
*nota : saya membuat huraian saya di atas berdasarkan pembacaan saya
yang tidak seberapa. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan salah
faham, saya mohon maaf dan mohon diperbetulkan Wallahu aklam..
No comments:
Post a Comment