Showing posts with label catatan seorang ibu. Show all posts
Showing posts with label catatan seorang ibu. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Kendong Anak @ Babywearing - Anak tenang dan kurang meragam


Saya mula kenal terms babywearing sejak anak kedua.. 2010..

Ssc (soft structured carrier) yg saya beli dr snuggbaby.. Itulah yg saya lenjan dari 2010 sampai sekarang utk 3 anak.. Yang kecil sekarang ni 5 bln. Sayang betul kami kat ssc tu.. Yang tu lah kami usung kesana sini.. Bawa pegi umrah kendong anak..

Resah saya kalau tak bawa ssc tu. Anak pun memang syok je tengok dalam tu.. Confirm tidur (umur bawah setahun).. Lama pulak tu.. Kadang-kadang husband kata "Eh, biar betul ni lama betul tidur.." Saya awal-awal aritu lagi la, siap rasa nafas dia.. Takut je sebab lama sangat tidur..hihi..

ada niat nak beli lain, tapi tertahan2..

Kami suami isteri panggil ssc tu snugg. Rasanya husbnd saya pn dh x ingat itu namanya ssc.. tiap kali keluar.. "snugg bawak?" "Snug mana?"

saya suka gendong bayi saya kerana banyak faktor :-



- nilai dakapan yang dirasai sangat berbeza.. sambil berjalan boleh kucup, belai anak.. terasa dekat..

- bebas.. saya bebas bergerak.. memilih barang bila bershopping.. sambil memantau kakak-kakaknya yang lain.. kalau dalam stroller, bagaimana hendak membawa troli pasaraya lagi?

- keselesaan buat si comel dan boleh dikata anak akan terlena tiap kali dikendong sambil melopong mulut adakalanya.. ops.. 



- saya merasakan anak saya selamat dalam dakapan saya, inshaa allah..

- untuk anak yang 3, 4, malah 6 tahun masih boleh merasai kendongan ummi ayahnya tanpa ummi ayah terasa sangat bebanan berat anak2nya ini. 



- ketika mereka kecillah peluang kami menggendong anak-anak ini.. ia akan menjadi pengalaman manis yang tak bisa dilupakan.

jom ibu-ibu, bapa-bapa kendong anak kita dengan cara dan medium yang betul.. Akan saya kongsikan di post akan datang inshaa allah..

Monday, 26 May 2014

Susun Atur - Simpan pinggan mangkuk untuk kemudahan anak-anak

Bismillah..

Pernah tak, tengah kita sedap-sedap baring, anak panggil..

"Ummi, nak air.."

Tengah potong2 ayam,

"ummi, nak pinggan.."

Sedangkan, air mereka boleh ambil sendiri, dah pandai tekan water dispenser. Makanan pun memang tersedia atas meja dah..

Makanya, saya fikir solusi.. Dan sebelum ini pernah terbaca beberapa tips mengenai ini.. hasilnya..

Saya letakkan pinggan mangkuk, sudu mereka di drawer kedua kabinet dapur, yang mana mereka sampai unyuk ambil sendiri

sudu biasa pun saya letakkan di atas kabinet dapur yang dapat dicapai.


Jadinya, mereka pun ambil sendiri.. :)

Oh ya, ada masanya kita perlu biasakan anak-anak makan dengan pinggan mangkuk kaca ye. Ye la, takkan anak-anak makan dalam pinggan plastik/melamine je kan.. Macam saya, tika makan berjemaah, adakalanya mereka menggunakan pinggan mangkuk yang sama kami gunakan.


#untuk anak- anak hebat ini, bekalkan mereka dengan qaseh junior.. :)
untuk imunisasi, kecerdasan, kecergasan dan kesihatan mereka inshaa allah..



Tuesday, 15 April 2014

Suri WAHM - Bekerja Di Rumah

 Bismillah..

Inshaa allah, kami beri peluang dan tunjukkan jalan.. Yang penting usaha dari diri dan keberkatan dari Allah..

Sama ada kalian :
-suri rumah sepenuh masa
-bekerja dengan majikan
-berura-ura hendak bekerja sendiri
-ingin menambah pendapatan

Sama ada kalian :
- belum punyai produk jualan
- sudah ada perniagaan offline dan mahu kembangkan secara online

sama ada perniagaan kalian berupa :
- pakaian/ tudung
- kek,kuih muih, kerepek, makanan lain
- produk kesihata
- lain2 barangan

sama ada kalian :
- menetap di luar dari Malaysia
- tidak punyai modal (kecuali utk bayar yuran yang memang rendah. itu pun inshaa allah dapat 'diperolehi semula' selepas anda berusaha apabila menyertai akademi.

Kesemua ini sesuai untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah..

***************************************************************************

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini membantu kalian?:-
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksible, tanpa tekanan, tanpa terkejar-kejar. (^_^)

KOMITMEN.KESUNGGUHAN.FOKUS & KONSISTEN
Itu yang diperlukan.
==============================

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama (kelas premium)
5. Pendaftaran pengurus online / rakan niaga
6. Kelas belajar urus akaun bisnes kecil wahm soho,
kelas terkini offline di shah alam, hubungi Aishah Hussein
7. Kelas membina blog dan fanpage borong telekung solat serta dropship
8. Beriklan dengan kami http://sohodirectory.blogspot.com/
9. Tempah blog 3 hari siap

1. Kelas adalah fleksibel-
Peserta kami adalah kebanyakan suri bekerjaya dan surirumah ada juga jejak, secara online 100 peratus, ia fleksibel, boleh mula bila-bila masa.. Ada 10 langkah tugasan untuk kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online.

2. Kumpulan sokongan.
Selepas selesai semua tugasan, peseta akan di serap masuk dalam grup tertututup ademi bekerja di rumha. Dari situ peniaga boleh membina jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina persahabatan dan sokongan.

3. Sangat sesuai surirumah yang baru mahu mula, tidak tahu urusniaga asas, tidka tahu buat borang, tidak tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk kit asedia kan produk.

4. Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah untuk kita belajar berjualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk, surirumah yang pemalu.

5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumha yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari.

6. Mula cabar diri. Tidak kira suri bekerja di rumah, atau suri bekerja luar rumah.

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :

Email : awatifm.ali@gmail.com
Sms/whats app : 019-2399079
Add saya di facebook : awatif mohd ali



*****************************************************************************


layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP



Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih - Qaseh Gold Adinda (wanita)
                                                                             - Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
                                                                             - Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun 


Bedak Arab 50gram

Thursday, 6 March 2014

WAHM - Work At Home Mom

WAHM (Work At Home Mom) adalah istilah dalam bahasa Inggeris. Kalau diterjemahkan berbunyi 'Ibu Yang Bekerja di /dari Rumah".

Kini, terma ini sudah menjadi agak biasa. Ia bukan hanya terbatas menjadi WAHM yang membuat perniagaan (sama ada secara kecilan atau besaran), malah ada juga WAHM yang menawarkan perkhidmatan perundingan atau lain-lain lagi. 

Banyak kelebihan menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah bukan? Disamping melihat/menjaga anak-anak sendiri di depan mata, pengurusan berkaitan rumah juga banyak yang boleh diselesaikan dengan lebih efektif dan elektif.

Mungkin satu ketika dahulu, ada yang memandang dengan pandangan yang agak janggal jika hanya menjadi ibu dirumah (tidak bekerja), namun fenomena itu saya kira sudah berubah, Persepsi terhadap WAHM sudah  positif malah ada yang lebih berjaya ketika menjadi WAHM dari bekerja di pejabat majikan dulu.

Mengapa seseorang suri itu memilih untuk menjadi WAHM? Kerana tertekan dengan kerjaya makan gaji? Masalah penjagaan anak-anak? Ingin suasana bebas bekerja? Atau sekadar mengisi masa disamping menjaga anak-anak dan menguruskan rumah?

Niat, tekad, jati diri yang kuat dan perancangan yang teliti serta pelaksanaan yang efektif dan usaha yang berterusan  saya kira adalah faktor utama kejayaan seorang WAHM itu.

Saya? Masih lagi bertatih-tatih.. Sesekala 'lelah', saya 'berehat' seketika. Sesekala saya terhimpit, saya perlu bebaskan diri seketika. Saya tidak mahu yang dikendong tidak dapat, yang dikejar berciciran. Adakala kita perlu mengorbankan seketika apa yang di sebelah sini, untuk 'selamatkan' yang sebelah lagi.

Saya hampir sahaja menjejak 44 hari berpantang. Ayahanda mertua tersayang juga pergi menghadap Illahi dalam saya berpantang. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau di kalangan hambaNya yang soleh, aminn. Dalam pantang juga saya agak sibuk ke sana ke sini, macam tidak terasa pantangnya.. :)


awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP

Friday, 3 January 2014

Teknik Bernafas Ketika Kontraktion dan Bersalin

Bismillah..
Bila sudah dalam fasa-fasa nak bersalin ni, mula lah nak mencatat perkara-perkara yang berkaitan. hehe..
Pengalaman bersalin. Pastinya setiap orang merasakan perbezaan dan rasa yang tersendiri kan. Sering kita dibayangi dengan rasa sakitnya bersalin itu, sampaikan si ibu rasa takut hendak melalui proses tersebut.
Tapi alangkah nikmatnya apabila rasa sakit yang dibayangkan itu ditukar kepada rasa sensasi yang begitu nyaman, indah cantik. Kuncinya, ada pada diri kita sendiri. Kita perlu menukar rasa takut tersebut kepada nilai yang lebih positif, lebih bertenang.
Apa yang sering ibu fikirkan, adalah rasa kontraktion (surge) yang dialami. Rasa tegang perut, rasa memulas, rasa apa lagi? Masing-masing punyai pandangan tersendiri bagaimana rasa itu kan? :)
Jadinya, teknik pernafasan yang betul amatlah membantu semasa kontraktion ini. Jangan fikirkan kesakitan yang dirasa, dan jangan 'melawan' rasa sakit tersebut. Perilaku seperti menggengam tangan dengan kuat, mengetap gigi, mengeraskan badan sepatutnya tidak dibuat. Kita biarkan badan kita releks dan dalam keadaan selesa, kita layan bernafas je.. tarik, hembus, tarik, hembus..  
Amboi, macam senang je cakap yek.. hehe..
Bagaimana kita hendak mengaplikasikan teknik pernafasan?
3 JENIS PERNAFASAN
1) Relaxtion Breathing
Ia pernafasan yang menenangkan, samaada diaplikasi ketika sakit kontraksi atau proses melahirkan anak, malah ia pernafasan yang boleh diguna bila-bila masa.
cara : Ambil nafas melalui hidung (dalam hati kira dari satu sampai 7). Kemudian, lepaskan nafas melalui hidung juga (dalam hati kira juga dari 1 sampai 7). Apabila kita fokus pada bilangan tersebut, ia membantu kita untuk tidak memikirkan kesakitan yang sedang dialami.
2) Ketika Kontraktion
Teknik 1 -Ia merupakan pernafasan secara perlahan.
Masa Kontraktion (surge) datang, tarik nafas perlahan-lahan, kalau boleh sampai ke 'puncak' sama sakit dengan surge tu. Bila rasa surge makin menurun, hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. 

Cara: tarik nafas melalui hidung (kira dalam hati dari 1 sampai 8). Kemudian, hembus nafas secara perlahan, seperlahan-lahannya. :) (dalam hati kira dari 1 sampai 20).
Awal-awal, memang tak sampai la nk hembus tunggu sampai 20..hehe.. Sebab itu, kena buat latihan/persediaan sebelum bersalin lagi.( Yang tengah tulis ni pun tak berlatih lagi ni..huhu)
Hembusan nafas secara perlahan-lahan tersebut membuatkan badan kita benar-benar releks, dan kita tidak terasa seperti hendak menahan/keraskan badan kalau kontraktion datang. Kalau kita keraskan badan, sebenarnya kontraktion itu akan lebih teras kesakitannya.
Kiraan ini bukan penting, tetapi ia memberi kita panduan masa /lamanya kita dapt menarik dan menahan nafas. Boleh minta bantuan encik suami untuk kirakan, kita layan nafas je..hehe..
Amalkan teknik ini berterusan sampai rasa kontraktion hilang.
Teknik 2 - Pernafasan Secara Dalam
Tarik nafas dalam-dalam, dan lihat perut kita menaik. Bayangkan kita sedang hantar oksigen pada baby kita. Kemudian hembuskan perlahan-lahan keluar dari bibir yang sedikit terbuka. Sambil itu, kita boleh bayangkan perkara yang best-best. Jangan fikir yang sakit-sakit..
3) Ketika Proses Melahirkan Anak 
Yang kita faham dan diaplikasi di hospital, si ibu disuruh meneran ketika hendak keluarkan baby bukan?
"push, push... "
Sebenarnya, secara alami si ibu tidak perlu bertindak demikian. Push atau teran yang salah hanya akan memberi risiko koyakan yang teruk pada perineum. Inshaa allah tiada /minir koyakan sahaja.
Sekiranya masa itu telah tiba, bayi itu sendiri akan mencari jalan kelahiran, dan seterusnya uterus akan mula menolak bayi keluar disamping bayi tersebut yang akan menolakkan dirinya sendiri untuk keluar.
Ibu hanya membantu tolakan tersebut dengan teknik 'teran' yang betul. Relekskan badan, jangan keraskan, genggam tangan, ketap gigi dan sebagainya. Disamping mengaplikasikan teknik bernafas, kita serapkan juga terapi jiwa dengan zikir dan doa.
Cara 1- Ibu hanya perlu mengikut gerak bahasa tubuhnya sendiri. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, dan lepaskan nafas panjang dan perlahan-lahan melalui mulut. 
Cara 2- Tarik nafas sekejap. Kemudian, hembus secara perlahan dengan membayangkan nafas dilepaskan ke bawah, membentuk bentuk J. Kita akan rasa pernafsan kita 'bergema' di belakang hidung dan juga seakan merasakan otot perut seakan 'melentur' (flexing) ketika kita menghembusnya. 
Cara 3 -Atau tarik nafas (kira dalam hati 1 sampai 7). Kemudian hembuskan nafas cepat-cepat seperti kita hendak melepaskan/ mengeluarkan bayi kita.

Apa- apa pun, minda memang kena positif, tak fikirkan kesakitan.. Yang difikirkan, permata hati yang akan keluar. Inshaa allah, kita usaha, doa zikir banyak2. 

Hasbunallah hiwanikmal wakil..
Oh ya, di akhir-akhir kehamilan ni, jangan lupa makan minyak kelapa dara dan buat urutan perineum dengan Minyak Kelapa Dara Catalyst. Boleh dapatkankannya di  AL-ATIFF-SHOP :)

Klik sini untuk entry saya Minyak Kelapa dara dan urutan perineum


Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

Friday, 27 December 2013

Melatih Anak Ke Tandas (Potty TrainingP Part 2)

Bismillah..

Di penulisan ini melatih-anak-ke-tandas-potty-training. saya ada nyatakan hasrat hendak melatih Khadeejah Husna yang berumur 2 tahun 3 bulan untuk sessi 'bebas lampin' kan? Jadi bagaimana hasilnya setelah 16 hari berlalu? Apakah hasilnya? Adakah si ibu dan ayah berjaya mengharungi cabaran ini? Dan adakah si kecil kami itu lulus dalam latihan itu? hehe..

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, setiap anak dan kanak-kanak itu berbeza perwatakan dan berbeza juga penerimaan terhadap sesuatu perkara. Apa yang mampu saya ungkapkan, syukur alhamdulillah.. Husna boleh la ummi nobatkan bergraduasi dngan cemerlangnya.. hehe..

2 hari pertama sahaja Husna keciciran air kecilnya. Saya sememangnya akan membawa Husna dalam sejam ke 2 jam ke bilik air untuk melatihnya. Adakala tidak sempat dalam jangka masa tersebut, Husna akan terlepas. Tapi Husna dengan muka dan rasa bersalah akan berdiri sambil berkata.. 'Ummi..' Saya pula memang mengambil pendekatan tidak marah atau membuat muka sekiranya dia tercicir. (Ye la, mungkin boleh tahan sabar lagi sebab baru 2 hari berlatih kan.. kalau 2 minggu tu, tak tau la ummi macamana..ups..hehe..) Sebaliknya, masa Husna keciciran itu, saya katakan padanya..  "Husna kencing kat dalam seluar? Tak boleh kencing dalam seluar tau.. Nanti seluar dan lantai basah, kotor.. kencing kat bilik air ok? Nanti nak kencing, Husna cakap dengan ummi dan ayah.. Ummi, ayah.. nak kencing..."

Masuk hari ketiga dan seterusnya, Husna akan memberitahu sekiranya hendak membuang air. Pada mulanya saya seakan tidak percaya juga. Tetapi setiap kali dia memberitahu, saya akan terus membawa ke bilik air dan sememangnya dia akan membuang hajatnya itu. Hari-hari berikutnya, begitu juga, Saya dan ayahnya tidaklah mahu bergembira terlebih dahulu, kerana anak-anak ini di luar jangkaan. Macam Maryam, dia bermula dengan baik, tetapi sampai di pertengahan proses, dia masih belum lulus.

Namun, prestasi yang ditunjukkan Husna semakin positif. Husna sudah pandai menahan air kecilnya. Sekiranya dia memberitahu mahu membuang air kecil dan saya menyuruhnya menunggu sebentar, dia akan menunggu tanpa gelisah. Masuk ke bilik air pun hajatnya tidak terus terbuang, sebaliknya ada masa seketika untuk hajatnya keluar.. hehe..

Untuk tidur malam, sudah pasti kami masih pakaikannya lampin. Masih belum rajin untuk kami kejutkannya di malam hari untuk ke bilik air.. :) Namun, setiap pagi apabila bangun tidur, lampin Husna pasti kering menandakan dia tidak membuang air kecil ketika tidur. Dibawa ke bilik air pagi itu, ehm.. banyak sungguh hasilnya yang dibuang..hehe.. Tapi adakalanya ada malam-malam yang Husna membuang juga dalam lampin ketika tidur.

Terima kasih Khadeejah Husna kerana membantu Ummi dan ayah dalam 'tugasan' ini. Alhamdulillah ummi dan ayah tidak stress (sebab Husna berjaya dalam masa singkat, kalau sekarang ni belum lulus juga, macamana agaknya ummi?) 

Sememangnya ketiga-tiga anak. kami melalui pengalaman yang berbeza dalam melatih mereka mencapai misi 'bebas lampin'. Ada yang cepat, ada yang memakan masa lama juga untuk lulus. Ibu ayah diluar sana jangan takut untuk memulakan langkah pertama dalam misi ini. Sekiranya kita tidak cuba, kita tidak tahu bagaimana penerimaan anak kita. Sekiranya percubaan permulaan nampak gagal dan memakan masa lama, berikan anak kita peluang dahulu. Berikan mereka masa sehingga mereka benar-benar bersedia. Namun, sekiranya anak kita sudah pun menunjukkan penerimaan positif sebaik sahaja kita memulakan misi, nah.. bukankah ianya satu tindak balas yang meyakinkan bahawa misi ini akan benar-benar berjaya?



Thursday, 19 December 2013

Persekolahan Anak-anak

Bismillah..

Alhamdulillah.. Hal persekolahan anak-anak satu demi satu dapat penyelesaiannya. Kakak 'Aisyah kami sepakat untuk masukkan ke Sekolah Rendah Agama As-sofa. Matlamat dan impian kami sebagai ibu bapa, ingin menerapkan Al-quran dan sunnah yang utama dalam hati anak-anak inshaa allah. Sessi persekolahan akan bermula pada 23 hb Disember. Waktu persekolahan pula dari jam 730 pagi hingga 430 ptg. Risau juga kakak akan kepenatan, tapi moga ianya tidak dirasa sebagai tempoh yang memenatkan, sebaliknya penuh pengisian bersama keseronokan menimba ilmu.

Penekanan lebih menjurus pada Al quran , hafazan dan hadis. Namun begitu tetap dimasukkan subjek akademik teras berpandukan silibus kementerian. 

Maryam pula bulan 8 2014 akan genap 4 tahun. Melihat kakak yang sibuk buat persiapan persekolahan seperti mendaftar, membeli kelengkapan sekolah dan sebagainya, dia pun jadi exited nak bersekolah juga. Setiap hari tanya bila nak ke sekolah, beli kasut dan beg baru. Melihat keterujaan Maryam, makanya ummi pun survey-survey tadika yang sesuai. Setelah dipertimbangkan, kami ambil keputusan mendaftar(tapi belum daftar pun..hehe..) di Tadika Cahaya Sufi, yang menggunakan kaedah dari Seri Al-Amin Centre. Moga Maryam seronok dan dapat menerima apa yang dipelajari nanti.

Sekarang, giliran ummi pula nak buat persediaan.. Persediaan untuk menerima cahaya mata baru inshaa allah.. Dari segi mental, fizikal dan spiritual..(wah, gitu..hehe) Nak buat bajet bersalin, kelengkapan dan urusan lain-lain yang perlu dipertimbangkan.. Niat kali ini mahu berpantang dengan penuh disiplin dan sebaiknya. Sebab, sudah rasa badan sudah semakin tua (walau usia tak la tua mana lagi..huhu) 

Friday, 13 December 2013

Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Urutan Perineum

Minyak kelapa dara (vco)..  Pernah dengar tak khasiatnya? Kalau orang dulu-dulu mesti kaitkan ianya perlu dimakan oleh ibu mengandung untuk mudahkan proses kelahiran kan. Dan juga sering kita dengar mereka buat sapuan untuk rawatan dan penjagaan rambut dan kepala.

Memang betul. Ramai pakar dan penyelidik dunia yang sudah pun membuat kajian dan mengakui keistimewaan minyak kelapa dara ini. Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Bioteknologi MARDI, Dr. Kamariah Long pun ada buat kajiannya sendiri.  Ia bukan hanya fokus pada apa yang saya tulis diatas sahaja. Khasiatnya lebih meluas.

Petikan di bawah saya ambil dari laman facebook Dr Hamid Arsyat.






Pertama kali dengar istilah minyak kelapa dara ni, saya telah tersilap andaian. hehe.. namun bila saya membuat pembacaan, barulah saya faham apa itu minyak kelapa dara. 

Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kim
ia. Penghasilannya diambil dari isi kelapa segar yang masih belum ditumbuhi tunas dan diproses tanpa melibatkan pemanasan api. Keistimewaan inilah yang menjadikan segala vitamin, zat dan mineral semulajadi yang terdapat di dalam kelapa dapat dinikmati.


Kali ini saya nak fokus khasiatnya untuk ibu mengandung sahaja. Khasiat umun yang lain inshaa allah lain kali kita kongsi pula. Ye la, memandangkan sekarang ni usia kandungan saya dah melewati 34 minggu, saya tak nak lengah-lengah lagi nak buat teknik urutan perineum sebagai persediaan.

Ibu mengandung elok makan dan amalkan minyak kelapa dara 
  • sebagai sapuan untuk elak rekahan kulit / strech mark, melembab dan mencegah kekeringan kulit
  • makan untuk elak sembelit
  • makan untuk memudahkan proses bersalin dan boleh mengelakkan koyakan inshaa allah
  • sebagai sapuan untuk urutan perineum -bahagian antara vagina dan perineum untuk memudahkan laluan semasa proses bersalin dan mengelakkan koyakan inshaa allah.
Apa itu urutan perineum?

Perineum adalah kawasan antara vagina dan dubur. Sewaktu proses melahirkan, kawasan ini akan turut tertekan dan keadaan kulit di kawasan tersebut serta teknik melahirkan yang tidak betul boleh menjadi penyumbang berlaku koyakan di kawasan tersebut. Ini juga menjadikan faktor doktor melakukan guntingan episotomi di kawasan tersebut. koyakan / guntingan ini pastinya akan dijahit dan menimbulkan rasa yang tidak selesa nanti.

Jadinya, untuk persediaan bagi memudahkan laluan bersalin ini, ibu-ibu digalakan melakukan urutan perineum agar kulit di kawasan tersebut lembut, lembab dan elastik. inshaa allah dengan ini kita dapat mengelakkan risiko koyakan / koyakan lebih teruk.

Apa yang saya baca, ia disaran untuk dimulai dari minggu ke 34 kehamilan sehinggalah saat hendak melahirkan nanti. Sebelum hendak membuat urutan perineum ini, pastikan tangan kita benar-benar bersih. Minyak yang disarankan untuk membuat urutan ini ialah minyak kelapa atau minyak zaitun kerana ia lebih berkesan. Terdapat juga dipasaran gel memang khas untuk urutan ini. Tapi saya lebih percaya pada yang bahan alami.

Teknik urutan perineum:

1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan ibu jari dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang kita mahu, sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  (seperti hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.)

Boleh google gambar atau video teknik ni untuk tahu lebih detail. Inshaa allah, kita buat setiap hari untuk keberkesanannya. Ramai yang sudah berjaya mengaplikasikan teknik urutan ini.

Untuk saya, saya mula amalkan makan kapsul minyak kelapa dara (VCO) dari Catalyst. Ada juga yang dalam bentuk cecair, tapi lagi mudah rasanya makan yang dalam bentuk kapsul. Untuk yang cecair, saya buat untuk sapuan kulit dan urutan perineum sahaja.


Khasiatnya yang saya dapat? Alhamdulillah rasa bertenaga, mudahkan pelawasan dan ianya juga elok untuk kulit saya. Haritu saya mengalami alahan kegatalan yang agak teruk di kaki dan leher. Saya amalkan makan vco dan sapu di bahagian gatal, alhamdulillah dah pulih. Minyak kelapa dara ini memang elok untuk kult yang mengalami gatal-gatal, ruam, ekzema, kulit kering dan sensitif. Malah ia juga selamat untuk digunakan pada bayi.  


Sesiapa yang berminat dengan VCO Catalyst ini, boleh hubungi saya. Ianya sememangnya barangan berkualiti keluaran Bumiputera. Bagi saya, saya hanya sarankan apa yang telah saya guna/pakai/amalkan dan mendapat kesan positif darinya.. :)






Wednesday, 11 December 2013

Melatih Anak Ke Tandas (Potty Training)

Bismillah..

Khadeejah Husna sudah pun 2 tahun 3 bulan., Ummi ni pun sibuk lah nak 'free drypers' kan Khadeejah. Ikutkan kemalasan, memang hendak tunda je dulu. Tapi fikir-fikir, lagi tunda lagi lambat jadinya. Nanti adik Khadeejah dah lahir, lagi haru kalau ummi baru nak latih Khadeejah. Lagipun, kalau tengok dari segi tanda-tandanya, memang Khadeejah sudah 'bersedia' dengan cabaran ini. Cuma Umminya dah bersedia ke? hehe..

Dari pengalaman lepas, kakak 'Aisyah mencecah 2 tahun, sudah lulus sepenuhnya ujian ini. Komitmen ummi tak banyak sangat masa tu, boleh lah nak tumpu banyak sikit perhatian kat sessi tu.. hehe.. Maryam pula, ummi lambat mulakan  sessi. umur 2 tahun 4 bulan baru ummi mulakan.

Permulaan sessi latihan,  ianya on off jadi tak berjaya la.. Pada mulanya Maryam memang bagi kerjasama yang baik.. Suruh membung di tandas, dia akan turuti.. Kalau ummi terlupa nak ingatkan, memang ada kala tercicir juga.. Tapi selepas seminggu dua, Maryam seakan dah takde 'mood' nak menjalani latihn potty trainingnya.. Huhu.. Suruh pergi tandas, sampai menangis-nangis tak nak.. Dan akan 'request' untuk pakai pampers.. Dan ummi pun malas nak stress2, makanya latihannya pun dihentikan seketika.. Huhu.

Ummi tak ingat bila latihan bermula semula. Yang pasti ummi ambil masa lama juga nak pastikan Maryam lulus dengan cemerlangnya latihan ini. Sebabnya, bila Maryam leka bermain memang dia tak akan ingat langsung nak bagitahu kalau nak buang air kencing.  Tapi alhamdulillah,  Maryam dah pun berjaya lewat 3 bulan ni.. kira luluslah dalam usia 3 tahun. (sekarang dah 3 tahun 4 bulan).

Masa mula-mula melatih Maryam, adiknya Khadeejah pun memang sibuk juga nak join turut serta. Tiap kali ummi suruh Maryam ke bilik air, dia pun sibuk nak juga. Memang tanda positif la kalau nak latih Khadeejah masa tu juga. Tapi rasanya kelam kelibut la ummi kalau 2 2 dalam latihan ni. Maunya haru..huhu..

Makanya, inilah masanya yang dirasakan sesuai untuk Khadeejah.. Ummi tanya ayahnya pun, ayahnya sudah bersedia nak mengharungi cabaran ini.. :)



Ok, kat sini saya nak kongsikan tip2 berguna yang saya ambil dari ratuhati.com . Insyallah boleh membantu ibu2 yang nak memulakan misi 'Bebas lampin'. Tanda-tanda yang boleh kita lihat pada anak, sama ada dia sudah bersedia untuk latihan ke tandas atau tidak. Tapi semestinyalah emak dan ayahnya kena bersedia dahulu.. :)

Tanda Anak Sudah Bersedia Untuk Latihan ke Tandas
Tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas (untuk mencuba, tidak semestinya anak anda ada kesemua tanda-tanda berikut)
 
SKIL BAHASA
  • Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”).
  • Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”).
SKIL KOGNITIF
  • Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai)
  • Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)
{MOSIMAGE}SKIL EMOSI
  • Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda
  • Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda
  • Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri)
  • Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)
  • Suka mengikut dan melihat anda atau kakak/abangnya ke tandas.
SKIL MOTOR
  • Boleh berjalan dengan baik
  • Boleh menanggalkan seluar sendiri
  • Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan
  • Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)
  • Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari
PENJAGAAN BADAN
  • Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis
  • Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya
  • Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’
  • Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)
Setiap anak / kanak-kanak memiliki perwatakan yang berzeza, dan pastinya tempoh melatih setiap anak-anak ini juga berbeza. Jangan kita stress kalau anak kita masih belum melepasi ujian ini, dan membeza-bezakan antara satu sama lain. Pilih masa dan situasi yang sesuai dan selesa buat kita dan juga si kecil.

Saya juga begitu, memang berbeza melatih Aisyah dan Maryam. Untuk Khadeejah ini, cabarannya belum tahu bagaimana bentuknya lagi. Doakan saya dan Khadeejah berjaya melepasi latihan ini.. hehe..

Rutin Seorang Suri dan Ibu

Bismillah..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan di blog ini. Sebulan blog sepi sukar diungkap kerana apa. Yang nyata, kehidupan masih tetap seperti biasa alhamdulillah.

Memulakan kehidupan di Seremban 2. Alhamdulillah.. Rutin harian pun dah bertukar. Walaupun waktu cuti sekolah, tapi kami tak bercuti.. hehe.. Pagi saya menghantar anak yang sulung, 'Aisyah ke kelas tambahan bagi melancarkan proses belajar membacanya. Sejujurnya saya berhasrat ingin meneruskan pengajaran sendiri dengan kaedah Bacalah Anakku. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, saya mengambil keputusan untuk menghantar Aisyah ke kelas.

Makanya, pagi-pagi saya akan menghadapi rutin karenah anak-anak di waktu pagi. Ikutkan saya hendak angkat sahaja adik-adiknya terus ke kereta. Tapi Khadeejah memang mudah terjaga sendiri, dan apabila terjaga sememangnya saya perlu melayan kehendaknya dahulu. Tak dinafikan adakalanya pagi saya kelam kabut,, lain anak, lain permintaannya. Kadang-kadang suruh masuk kereta pun jadi lambat. Oh, bagaimanakah apabila sesi persekolahan sebenar bermula nanti? huhu..

Maryam pula bila lihat kakaknya ke kelas, sibuk bertanya bila giliran dia pula akan ke sekolah. Hampir setiap hari akan bertanya soalan yng sama. kalau terlihat sekolah tadika berhampiran rumah kami, pasti akan keluar dari mulutnya.. "itu sekolah Maryam ye ummi?"

Bagi kelas mengaji pula, kami memang ada menghantar 'Aisyah ke rumah ustazah dari Indonesia semasa tinggal di Saudi dahulu. Walaupun saya ada mengajar 'Aisyah mengaji, namun saya ingin mendedahkan 'Aisyah kepada persekitaran dan kawan-kawan yang sama mengaji dengannya. Supaya dia dapat menonjolkan keyakinan dirinya dan tidak terlalu penyegan orangnya. Dan disebabkan 'Aisyah (dan kini Maryam) suka pergi ke kelas mengaji, maka kami juga mendaftarkan mereka ke kelas mengaji. Seronok apabila melihat anak-anak seronok. Dirumah, saya hanya akan bertanya dan mengulang kembali apa yang mereka pelajari di kelas.

Anak-anak dah ke kelas, umminya boleh senang lenang ke? Oh, semestinya tidak kan.. Dengan perut yang makin membesar ni, umminya kadang-kadang cepat letih..huhu.. Dan tugas hantar dan mengambil anak-anak ke kelas ini pun menyebabkan masa rasa cepat je berlalu. Baru je rasa pergi ke kelas dan balik kerumah, rasanya kena keluar semula ambil anak-anak. Sama ada saya terus hantar mereka ke kelas mengaji, atau pulang dahulu (petang baru ke kelas mengaji), bergantung kepada situasi anak-anak. Adakalanya Aisyah minta nak ke kelas mengaji waktu petang, saya ikutkan sahaja. Dan dengan rutin memasak dan kerja rumah lain, sekejap sahaja sudah melewati petang.

Khadeejah pula bila kakak-kakaknya ke kelas, memang dia pun nak ikut sama. Tapi tak boleh la kan. Khadeejah tinggal la sorang di rumah. kegemarannya? Main puzzle (biar pun susunannya adakala tak betul..hehe) 

Ok, masa untuk memulakan tugas ni. Saya beransur dahulu. Insha allah kita berkongsi cerita lagi nanti.. :)

Wednesday, 30 October 2013

Ujian Allah : Endometriosis



"Awak mengandung dah berapa bulan dah?"

"Alhamdulillah, nak masuk 5 bulan dah.." Jawab si bakal ibu, sambil bibir tak lekang dengan senyuman gembira.. Pastinya dalam hati jua berbunga-bunga bahagia, memikirkan anak yang bakal lahir yang pastinya menyerikan lagi kehidupan mereka suami isteri.

Melayari kehidupan sebagai seorang wanita dan ibu amat indah bukan.. Tapi tak semua wanita berpeluang menjadi seorang ibu walau itulah yang amat didambakan.. Rezeki harta, wang ringgit, anak-anak, Allah dah tentukan pada setiap hambaNya.. Apa yang menjadi ukuran adalah penerimaan kita sebagai hambaNya yang seharusnya tak putus berusaha dan berdoa, dan akhirnya redha dengan apa yang diperolehi..

Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Saya hanya ingin berkongsi secebis kisah kakak ipar saya. Sejauh mana kekuatan dirinya menghadapi ujian Allah, hanya dia dan Allah yang tahu.. Kakak ipar saya bertemu jodoh dengan abang, 11 tahun yang lalu.. Tak sampai beberapa bulan berkahwin, bapa beliau telah kembali ke rahmatullah, kemudian ibunya pula mengikut jejak yang sama. Beliau cuma mempunyai seorang kakak.

Sejak berkahwin, abang saya tinggal bersama kami sekeluarga. (waktu itu pastinya saya belum berkahwin) Maka, di dalam sebuah rumah, termasuk kami 6 beradik, mak dan abah, menjadikan kami 9 orang. Pastinya pada awalnya beliau tidak betah tinggal bersama mertua dan ipar duai. Tapi, alhamdulillah sedikit demi sedikit beliau dapat menyesuaikan diri. Saya sendiri menganggapnya bagai kakak sendiri, dan saya pasti begitu jua dengan mak, abah dan adik beradik yang lain. Malah, dalam hal urusan keluarga, beliau yang banyak membantu. Ketika arwah abah sakit, beliau juga antara yang banyak menghulur bantuan. Kasih sayang beliau tertumpah pada kami, dan amat kami hargainya..

Masa awal perkahwinannya, saya sering mengusik bertanya.. "camner, camner? dah ada isi ye.."
Sungguh, saya ingat sesudah berkahwin, semudah itu nak nak dapat zuriat.. (itu dulu..waktu masih bergelar anak dara..)

Tapi kini, soalan itu seakan mati.. Saya tak lagi mengajukan soalan sebegitu terhadapnya. Saya mengerti situasinya, faham keadaanya, walau tak mampu saya selam sepenuhnya dasar hatinya.. Alhamdulillah, mak dan arwah abah, kami adik beradik tak pernah mendesak bertanyakan hal sebegitu pada kakak ipar dan abang. Malah tak pernah kami menyalahkannya, kami akur dengan ujian Allah.. Sesungguhnya saya bersyukur kami tidak tergolong di kalangan mereka yang bersikap dan berfikir negatif bila berdepan situasi sebegini.

Namun, saya sering berkongsi cerita dengannya. Untuk berkongsi rasa, beliau terlalu bijak menyembunyikannya.. Beliau sebenarnya disahkan mengalami endometriosis. Rawatan demi rawatan dilakukan, namun, adakalanya ia tetap berulang.. Mengimpikan zuriat, banyak usaha yang telah dilakukan, berurut, kaedah kesuburan, IUI, dan yang terbaru, IVF..

(Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.)

"Kak, camner aritu IVF?"

"Heh, tak yah tanyalah. Tak tau nak cakap apa.. " jawabnya.

"la, cakap la.. " pinta saya.

"Masa nak buat tu, ada satu telur je.. Tu pun doktor cakap cam 'fragile' je.. Last2, masa nak satukan tu dah tau tak menjadi.. So, camtu jelah.."

"Er, pastu camne sekarang?"

"Camner apa? Ntah lah.. tak tau lah.. Lagipun endo tu ada lagi.. Doktor suggest wat operation buang endo tu lagi.. RM13 ribu. Tu belum kos nak wat IVF lagi.. Mana ada duit.. Peluang pun tak tau besar ke tak nak sukses.. " tersenyum menyembunyikan rasa hati dan ada seakan nada mengeluh. Tapi saya yakin, ianya bukan keluhan kerana ujian Allah, tapi keluhan melepaskan rasa yang tak terluah di dasar hati..

