Thursday, 2 January 2014

Makanan Sunnah - Habatus Sauda dan Minyak Zaitun Sebagai Antioksida

Bismillah..


Seringkali kita terdengar sesuatu makanan/ makanan tambahan memberi antioksida kepada badan.


 Tahukah kita apa antioksida dan kepentingan antioksida ini?

Antioksida merupakan kumpulan untuk zat seperti vitamin, polipenol, karotin dan mineral yang berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. Penyumbang kepada radikal bebas ini adalah seperti radiasi, pencemaran, jerebu, asap dan sebagainya.


Serangan radikal bebas inilah yang akan merosakkan sel-sel di dalam badan sehingga boleh menyumbang terjadinya proses penuaan, kanser, sakit jantung dan lain-lain. 



Maka dengan sebab itu pentingnya antioksida ini.



Antioksida memberi pelbagai manfaat pada kesihatan tubuh badan manusia. Antaranya :-


Anti penuaan
Antioksida terkenal dalam fungsinya sebagai anti penuaan. Ia  mencegah/melambatkan proses penuaan sel-sel tubuh sehingga membuat fungsi tubuh tetap terjaga dengan baik. Ia juga melambatkan kedutan di wajah dan kulit.

Menguatkan sistem imun/kekebalan tubuh
Sistem imun yang kuat akan mencegah diri dari mudah terkena penyakit, jangkitan virus dan juga bakteria

Mencegah penyakit jantung
Antioksida membantu mencegah penyakit jantung 

Melindungi sistem saraf pusat
Kombinasi makanan dengan antioksida membantu mencegah penyakit seperti kelainan saraf, termasuk autisme, depresi, dan skizofrenia.
Menyihatkan mata
Antioksida penting dalam menjaga kesihatan mata, Makanan kaya antioksida mampu menurunkan risiko kebutaan dan penyakit lain yang menyerang mata seperti glaukoma

Mencegah kanser
Pengambilan antioksida yang mencukupi dikatakan dapat mencegah risiko kanser.

Sumber Antioksida
Buah-buahan dan sayuran seperti kurma, kismis, blueberry, blackberry, strawberry, respberry, plum, brokoli, tomato, anggur merah, bawang putih, bayam, teh, gandum (biji-bijian) merupakan sumber antioksida semulajadi. Tapi dapatkah kita menikmati khasiat dari sumber ini setiap hari?

Habatus sauda dan minyak zaitun juga adalah makanan penyumbang antioksida ini. Kini ia boleh didapati dengan mudah dalam bentuk kapsul. Kami bawakan kepada rakan-rakan habatus sauda dan minyak zaitun Minsyam. Inshaa allah kualitinya adalah yang terbaik menggunakan teknik perahan sejuk.


Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. 

Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.



Boleh cuba pakej sebulan
 - habatus sauda rm36 
 - minyak zaitun rm30
                      +pos rm6
                                                      








awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP






Inshaa allah, kita berusaha dengan makanan sunnah ini.

No comments: