Bismillah..
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan di blog ini. Sebulan blog sepi sukar diungkap kerana apa. Yang nyata, kehidupan masih tetap seperti biasa alhamdulillah.
Memulakan kehidupan di Seremban 2. Alhamdulillah.. Rutin harian pun dah bertukar. Walaupun waktu cuti sekolah, tapi kami tak bercuti.. hehe.. Pagi saya menghantar anak yang sulung, 'Aisyah ke kelas tambahan bagi melancarkan proses belajar membacanya. Sejujurnya saya berhasrat ingin meneruskan pengajaran sendiri dengan kaedah Bacalah Anakku. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, saya mengambil keputusan untuk menghantar Aisyah ke kelas.
Makanya, pagi-pagi saya akan menghadapi rutin karenah anak-anak di waktu pagi. Ikutkan saya hendak angkat sahaja adik-adiknya terus ke kereta. Tapi Khadeejah memang mudah terjaga sendiri, dan apabila terjaga sememangnya saya perlu melayan kehendaknya dahulu. Tak dinafikan adakalanya pagi saya kelam kabut,, lain anak, lain permintaannya. Kadang-kadang suruh masuk kereta pun jadi lambat. Oh, bagaimanakah apabila sesi persekolahan sebenar bermula nanti? huhu..
Maryam pula bila lihat kakaknya ke kelas, sibuk bertanya bila giliran dia pula akan ke sekolah. Hampir setiap hari akan bertanya soalan yng sama. kalau terlihat sekolah tadika berhampiran rumah kami, pasti akan keluar dari mulutnya.. "itu sekolah Maryam ye ummi?"
Bagi kelas mengaji pula, kami memang ada menghantar 'Aisyah ke rumah ustazah dari Indonesia semasa tinggal di Saudi dahulu. Walaupun saya ada mengajar 'Aisyah mengaji, namun saya ingin mendedahkan 'Aisyah kepada persekitaran dan kawan-kawan yang sama mengaji dengannya. Supaya dia dapat menonjolkan keyakinan dirinya dan tidak terlalu penyegan orangnya. Dan disebabkan 'Aisyah (dan kini Maryam) suka pergi ke kelas mengaji, maka kami juga mendaftarkan mereka ke kelas mengaji. Seronok apabila melihat anak-anak seronok. Dirumah, saya hanya akan bertanya dan mengulang kembali apa yang mereka pelajari di kelas.
Anak-anak dah ke kelas, umminya boleh senang lenang ke? Oh, semestinya tidak kan.. Dengan perut yang makin membesar ni, umminya kadang-kadang cepat letih..huhu.. Dan tugas hantar dan mengambil anak-anak ke kelas ini pun menyebabkan masa rasa cepat je berlalu. Baru je rasa pergi ke kelas dan balik kerumah, rasanya kena keluar semula ambil anak-anak. Sama ada saya terus hantar mereka ke kelas mengaji, atau pulang dahulu (petang baru ke kelas mengaji), bergantung kepada situasi anak-anak. Adakalanya Aisyah minta nak ke kelas mengaji waktu petang, saya ikutkan sahaja. Dan dengan rutin memasak dan kerja rumah lain, sekejap sahaja sudah melewati petang.
Khadeejah pula bila kakak-kakaknya ke kelas, memang dia pun nak ikut sama. Tapi tak boleh la kan. Khadeejah tinggal la sorang di rumah. kegemarannya? Main puzzle (biar pun susunannya adakala tak betul..hehe)
Ok, masa untuk memulakan tugas ni. Saya beransur dahulu. Insha allah kita berkongsi cerita lagi nanti.. :)
No comments:
Post a Comment