Wednesday, 11 December 2013

Melatih Anak Ke Tandas (Potty Training)

Bismillah..

Khadeejah Husna sudah pun 2 tahun 3 bulan., Ummi ni pun sibuk lah nak 'free drypers' kan Khadeejah. Ikutkan kemalasan, memang hendak tunda je dulu. Tapi fikir-fikir, lagi tunda lagi lambat jadinya. Nanti adik Khadeejah dah lahir, lagi haru kalau ummi baru nak latih Khadeejah. Lagipun, kalau tengok dari segi tanda-tandanya, memang Khadeejah sudah 'bersedia' dengan cabaran ini. Cuma Umminya dah bersedia ke? hehe..

Dari pengalaman lepas, kakak 'Aisyah mencecah 2 tahun, sudah lulus sepenuhnya ujian ini. Komitmen ummi tak banyak sangat masa tu, boleh lah nak tumpu banyak sikit perhatian kat sessi tu.. hehe.. Maryam pula, ummi lambat mulakan  sessi. umur 2 tahun 4 bulan baru ummi mulakan.

Permulaan sessi latihan,  ianya on off jadi tak berjaya la.. Pada mulanya Maryam memang bagi kerjasama yang baik.. Suruh membung di tandas, dia akan turuti.. Kalau ummi terlupa nak ingatkan, memang ada kala tercicir juga.. Tapi selepas seminggu dua, Maryam seakan dah takde 'mood' nak menjalani latihn potty trainingnya.. Huhu.. Suruh pergi tandas, sampai menangis-nangis tak nak.. Dan akan 'request' untuk pakai pampers.. Dan ummi pun malas nak stress2, makanya latihannya pun dihentikan seketika.. Huhu.

Ummi tak ingat bila latihan bermula semula. Yang pasti ummi ambil masa lama juga nak pastikan Maryam lulus dengan cemerlangnya latihan ini. Sebabnya, bila Maryam leka bermain memang dia tak akan ingat langsung nak bagitahu kalau nak buang air kencing.  Tapi alhamdulillah,  Maryam dah pun berjaya lewat 3 bulan ni.. kira luluslah dalam usia 3 tahun. (sekarang dah 3 tahun 4 bulan).

Masa mula-mula melatih Maryam, adiknya Khadeejah pun memang sibuk juga nak join turut serta. Tiap kali ummi suruh Maryam ke bilik air, dia pun sibuk nak juga. Memang tanda positif la kalau nak latih Khadeejah masa tu juga. Tapi rasanya kelam kelibut la ummi kalau 2 2 dalam latihan ni. Maunya haru..huhu..

Makanya, inilah masanya yang dirasakan sesuai untuk Khadeejah.. Ummi tanya ayahnya pun, ayahnya sudah bersedia nak mengharungi cabaran ini.. :)



Ok, kat sini saya nak kongsikan tip2 berguna yang saya ambil dari ratuhati.com . Insyallah boleh membantu ibu2 yang nak memulakan misi 'Bebas lampin'. Tanda-tanda yang boleh kita lihat pada anak, sama ada dia sudah bersedia untuk latihan ke tandas atau tidak. Tapi semestinyalah emak dan ayahnya kena bersedia dahulu.. :)

Tanda Anak Sudah Bersedia Untuk Latihan ke Tandas
Tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas (untuk mencuba, tidak semestinya anak anda ada kesemua tanda-tanda berikut)
 
SKIL BAHASA
  • Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”).
  • Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”).
SKIL KOGNITIF
  • Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai)
  • Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)
{MOSIMAGE}SKIL EMOSI
  • Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda
  • Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda
  • Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri)
  • Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)
  • Suka mengikut dan melihat anda atau kakak/abangnya ke tandas.
SKIL MOTOR
  • Boleh berjalan dengan baik
  • Boleh menanggalkan seluar sendiri
  • Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan
  • Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)
  • Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari
PENJAGAAN BADAN
  • Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis
  • Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya
  • Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’
  • Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)
Setiap anak / kanak-kanak memiliki perwatakan yang berzeza, dan pastinya tempoh melatih setiap anak-anak ini juga berbeza. Jangan kita stress kalau anak kita masih belum melepasi ujian ini, dan membeza-bezakan antara satu sama lain. Pilih masa dan situasi yang sesuai dan selesa buat kita dan juga si kecil.

Saya juga begitu, memang berbeza melatih Aisyah dan Maryam. Untuk Khadeejah ini, cabarannya belum tahu bagaimana bentuknya lagi. Doakan saya dan Khadeejah berjaya melepasi latihan ini.. hehe..

No comments: