Tuesday, 31 December 2013

Wanita dan Cantik - Nilai Ikhlas

Kecantikan pada pandangan manusia boleh datang dalam pelbagai gaya kerana indah itu adalah pada mata yang melihat. Namun, cantik menurut pandangan ALLAH tentu sahaja datang dari satu acuan sahaja iaitu acuan iman yang ditempa bekasnya dari kefahaman al Quran dan sunnah Rasul Junjungan. Namun, walau apapun yang kita kenakan pada badan, walau sikap baik dan solehah bagaimanapun yang kita pamerkan, ujian akhir kita tetap pada 'dalaman'..iaitu manusia beriman hujung mujahadahnya adalah untuk meneguhkan keikhlasan; melakukan sesuatu bukan kerana sanjungan, pujian, penghargaan atau mengharapkan balasan setimpal, tetapi semata-mata kerana DIA, ALLAH Azza wa Jalla Yang Maha Mengurniakan 
Menyebutnya mudah, tetapi mendapatkannya payah. Kerana itu, setiap waktu, yang perlu kita beratkan adalah merawat niat di kalbu, sebagaimana Sufyan At Thauri, pernah menyatakan :

"Tidaklah aku merawat sesuatu yang lebih berat dari niatku.." lantaran hati itu sifatnya mudah berbolakbalik, tidak tetap dan berubah-ubah. Serangan syaitan datang dari segenap penjuru agar manusia terpedaya walau dengan amal yang mulia. 

Wahai diri...berwaspadalah!


MONOLOG

Ikhlas.. satu ungkapan yang mudah dilafaz, tetapi adakah mudah untuk dipraktikkanya?
Ikhlas..terletak pada niat hati. 
Ikhlas.. tujuannya semata kerana Allah..
Allah Maha Tahu segalanya.. Lintasan hati kita..

Ikhlas.. 
Darinya kita memperoleh ketenteraman jiwa, ketenangan hati..
Sekiranya tidak ikhlas, pasti banyak kecewa yang dipendam. Kerana apa yang dilakukan mengharapkan sesuatu. Mengharapkan balasan, pujian, penghargaan dan nilai di mata yang lain. Dan apabila yang diharap itu tidak dapat dipenuhi, pasti rasa kecewa menyelubungi diri.

Lain pula sekiranya ikhlas.. Dek kerana dibuat semata kerana Lillahi Taala, kita menjadi kuat dan tidak akan kalah oleh pelbagai godaan yang inginkan pujian dan penghargaan manusia..

Allah.. Mampukah diri mencapai ikhlas yang dipandang Allah?

English Cotton - Comelnya si kecil..

Bismillah..

Buat peminat English Cotton, ia bukan sahaja sesuai untuk kita wanita sahaja. Malahan buat si kecil, ia nampak lagi comel dan cantik..hehe..

Tapi yang penting sekali, mereka merasa selesa..


Boleh layari fan page kami, KAIN ENGLISH COTTON untuk melihat pelbagai variasi warna dan corak english cotton ini.

Untuk ketahui keistimewaan English Cotton kami, boleh klik di entry kami yang lepas,

english-cotton-cantik-dan-selesa


Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

English Cotton - Cantik dan Selesa

Bismillah..



Baju / pakaian, malahan cadar dari kain kapas (cotton) memang memberi keselesaan kepada kita.

Kali ini kami ingin berkongsi koleksi terbaru kami, kain meter English Cotton yang inshaa allah dijamin :-
  •  dari gred AAA, 100% cotton tanpa polyster.
  • kain yang sejuk, lembut dan tahan lasak.
  • tidak kecut dan luntur warna
  • kurang kedut dan senang gosok
  • tidak licin
  • sederhana tebal
  • tidak jarang (tidak perlukan lining/inner di dalam)
  • dan semestinya sejuk dan selesa dipakai..

Kami sediakan
  •  kain yang telah siap dipotong 4 meter,(bidang 45)
  • rakan-rakan ada pilihan samada ingin 4 meter satu corak, atau memilih konsep 'mix and match' (2 meter corak lain+ 2 meter corak lain)
Antara contoh-contoh koleksi kami..

Rakan-rakan boleh ke fanpage kami, : KAIN ENGLISH COTTON untuk melihat lebih banyak pilihan dan variasi yang cantik dan comel-comel..
oh ya, koleksi ini bukan untuk kita sahaja.. malah untuk anak-anak pun sangat comel dan cantik menggayakannya. yang penting, keselesaan.... :)















Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

Monday, 30 December 2013

Talk Show Ekonomi Rumah Tangga

Bismillah..

Mari rakan-rakan, kita luangkan masa untuk menonton rancangan ini.

Sebagai ibu, isteri dan wanita yang hebat, pastinya kita dahagakan ilmu sebegini bukan. Apatah lagi dalam keadaan isu ekonomi keluarga dan negara sekarang ini. :)


Testimoni : Bedak Arab Kokuryu

Bismillah..

Alhamdulillah.. Testimoni dari pelanggan yang berpuas hati.. :)



Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

Makanan Sunnah - Pakej Habatus Sauda dan Minyak Zaitun


Pakej Habatus sauda + Minyak Zaitun (kapsul) 40 hari.


Dapatkan pakej 40 hari produk MINSYAM (4 peket sofgel habatussauda + 4 peket kapsul sofgel m.zaitun) untuk kita kekal sihat dan beramal dengannya..

Keistimewaan empat puluh hari (40 HARI) adalah kerana tempoh itu boleh memainkan peranan yang penting dalam membawa perubahan kepada sesuatu keadaan. Oleh sebab inilah mengikut pendapat ulama,mereka berijtihad dalam tempoh empat puluh hari (40) mempunyai keistimewaan khas.

Bagi yang baru ingin mencuba sofgel HABATUSSAUDA dan sofgel minyak ZAITUN ini, rakan-rakan boleh mengambil PAKEJ 40HARI ini...


Untuk ketahui khasiat habatus sauda dan minyak zaitun ini, boleh klik di entry saya yang lepas.

khasiat-habatus-sauda.
minyak-zaitun-dan-khasiatnya.
minyak-zaitun-untuk-ibu-mengandung-dan-menyusu
==========================
=====================
Hanya RM88

Anda dapat:
~ 4 peket Habatussauda(80 biji sofgel )
~ 4 peket M.zaitun (80 biji sofgel)
~ Poscaj RM6 Semenanjung Malaysia & RM7 Sabah/Sarawak

===============================================
Cara makan:

Habatussauda di ambil 2 biji sewaktu pagi sebelum/selepas sarapan.
Zaitun diambil 2 biji selepas makan malam sebelum tidur.


Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP

Makanan Sunnah - Khasiat Habatus Sauda

Bismillah..


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:



"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". 


(Riwayat Bukhari)




Apa itu Habatus Sauda?



HABBATUS SAUDA' adalah sejenis tumbuhan semulajadi dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang mana terdapat didalamnya biji HABBATUS SAUDA'. Tumbuhan ini terdapat di negara-negara Arab dan dikenali dengan berbagai nama seperti di Mesir dan negara Syam dengan nama Al-Habbatul Barakah, di Yaman dan Iran dengan nama Al syuniz, di Algeria dengan nama Sanuj dan Moroko dengan nama Basdas.Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin dan dalam bahasa Perancis ia dipanggil Graine Cumin Noire atau Wagella Cultiree.



Banyak kajian yang telah dibuat mengenai habatus sauda ini.


Habatussauda mengandungi pelbagai vitamin, mineral, protein nabati, juga asid lemak tak tepu. Habbatussauda juga mengandung lemak essential yang penting bagi kesihatan kulit, rambut, selaput lendir, pengendalian tekanan darah, proses hormon dalam tubuh, dan sebagainya.
Selain kandungan bahan-bahan alami tersebut, habatussausa juga mengandung nigellon, yang termasuk dalam kategori zat anti-oksidan alami, seperti vitamin C dan A. Habatussauda juga mengandung glutathion yang mememiliki peranan  dalam melindungi tubuh dari ancaman radikal bebas. 

Secara ringkas, khasiat habatus sauda adalah :-

1) Sebagai sumber tenaga
-mengurangkan keletihan
-membantu memberi kecergasan pada tubuh secara alami

2) Sebagai imunisasi badan
-mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, membantu tubuh melawan penyakit
- meningkatkan sistem kekebalan tubuh


3) Anti Inflamasi

 – mengurangkan bengkak dan radang, penyakit kulit ekzema (radang kulit)

- untuk radang sendi (artiritis), kajian menunjukkan bahwa ekstrak habbatus sauda mengeluarkan nitric oxide yang boleh memberi keberkesanan dalam meringankan infeksi sendi.


4) Anti Histamin

 – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, contoh pada mereka yang  mempunyai alahan kepada makanan dan juga pengidap asma.
- thymoquinone, yang merupakan zat aktif utama pada minyak habbatus sauda, berfungsi melonggarkan otot trakea dan bronkus yang menyumbang pemulihan asma.
5) Anti Bakteria
 – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, 
 - mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, 
 - mengatasi masalah bau mulut


6) Meningkatkan aktiviti anti oksida

-  antioksidan membantu melindungi tubuh dari pengaruh radikal bebas yang menyebabkan terjadinya kerosakan jaringan dan timbulnya beberapa penyakit seperti arterosklerosis, kanser dan sebagainya. 


6) Anti Parasit

 - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)


7) Melancarkan sistem perkumuhan dan mencegah kegagalan ginjal

 - merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
zat  thymoquinone dalam habatus sauda menyebabkan berkurangnya pembuangan protein dan albumin dari urin, dan ia benar-benar berkhasiat mencegah oksidasi serta memperlambat faktor-faktor negatif yang boleh memberi kesan terhadap ginjal. 


8) Mencegah kanser

- Antara kajian yang dibuat adalah terhadap kanser hati dan kanser payudara


9) Mengurangkan/ mengubati diabetes (kencing manis)

- Kajian menunjukkan habatus sauda mampu menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kadar insulin dalam darah.


10) Melindungi jantung dan pembuluh darah

- peningkatan zat homosisitin dalam darah meningkatkan risiko terjadinya penyakit pembuluh darah jantung, pembuluh darah otak, dan pembuluh darah periferal. 
-zat thymoquinone di dalam habatus sauda boleh menjadi pencegah yang efektif terhadap kenaikan homosisitin, seterusnya melindungi jantung dan pembuluh darah.
11) Menurunkan tekanan darah
- kajian menunjukkan pengambilan habatus sauda boleh menurunkan tekanan darah.


Sesiapa sahaja boleh menikmati khasiat habatus sauda ini, dari peringkat kanak-kanak sehinggalah warga emas kerana istimewanya habatus sauda sebagai sumber tenaga dan mempunyai pelbagai zat gizi.

Malahan untuk ibu-ibu yang menyusu juga sesuai mengamalkan habatus sauda kerana ia membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu disamping susu yang dihasilkan juga berkhasiat

Untuk anak-anak, Habbatus Sauda’ juga mengandungi asid amino arginin (acid amino arginine), iaitu salah satu zat asid yang penting dan sangat diperlukan  untuk perkembangan anak.

Habatus sauda kapsul Minsyam, sangat mudah dan pastinya ia produk berkualiti. Penghasilan habatus sauda kapsul tersebut adalah menggunakan proses perahan sejuk yang menjaga kualiti habatus sauda tersebut.

Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. 

Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.



Boleh cuba pakej sebulan rm36 + rm6 postage.

awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP

Friday, 27 December 2013

Bedak Arab Kokuryu - Berhias Untuk Siapa

Bismillah..

Alhamdulillah.. Bedak Arab Kokuryu yang semakin hangat mendapat tempat di hati rakan-rakan..

Macamana? Puas hati dengan pemakaian bedak arab? hehe..

Suka saya membawa rakan-rakan untuk mengingatkan diri saya dan kita semua tentang niat kita. Apa-apa yang kita buat, mesti ada niat bukan? Macam berbedak arab ni, kenapa kita nak berbedak arab?

Sebab hendak kelihatan cantik dan mendapat pujian di mata kawan-kawan lain, menarik perhatian kaum Adam atau apa ye? Biarlah kita berhias sekadarnya sahaja.. Berbedak arab kerana menutup cela muka, tidak mahu kelihatan pucat dan lesu disamping ianya untuk menambah keyakinan diri kita. Ianya untuk diri kita, suami dan bukan kerana orang lain, inshaa allah.. :)

Sesiapa yang belum ketahui keistimewaan bedak arab ini, boleh klik entry saya disini..
istimewanya bedak arab

Bedak Arab Halal - Wudhu dan Solat

Bismillah..

Perkongsian kali ini..

Tentang isu Bedak Arab Kokuryu. Ok, ramai yang sudah sedia maklum yang bedak arab ini telah pun mendapat pengikhtirafan halal  dari Islamic Da'wah Council of the Philippine (IDCP). 

Dan saya rasa terpanggil untuk ketengahkan perkara ini kerana ada yang mengatakan," ia halal, maka bolehlah dibawa solat. "


Betul, inshaa allah bedak arab ini boleh dibawa dalam solat. Tetapi rakan-rakan jangan lupa, ketika mengambil wudhu kita perlu pastikan kita menepati syarat sah wudhu iaitu air dapat mengalir ke kulit kita tanpa halangan.

Pada yang sudah biasa memakai foundation pasti akan perasan yang air seakan tidak telap pada muka bukan? Seperti yang kita tahu, bedak arab juga terdiri dari 3 elemen iaitu sebagai pelembab, bedak asas(foundation) dan bedak. Makanya, kemungkinan bahan-bahan di dalam bedak arab ini juga mengandungi bahan yang tidak telap air. Untuk memastikan air benar-benar mengenai kulit kita ketika berwudhuk, kita perlulah mencuci muka kita terlebih dahulu dengan pencuci muka. 

Macam saya, walaupun hanya memakai sapuan tipis dan adakalanya bila waktu sudah petang terasa macam sudah hilang bedaknya pun, saya masih mencuci muka sebelum berwudhuk untuk benar-benar yakin air akan mengenai kulit.

Walaupun bahan yang digunakan didalam bedak arab adalah halal dan bukan najis, namun kita perlu pastikan yang bahan tersebut tidak menghalang air. Bagaimanapun, selepas berwudhuk kita hendak berbedak arab dahulu kemudian baru solat, ianya tidak masalah.. :) 


Bedak Arab Kokuryu - Make up tebal?

Bismillah..

Hari ini saya ingin berkongsi pula barangan lain yang saya pakai dan menikmati kepuasan darinya. Saya suka menyarankan barang yang telah saya guna dan rasa keberkesanan dan kepuasan darinya.

Apa yang saya ingin kongsikan?

Bedak Arab Kokuryu.. Ada yang pernah dengar dan ada yang tidak? Saya pun pada awalnya tak tahu menahu pun. Semasa di Saudi, kawan-kawan sibuk la bercakap pasal bedak ni. Saya ni malas nak ambil tahu pada mulanya.. Ye la, saya bukannya kaki make up pun. Kata kawan-kawan, bedak ni popular di Malaysia, ramai yang guna dan sukakannya.

Tergerak juga akhirnya hati saya ingin mencuba. Saya beli warna 'russet' yang katanya sesuai untuk semua jenis tona kulit. Pemakaian kali pertama, terus saya suka... Sebabnya, mudah, cepat dan muka terasa 'kemas' licin je..hehe.. Saya ni sememangnya 'malas' hendak berfoundation dan berbedak pun jarang-jarang. Apatah lagi nak yang tebal-tebal kan.

Menurut mereka yang telah memakainya, ada yang kata pakai bedak ni, dah boleh lawan make up artis.. Ups.. sampai macam tu sekali ke? Bagi saya, saya hanya memakai sapuan tipis, sudah cukup bagi saya. Kerana tujuan asal saya hanya ingi melindungi kulit muka disamping nampak 'kemas' menutup cela muka untuk tatapan insan tersayang.. Chewah.. Tidak perlu tebal-tebal, hanya sapu sedikit sahaja kita sudah rasa selesa dengan penampilan kita. Saya bercakap melalui pengalaman saya yang tidak suka/pernah memakai alas bedak/bedak tebal-tebal.


Bedak ini nama sahaja 'Bedak Arab', sebab ia digelar oleh orang-orang Malaysia kita rasanya. Nama sebenar bedak ini adalah 'Kokuryu Super Summer Cake'. Bedak ini adalah dari teknologi Jepun, tetapi telah dilesen dan dikilangkan di Filiphina.Bedak ini turut mendapat pengikhtirafan halal dari Islamic Da'wah Council of the Philippine (IDCP). Macam mana boleh dapat nama bedak arab agaknya ye? Mungkin sebab ia banyak di eksport ke negara-negara Arab seperti Saudi dan Mesir.

Ok, jom kita lihat apa istimewanya bedak arab ini sampaikan saya yang bukan jenis berbedak make up ni terpikat?


