Showing posts with label Cinta Hamba. Show all posts
Showing posts with label Cinta Hamba. Show all posts

Friday, 3 January 2014

Amalan Sunnah Rasulullah Dalam Seharian


Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, berarti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.”
Bismillah..

Dalam memulai dan mengisi hari-hari kita, adakah kita telah melakukan perkara yang bermanfaat, perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah dan Rasullullah? Atau hari-hari kita sepi tanpa pengisian, penuh dengan aktiviti keduniaan yang tak pernah putus-putus..

Sama-sama kita renung kembali, dan berusaha mengamalkan sunnah utama Rasullullah dalam kehidupannya inshaa allah.

Pertama: Tahajjud. Mulianya kita apabila keikhlasan seorang hamba dihampar dalam sujud  tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Sebelum kita sibuk dengan urusan dunia lain, sebelum mata melihat pelbagai corak kehidupan, alangkah manisnya ia dimulai dahulu dengan bacaan dan pemahaman kalam Allah yang indah.
Ketiga: Usahakan ke masjid terutama di waktu subuh. Disana terletaknya pusat keberkatan. Orang yang beriman akan  memakmurkan masjid kerana Allah.
Keempat: Amalkan solat dhuha. Solat dhuha merupakan kunci rezeki.
Kelima: Amalkan sedekah setiap hari. Orang yang suka bersedekah , dipandang Allah dan akan selalu didoakan oleh para Malaikat.
Keenam: Usahakan sentiasa dalam keadaan berwudhu, kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwhudu.
Ketujuh: Amalkan istighfar sentiasa. Inshaa allah, Allah akan menjauhkan kita dari melakukan dosa.




Tuesday, 31 December 2013

Wanita dan Cantik - Nilai Ikhlas

Kecantikan pada pandangan manusia boleh datang dalam pelbagai gaya kerana indah itu adalah pada mata yang melihat. Namun, cantik menurut pandangan ALLAH tentu sahaja datang dari satu acuan sahaja iaitu acuan iman yang ditempa bekasnya dari kefahaman al Quran dan sunnah Rasul Junjungan. Namun, walau apapun yang kita kenakan pada badan, walau sikap baik dan solehah bagaimanapun yang kita pamerkan, ujian akhir kita tetap pada 'dalaman'..iaitu manusia beriman hujung mujahadahnya adalah untuk meneguhkan keikhlasan; melakukan sesuatu bukan kerana sanjungan, pujian, penghargaan atau mengharapkan balasan setimpal, tetapi semata-mata kerana DIA, ALLAH Azza wa Jalla Yang Maha Mengurniakan 
Menyebutnya mudah, tetapi mendapatkannya payah. Kerana itu, setiap waktu, yang perlu kita beratkan adalah merawat niat di kalbu, sebagaimana Sufyan At Thauri, pernah menyatakan :

"Tidaklah aku merawat sesuatu yang lebih berat dari niatku.." lantaran hati itu sifatnya mudah berbolakbalik, tidak tetap dan berubah-ubah. Serangan syaitan datang dari segenap penjuru agar manusia terpedaya walau dengan amal yang mulia. 

Wahai diri...berwaspadalah!


MONOLOG

Ikhlas.. satu ungkapan yang mudah dilafaz, tetapi adakah mudah untuk dipraktikkanya?
Ikhlas..terletak pada niat hati. 
Ikhlas.. tujuannya semata kerana Allah..
Allah Maha Tahu segalanya.. Lintasan hati kita..

Ikhlas.. 
Darinya kita memperoleh ketenteraman jiwa, ketenangan hati..
Sekiranya tidak ikhlas, pasti banyak kecewa yang dipendam. Kerana apa yang dilakukan mengharapkan sesuatu. Mengharapkan balasan, pujian, penghargaan dan nilai di mata yang lain. Dan apabila yang diharap itu tidak dapat dipenuhi, pasti rasa kecewa menyelubungi diri.

Lain pula sekiranya ikhlas.. Dek kerana dibuat semata kerana Lillahi Taala, kita menjadi kuat dan tidak akan kalah oleh pelbagai godaan yang inginkan pujian dan penghargaan manusia..

Allah.. Mampukah diri mencapai ikhlas yang dipandang Allah?

Friday, 25 October 2013

MONOLOG CINTA



Suatu masa dulu,
Tak pernah terbayang bagaimana pengisian kehidupan yang mendatang..
Tak pernah terbayang bersama siapa akan mengharungi bahtera ini..

Namun, 21 JULAI 2006..
Tanggal termetrinya penyatuan 2 hati
Antara aku dan dirinya..

Sesungguhnya...
Allah maha tahu
Sedalam mana syukurku,
Dipertemukan dengan dia, insan yang amat istimewa di hati,
Bukan sekadar sebagai teman, tetapi dialah dahan untuk ku berpaut..

Dia realiti indah buatku..
Dia syurga buatku..
Dia anugerah tak ternilai dariMU..

Ya Allah,
Restui cinta kami,
Berkati kasih sayang kami,
Lindungi mahligai kami,
Rahmati keluarga kami,
Pelihara kehidupan kami...

Atas cintaMU kami bersatu,
Dengan kasihMU kami berpadu,
Restui kami hingga ke syurga,
Amin Ya Allah..

Terima kasih Ya Allah..
Moga rasa syukur sentiasa dihati kami.

Wednesday, 9 October 2013

La Tahzan

Bismillah..


Lumrah insani
Ingin diri disayangi,
Ingin hati dimiliki,        
Sehati sejiwa
Bersama teman hidup hingga ke syurga.

Percayalah Allah Itu Maha Segalanya
Atur rencanaNya indah pasti penuh hikmah..

La Tahzan..
Walau si dia belum dirimu temui,
Namun kamu punya Dia
Yang selamanya takkan pernah tinggalkanmu
Makin dirimu dekatiNya,
Makin dekat Dia menghampirimu

La tahzan..
Walau dirasakan berseorangan ,
Namun sepi itu seakan tiada,
Rintihanmu seakan ada teman mendengar,
Tangisanmu seakan ada bahu untuk bersandar                  
Dirimu tidak pernah bersendirian
Kerana Dia sentiasa ada..
Bergantunglah hanya pada Dia..

Dan andai suatu masa nanti
dirimu telah temui teman sejiwamu,
Jangan pernah sedetik pun
Dirimu lupa pada Dia, penciptamu..
Berkasihlah, bercintalah..
atas nama cintaNya..

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman”
Surah Al-Imran ayat 139