Thursday 3 April 2014

Tips Penyimpanan Makanan Yang Selamat

Teks : `Awatif Mohd Ali


Bismillah..

Baru-baru ini saya telah buat transformasi.. Wah, bunyi macam gempak je kan? Sedangkan apalah sangat.. hehe.. saya telah tukarkan susu lemak manis penuh berkrim di dalam tin yang telah dibuka kedalam bekas plastik (pastinya bpa free)

Sebelum ini selepas susu dibuka, memang ambil masa yang lama untuk dihabiskan. Ye lah, hanya kami suami isteri berdua sahaja yang gunakannya. kalau ada keluarga lain atau tetamu, barulah susu tersebut cepat habis selepas dibuka. Dan saya hanya membiarkannya di dalam tin asal.



Kemudian, baru saya terfikir dan tersedar.. saya telah melakukan kesilapan..

Saya tidak sepatutnya menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Ianya perlu dipindahkan ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Kenapa? Kerana jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara. Pernah dengar pengoksidaan? ya, ia mengeluarkan radikal bebas iaitu atom, molekul yang sangat aktif dan tidak stabil.

Dan terjadilah transormasi susu tersebut di dalam bekas ini.. :)

Oh ya, ia bukan untuk susu tin sahaja, tetapi melibatkan semua makanan di dalam tin. Selepas dibuka dan tidak dihabis, jangan terus disimpan di dalam peti ais, Pindahkan dulu ke dalam bekas lain ye..


*********************************************************************************

Badan kita juga terdedah dengan pengoksidaan.. Kembali pada makanan sunnah yang penuh dengan antioksida dan antibakteria, inshaa allah dapat membantu kita bukan sahaja sihat, malah memiliki kulit yang cantik. Ya cantik kerana antioksida adalah anti penuaan.. :)

nak tahu lebih lanjut mengenai antioksida ini, boleh baca penulisan saya yang lalu.. Antioksida-minyak zaitun dan habatussauda


Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih - Qaseh Gold Adinda (wanita)
                                                                             - Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
                                                                             - Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun 
Bedak Arab 50gram




awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP

No comments: