Tuesday, 4 November 2014

Masalah sembelit / melawaskan sistem pencernaan

Bismillah

Apa itu Gam Arab?
Kebelakangan ini, kerap kita didedahkan dalam radio bahawa produk kesihatan sama ada yang dikatakan berasaskan pemakanan sunnah ataupun tidak didatangkan dengan bahan yang dikatakan bertindak sebagai prebiotik, memberi kesan kekenyangan dan kondisioner dalam makanan tersebut. Bahan itu biasanya dikaitkan dengan Manna iaitu makanan dari langit kepada Bani Israel semasa zaman kepimpinan Nabi Musa A.S. bersama Salwa.
Jenis makanan apa pula Manna ini?
Gam Arab (GA) adalah eksudat (bendalir yang keluar daripada kulit kayu pokok tertentu apabila ditoreh atau ‘dicederakan’) bergetah kering yang diperoleh daripada batang dan ranting pokok Akasia Senegal atau Akasia Seyal.
Penggunaan awal GA dibongkar dan ditemui oleh orang-orang Mesir untuk pengawetan mumia dan juga untuk penulisan inskripsi hiroglif. Pokok spesies Akasia tumbuh secara semulajadi di kawasan sub-Sahara Afrika yang separa gersang.
Bentuk GA adalah bercabang dan berantai, polisakarida yang kompleks, sama ada neutral atau sedikit berasid, didapati dalam keadaan campuran garam kalsium, magnesium dan kalium asid polisakarida (asid Arab).

Fungsi /khasiat

Ia dikenali sebagai 100% serat yang terlarut di dunia. terkenal sebagai prebiotik semulajadi (makanan kepada bakteria baik (probiotik) di dalam sistem penghadaman. Ia membantu pelawasan. Gam Arab tiada kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan. inshaa allah.. 

sumber : google
gam arab
***********************************************************************

Gam Arab @ Manna adalah salah satu ramuan unggul yang terdapat didalam Qaseh Gold Adinda, Kekanda dan junior


pm/whatssap 019-2399079 untuk ketahui lanjut

`Awatif Mohd Ali

Tuesday, 21 October 2014

Promosi Bedak Arab Summer Kokuryu

Bismillah..

Ini satu berita baik buat pemakai bedk arab wara cherry.. warna cherry sesuai untuk mereka yang berkulit putih cerah ye.. Kalau saya yang tepek bedak tu, memang la kan jadi putih.. kih kih..

Saya dalam proses untuk clearkan stok bedak arab. Hanya warna cherry sahaja yang tinggal.. Makanya ini adalah promosi yang memang takkan berulang lagilah.. hehe.. Lepas habis ni, saya tutup buku bedak arab dah..

Harga memang berbaloi yang kalau dilepas memang rugi, Harga satu bedak arab bersama span hanya rm23 bersama poslaju.. dah termasuk poslaju ye..

Makanya, marilah habiskan stok saya ni.. Untuk warna cherry sahaja ya.. :)



RM23 termasuk poslaju bedak arab cherry sahaja


awatif mohd ali
pm/whassap - 019-2399079

Makanan Sunnah - Khasiat Qaseh Gold

Bismillah..

Mak saya jarang demam.. boleh dikira dalam setahun berapa kali sahaja demam.. Tapi sekali kena, memang demam sampai tak boleh bangun adakalanya..

Alhamdulillah, saya pun sama.. Sukar untuk demam dan batuk selsema. Ubat-ubat panadol bagai memang saya akan cuba elakkan.. Memang sedari kecil.. kalau diberi, akan diluak kembali. Bila besar, sendiri yang liat nak makan.. saya sebolehnya biarkan ia pulih sendiri tanpa ubat. 

Kalau dulu-dulu elak makan ubat bukan sebab ada kesedaran tentang kandungan ubat-ubatan tersebut pun. Ia lebih kepada sebab tak suka makan ubat! hehe.. Kini? tak payah cerita panjanglah.. kini sebab dah sedar tentang khasiat makanan sunnah.. kita istiqamah dengan ini sahajalah insha allah.. 

"Qaseh bukan ubat, Qaseh adalah jus kesihatan yg terdiri drpd formulasi makanan yg diiktiraf sebagai makanan sunnah. Ia membantu membekalkan nutrisi dan memulihkan dari peringkat sel sel badan kita lagi. Seterusnya memperbaiki tisu tisu dalam badan dan organ badan kita. 

Apabila sel & tisu badan kita ok maka tahap kesihatan kita bertambah baik. 

Elakkan diri anda lewat bertindak sebelum menjadi parah. Ingatlah mencegah lebih baik daripada mengubati."

Inshaa allah..

boleh je tanya-tanya saya untuk tahu lanjut tentang khasiat di sebalik rangkaian produk Qaseh ni.. :)

`Awatif Mohd Ali
019-2399079

Thursday, 16 October 2014

Qaseh Gold - Ikhtiar Penawar Pelbagai Penyakit Dengan Makanan Sunnah

Bismillah..

Menjalani kehidupan dalam era ini, tidak dapat dinafikan pelbagai masalah kesihatan boleh dihidapi.



Dan pelbagai supplement / makanan kesihatan juga muncul dengan pelbagai promosi.

Bagi saya, kita kembali pada apa yang disarankan sunnah, inshaa allah..

Ini ikhtiar saya untuk memiliki kesihatan yang baik buat diri dan keluarga inshaa allah..

Jom bersama-sama saya, kita cuba berikhtiar dengan Qaseh Gold.

~ kerana Qaseh Gold adalah formulasi gabungan Makanan Sunnah...
~ memudahkan pengambilan & amalan Makanan Sunnah... InsyaAllah dipermudahkan..


tersedia untuk wanita - Qaseh Gold Adinda
                        lelaki - Qaseh Gold Kekanda
                 anak-anak - Qaseh Gold Junior




Qaseh Gold Penawar Jasmani Penyeri Rohani



`Awatif Mohd Ali
awatifali.blogspot.com
019-2399079

Tuesday, 8 July 2014

milk booster-penambah susu ibu?

Bismillah..

Buat ibu-ibu yang menyusukan..

Kesungguhan, dan perkara paling UTAMA yang perlu di ambil kira untuk menjayakan misi penyusuan adalah KONSEP PENYUSUAN SUSU IBU ibu itu sendiri.

Dari segi kekerapan si anak direct feeding, kekerapan si ibu mengepam , jadual pemakanan si ibu serta konsep supply vs demand si ibu. 

Untuk menghasilkan susu yang meriah, ia perlukan kekerapan menyusu@dirangsang (pam) 2 jam sekali. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Disamping itu ibu menyusu perlu kerap minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. 

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. 

Kurma adalah salah satu makanan mudah yang kaya nutrisi dan khasiat

Emosi ibu juga berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.

Kesihatan yang baik, bertenaga dan tidak lesu penyumbang kepada memastikan misi ini terhasil. Bayangkan jika kita tidak sihat dan lemah, pastinya sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan susu tersebut.

Selamat berpuasa buat semua ibu-ibu.. 

` Awatif Mohd Ali
awatifali.blogspot.com

*********************************************************************************

Bagaimana Qaseh Gold Adinda membantu dalam proses menghasilkan susu badan dan member tenaga?

Thursday, 3 July 2014

Qaseh Gold Kekanda - Tribulus Membantu Kesuburan


TRIBULUS - salah satu ramuan dalam QASEH GOLD KEKANDA


Herba Tribulus Terrestris juga di kenali sebagai “puncture vine”(pokok menjalar yang daunya berlubang) yang selalunya di dapati tumbuh di kawasan atau negara bercuaca panas. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh membiak di kawasan bercuaca sejuk.