1) Bedak ini adalah 3 dalam 1 (pelembab, alas bedak, dan bedak)
- sangat jimat, tak perlu beli yang lain lagi

2) Cepat dan mudah
- hanya basahkan span, tekap pada bedak dan sapu pada muka

3) Pemakaiannya kemas dan sekata
-tidak rasa melekit dan muka rasa ringan, tidak seperti kalau kita pakai foundation. Rasa muka biasa-biasa je.

4) Sesuai untuk semua jenis tona kulit -kulit cerah, sederhana, atau kulit gelap.
     Ia dikatakan mengikut aliran darah pemakai, wallahu aklam.
     Bagaimanapun bedak arab ini tersedia dalam tona warna yang berbeza. nanti saya maklumkan.

5) Tidak meninggalkan kesan bedak pada tudung, atau tisu apabila dilap.
- sebab selepas sapuan pemakaian, bedak ini akan terus meresap ke kulit. Sesetengah bedak ada yang meninggalkan kesan bedak pada tudung kan, tetapi tidak bagi bedak arab.

6) Menutup kesan parut/ jeragat/ cela di muka
- sapuan bedak arab ini boleh la kalau nak cover masalah di atas.. :)

7) Mengecutkan jerawat
- ada yang mengaatkan ianya boleh mengecutkan jerawat. Sejauh mana keberkesananannya, saya tidak pasti.. Mungkin kawan-kawan boleh cuba.. Tapi saya ok je..

8) Sapuan tetap cantik/ tidak comot kalau berpeluh
- tak perlu risau muka bercapuk-capuk kalau berpeluh, sebab bedak arab ini tidak akan meninggalkan kesan sedemikian.
-kalau muka berpeluh/basah, hanya perlu 'tekan-tekan lembut' dengan tisu.
-lagipun orang kata lagi berpeluh, lagi nampak cantik dengan bedak ini..hehe

9) Yang penting, ianya telah mendapat pengikhtirafan halal..

Cara Pemakaian :-

1) Basahkan span terlebih dahulu (perah span jangan sampai span terlampau basah)
2) Tekan-tekan span pada bedakKalau bedak yang pertama kali diguna, perlu kuat sikit tekan untuk dapatkan bedak tersebut.
3) buat sapuan pada muka seperti biasa. Sapu nipis-nipis je ye, tak perlu tebal-tebal, nanti macam patung..hehe..
4)ok, kalau nampak macam tak rata, biarkan dulu. beri masa sekejap untuk bedak itu meresap dalam kulit dan menghasilkan warna yang sekata.
5) lihat hasilnya, pasti puas hati.. :)

Span tersebut boleh lah dibasuh dengan sabun, dikeringkan dan disimpan. Ia boleh digunakan untuk penggunaan yang seterusnya.

Jom kawan-kawan. Yang mana belum pernah pakai bedak arab ini, dan mana yang hendak buat pembelian lagi, boleh hubungi saya.. 

al-atiff shop menawarkan 4 warna tona berbeza, dan pastinya ia bedak arab yang original.. (sekarang ada juga di pasaran terdapat yang tiruan..)

1) russet - sesuai untuk semua jenis tona kulit (jadi pilihan kebanyakan orang malaysia)
2) orange blush - sesuai untuk kulit sederhana cerah
3) cherry - sesuai untuk kulit cerah
4) cherry pink - sesuai untuk kulit cerah kemerahan

setiap pembelian disertakan sekali dengan span - Kokuryu Beauty Sponge
dan al-atiff juga menawarkan pembelian secara runcit dan borong..
Harga? sangat berpatutan..
satu set (bedak dan span) hanya rm40 termasuk harga ps.
belian borong? hubungi saya untuk  dapatkan harga istimewa .. :)

awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : al-atiff shop

Melatih Anak Ke Tandas (Potty TrainingP Part 2)

Bismillah..

Di penulisan ini melatih-anak-ke-tandas-potty-training. saya ada nyatakan hasrat hendak melatih Khadeejah Husna yang berumur 2 tahun 3 bulan untuk sessi 'bebas lampin' kan? Jadi bagaimana hasilnya setelah 16 hari berlalu? Apakah hasilnya? Adakah si ibu dan ayah berjaya mengharungi cabaran ini? Dan adakah si kecil kami itu lulus dalam latihan itu? hehe..

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, setiap anak dan kanak-kanak itu berbeza perwatakan dan berbeza juga penerimaan terhadap sesuatu perkara. Apa yang mampu saya ungkapkan, syukur alhamdulillah.. Husna boleh la ummi nobatkan bergraduasi dngan cemerlangnya.. hehe..

2 hari pertama sahaja Husna keciciran air kecilnya. Saya sememangnya akan membawa Husna dalam sejam ke 2 jam ke bilik air untuk melatihnya. Adakala tidak sempat dalam jangka masa tersebut, Husna akan terlepas. Tapi Husna dengan muka dan rasa bersalah akan berdiri sambil berkata.. 'Ummi..' Saya pula memang mengambil pendekatan tidak marah atau membuat muka sekiranya dia tercicir. (Ye la, mungkin boleh tahan sabar lagi sebab baru 2 hari berlatih kan.. kalau 2 minggu tu, tak tau la ummi macamana..ups..hehe..) Sebaliknya, masa Husna keciciran itu, saya katakan padanya..  "Husna kencing kat dalam seluar? Tak boleh kencing dalam seluar tau.. Nanti seluar dan lantai basah, kotor.. kencing kat bilik air ok? Nanti nak kencing, Husna cakap dengan ummi dan ayah.. Ummi, ayah.. nak kencing..."

Masuk hari ketiga dan seterusnya, Husna akan memberitahu sekiranya hendak membuang air. Pada mulanya saya seakan tidak percaya juga. Tetapi setiap kali dia memberitahu, saya akan terus membawa ke bilik air dan sememangnya dia akan membuang hajatnya itu. Hari-hari berikutnya, begitu juga, Saya dan ayahnya tidaklah mahu bergembira terlebih dahulu, kerana anak-anak ini di luar jangkaan. Macam Maryam, dia bermula dengan baik, tetapi sampai di pertengahan proses, dia masih belum lulus.

Namun, prestasi yang ditunjukkan Husna semakin positif. Husna sudah pandai menahan air kecilnya. Sekiranya dia memberitahu mahu membuang air kecil dan saya menyuruhnya menunggu sebentar, dia akan menunggu tanpa gelisah. Masuk ke bilik air pun hajatnya tidak terus terbuang, sebaliknya ada masa seketika untuk hajatnya keluar.. hehe..

Untuk tidur malam, sudah pasti kami masih pakaikannya lampin. Masih belum rajin untuk kami kejutkannya di malam hari untuk ke bilik air.. :) Namun, setiap pagi apabila bangun tidur, lampin Husna pasti kering menandakan dia tidak membuang air kecil ketika tidur. Dibawa ke bilik air pagi itu, ehm.. banyak sungguh hasilnya yang dibuang..hehe.. Tapi adakalanya ada malam-malam yang Husna membuang juga dalam lampin ketika tidur.

Terima kasih Khadeejah Husna kerana membantu Ummi dan ayah dalam 'tugasan' ini. Alhamdulillah ummi dan ayah tidak stress (sebab Husna berjaya dalam masa singkat, kalau sekarang ni belum lulus juga, macamana agaknya ummi?) 

Sememangnya ketiga-tiga anak. kami melalui pengalaman yang berbeza dalam melatih mereka mencapai misi 'bebas lampin'. Ada yang cepat, ada yang memakan masa lama juga untuk lulus. Ibu ayah diluar sana jangan takut untuk memulakan langkah pertama dalam misi ini. Sekiranya kita tidak cuba, kita tidak tahu bagaimana penerimaan anak kita. Sekiranya percubaan permulaan nampak gagal dan memakan masa lama, berikan anak kita peluang dahulu. Berikan mereka masa sehingga mereka benar-benar bersedia. Namun, sekiranya anak kita sudah pun menunjukkan penerimaan positif sebaik sahaja kita memulakan misi, nah.. bukankah ianya satu tindak balas yang meyakinkan bahawa misi ini akan benar-benar berjaya?