"Tak buat apa la ni.. Lagipun aritu scan, nampak polips (cam ketumbuhan kecil) kat rahim.. Kalau membiak, boleh jadi kanser.. Tapi belum la, tak banyak pun.. " bersahaja je jawabnya..

Pernah dulu mereka suami isteri hendak mengambil anak angkat. Tapi, bila hampir diluluskan, kakak iparku menolak, kerana sewaktu bertemu dengan anak kecil tersebut, seakan tiada rasa soul atau chemistry, katanya.. Mungkin hati masih berbelah bagi kerana berlainan darah keturunan.

Lagi satu perkara yang meruntunkan hati saya..

"Akak pernah cakap ngan abang awak, nak kawin lain, kawin la. Tapi, akak tak nak duduk sini la nanti.. Duk rumah lain.."

Saya hanya terdiam. Saya sendiri tak tahu bagaimana sebenarnya apa yang abang saya rasa. Memang memiliki zuriat sendiri itu impian setiap insan. Tapi, saya lihat abangku jua tenang menghadapi situasi ini..

Dan, dengan anak2 saudaralah tempat mereka bermanja.. Malah 'Aisyah, Maryam , Khadeejah dan sepupu-sepupu mereka, Irfan, Naufal dan Harith memang suka betul dengan mak ngah dan pak ngahnya ni.. Dibawaknya berjalan, dilayan karenah anak-anak saudara ini.

Simpati dihati, hanya doa yang selalu saya titipkan..

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Kau murahkanlah rezeki mereka dengan anak yang soleh solehah, anak yang menjadi impian mereka. Berikan mereka kekuatan dan redha dengan apa jua ketentuanMu.."

 Sumber artikel : alamhamil.com


Apa itu Endometriosis?

Endometriosis adalah masalah perubatan atau penyakit yang berkaitan dengan tisu yang melapisi bahagian dalam rahim (juga disebut endometrium)  telah tersebar dan tumbuh di kawasan organ lain di dalam tubuh wanita. Kebiasaannya berlaku pada organ-organ pelvis. Endometriosis yang ditemui di saluran fallopian dan ovari boleh menyebabkan parut, pelekatan dan salur fallopian tersumbat serta boleh mempengaruhi kesuburan seseorang wanita.
Endometriosis dikatakan menyerang 7 peratus daripada wanita dalam lingkungan umur 18-35 tahun dan merupakan salah satu sebab utama mengapa wanita gagal hamil.
 
Apakah gejala-gejala endometriosis?
Sakit pada bahagian pelvis adalah di antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa semasa melakukan hubungan seks, semasa membuang air kecil atau air besar.
Walau bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit yang dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit yang keterlaluan tetapi endometriosis mungkin masih dalam peringkat awal dan kepada mereka yang tiada gejala atau sakit yang ringan mungkin sudah pada tahap endometriosis yang sudah teruk.
Dalam kebanyakkan kes, endometriosis gagal didiagnoskan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor disebabkan kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.

Apakah kesan endometriosis terhadap kesuburan wanita?
Untuk mengetahui kaitannya dengan kesuburan, amat penting untuk wanita memahami dengan jelas apa itu endometriosis dan bagaimana ia boleh mempengaruhi  kesuburan mereka.
Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dijumpai pada kawasan badan yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, salur fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ia boleh juga dijumpai di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi ini sangat jarang berlaku.

Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita. Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid.

Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain.
Sekiranya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ia akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal. Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur fallopian akan berjauhan dari ovari dan sekiranya berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku.

 Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada salur fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.
 
Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku.

Siapa Berisiko? Apa Punca Endometriosis?
Sehingga kini saintis masih belum dapat mengenalpasti punca sebenar bagaimana ia terjadi. Tetapi terdapat teori yang baik dan boleh memberikan penjelasan mengapa ia mula terjadi. Adalah dipercayai bahawa darah haid yang berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid. Ada juga yang menyatakan ia tersebar melalui darah ke pelbagai bahagian tubuh yang lain. Ia juga mungkin melibatkan mekanisma yang lebih kompleks di mana terdapat interakasi tidak normal pada peringkat sel dan perubahan hormon.

Endometriosis kerap terjadi pada wanita yang berada dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an dan juga pada wanita yang tidak pernah mempunyai anak. Endometriosis memiliki komponen genetik iaitu sekiranya seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu mungkin mengalami endometriosis juga.
Bagaimana diagnosa boleh dilakukan?
Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan faraj dan juga pemeriksaan US. Jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, beliau mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis. Jika endometriosis dijumpai, doktor akan menentukan sejauh mana endometriosis sudah dan berapa banyak kerosakan yang telah berlaku.

Bagaimana Endometriosis dirawat?
Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kombinasi kedua-duanya. 
 
Walau bagaimanapun pesakit harus sedar bahawa proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan berlaku sepanjang hidup. Jadi risiko untuk mendapat penyakit ini semula adalah tinggi. 

Rawatan ubat sahaja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit tetapi tidak akan  menghalang endometriosis dari merebak. Rawatan hormon pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

Dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan pembedahan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu-tisu yang baru terjadi akan dibakar dengan mengunakan alat khas. 

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang mengidap endometriosis yang serius mungkin sekitar 38 peratus. Walaupun kadar kehamilan tidaklah begitu tinggi, tetapi ia jauh lebih baik daripada kadar kehamilan tanpa sebarang rawatan pembedahan.