Thursday, 26 December 2013

Minyak Zaitun Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. ” 
(QS. Al-An’ aam 6: 99) 

Nabi s.a.w. bersabda:
“Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tirmizi)

Minyak zaitun telah dikenali sebagai minyak yang memiliki banyak khasiat. Khasiatnya tidak hanya untuk kesihatan dan kecantikan, namun ia juga sesuai digunakan sebagai bahan masakan, sebagai bahan bakar,  dan lain-lain. 
Kali ini saya ingin berkongsi khasiatnya khas buat si ibu yang sedang mengandung. Ia sangat baik jika diamalkan secara konsisten oleh ibu-ibu yang comel ini.. :)  Minyak yang kaya akan vitamin dan mineral ini sangat bermanfaat bukan sahaja bagi ibu, malah bagi bayi yang dikandung juga. 
Boleh baca disini untuk ketahui khasiat minyak zaitun secara umum yang sememangnya elok untuk semua baik lelaki dan wanita, yang suda berkahwin atau belum.. :)

 klik sini  Minyak Zaitun Dan Khasiatnya


1) sebagai amalan pemakanan yang kaya nutrisi

Ibu mengandung digalakkan menjadikan minyak zaitun sebagai rutin dalam diet, kerana ia membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus (bayi).

Minyak zaitun mengandungi protein, air, lemak, kalori, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, vitamin E. Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun yang terdiri daripada asid oleik (jenis tidak tepu mono), asid linoleik dan sedikit asid linolenik.

Kajian menunjukkan asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser, anti penuaan malah bagus untuk bayi dalam kandungan.

Manakala asid linoleik dan linolenik (dari jenis asid lemak tidak tepu poli) mengandungi omega 6 dan omega 3 yang menepati nisbah yang diperlukan oleh kita. (tak perlulah lagi kita cari supplement omega lain..)

Kajian yang dijalankan juga mendapati kandungan lemak di dalam minyak zaitun ini adalah sama khasiatnya dengan lemak yang dihasilkan oleh ibu yang menyusukan anaknya.

Maksudnya kita memperolehi khasiat lemak yang sihat. Kalau ibu menyusu amalkan minyak zaitun, maka bertambah-tambahlah lemak yang yang sihat yang disalurkan untuk si kecil.. :)

2) stertch mark dan gatal
Minyak zaitun kaya dengan vitamin E sebagai sapuan membantu mengurangkan kegatalan dan mencegah timbulnya stretch mark.Untuk stretch mark yang lama juga , ia boleh bantu memudarkannya. Yang penting kena rajin lah ye untuk memanjakan diri dengan sapuan minyak zaitun ini ke badan kita. :).

3) Masalah sembelit (sukar buang air besar)


Ibu yang sedang mengandung/dalam pantang selalunya ada mengalami masalah ini. Amalkan makan minyak zaitun untuk mengatasinya. Dan adalah lebih bagus juga kalau kita  banyakkan makan buah, sayuran, minum air putih dan kurangkan makan pedas juga.. :)



Minyak zaitun menggalakan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

4) sebagai minyak urut
ketika mengandung adakalanya kita mengalami masalah kejang (cramp) bahagian kaki. Memang sakit kan.. saya pun pernah alaminya.. kadang kala rasa hendak menangis kalau kejang tu 'berjaya tarik'. huhu..
Amalkan urutan dengan mintak zaitun, inshaa allah dapat mengurangi rasa 'keras' akibat kekejangan tersebut disamping melancarkan perjalanan darah dan mencegah timbulnya urat-urat halus. (akibat perjalanan darah yang tidak lancar)

Bagi saya, saya amalkan kapsul minyak zaitununtuk makan 2 biji sehari dan lotion minyak zaitun (tambahan haruman lavendar) dari minsyam. Sangat mudah dan pastinya ia produk berkualiti. Penghasilan minyaak zitun kapsul tersebut adalah menggunakan proses perahan sejuk yang menjaga kualiti minyak zaitun tersebut.

Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. 

Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.

Inshaa allah untuk ibu-ibu yang berminat boleh hubungi saya. ( bukan sahaja ibu, malah yang belum berkahwin, lelaki pun sangat digalakkan amalkan minyak zaitun 
ini.



Boleh cuba pakej sebulan rm30 + rm6 postage.



lotion minyak zaitun minsyam
kini pek baru 80 ml, rm18




********************************************************************



Oh ya, minyak zaitun juga antara kandungan di dalam himpunan makanan sunnah qaseh gold adinda.

boleh klik sini untuk ketahui lanjut bagaimana qaseh adinda bertindak sebagai milk booster milk-booster-penambah-susu-ibu.html







awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : al-atiff shop