Herba Tribulus Terrestris di amalkan sebagai bentuk permakanan kesihatan untuk generasi terdahulu dimerata dunia :
  • Di Eropah, di atas kecemerlangannya mengatasi permasaalahan kekurangan tahap hormon manusia untuk lelaki dan perempuan.
  • Di kalangan pengamal herba Cina, ubatan kepada beberapa penyakit seperti, hati, buah pinggang, penyakit berkaitan saliran air kencing serta penyakit kulit.
  • Di kalangan kaum Greek, sebagai kaedah ubatan bagi meningkatkan atau meransang mood dan meningkatkan pengeluaran kandungan air kencing ataupun melawaskan air kencing (diuretic).
  • Di India, sebagai kaedah perubatan yang di amalkan dari generasi ke generasi.

Herba ini di dapati berperanan meransang kelahiran hormon Testosterone, Progesterone dan Estrogen pada tahap optimum kesihatan untuk lelaki dan perempuan.

Herba ini bertindak dan mempamerkan peningkatan pada kadar testosterone, peningkatan pada kelahiran sperma, lantas mempengaruhi peningkatan terhadap peranan sistem reproduksi. Samaada kepada lelaki atau perempuan, tindakbalas herba ini memperkayakan hormon pada tahap keseimbangan sesuai pada kadar yang di perlukan oleh tubuh manusia.

Herba “Tribulus Terrestris” juga memberi sumbangan ketara terhadap ransangan dan nyah-toksin di bahagian hati, mempengaruhi peranan hati terhadap kolasterol dan lain-lain hasilan melalui peroses hati. Herba yang berperanan meransang hati akan membolehkan hati menjalankan tugasannya memecahkan lemak kepada komponen “essential fatty acids” dan “fat soluble vitamins” untuk di guna-pakai oleh tubuh manusia. Sekiranya hati dapat memainkan tugasannya secara optima, maka tahap kolasterol dalam tubuh manusia dapat di kawal, justeru mengawal insiden darah tinggi dan berupaya juga menghasilkan tubuh yang langsing.

Keajaipan herba ini juga termasuk berperanan memecah batu karang, mensalirkan serpihan batu karang tersebut tanpa mengakibatkan luka pada dinding saliran kencing.Ianya juga mnghalang daripada batu karang untuk muncul kembali di buah pinggang.

Lain-lain manafaat herba “Tribulus Terrestris” adalah :
• Peningkatan pertumbuhan otot, penghasilan stamina dan daya dahan yang bertambah.
• Kaedah perubatan untuk “gonorrhea” (sakit pada alat kelamin).
• Kaedah perubatan untuk “psoriasis” (penyakit kulit kronik).
• Kaedah perubatan untuk beberapa jenis penyakit kanser.

Qaseh Gold - Buah Markisa

Antara buah yg baik dalam QASEH GOLD antaranya adalah Buah Markisa...!!!

Buah markisa mengandungi nutrient seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tidur dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pencerah yang menjadikan kulit lebih gebu dan bersih.

Markisa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan gejala alergi dan sensitif. Markisa juga mampu memisahkan dan membuang racun dari dalam tubuh. Selain itu, buah markisa juga meningkatkan kesegaran kulit dan merangsang pertumbuhan sel muda pada lapisan kulit wajah. Markisa mengandungi vitamin c yang tinggi serta anti oksida.

Ada banyak khasiat lain yang dimiliki oleh buah markisa seperti yang ada dibawah ini :

1... Memulihkan Kanser
2... Mengatasi insomnia
3...Mengatasi batuk
4...Anti alergi
5... Menenangkan anak hiperaktif
6... Melancarkan perjalanan Haid
7... Menjaga kecantikan wajah
8...Menurunkan kolesterol
9... Melancarkan peredaran darah
10...Antiseptik
11..Antibodi

Tuesday, 24 June 2014

Perbezaan Kismis Hitam dan Kismis Kuning




Perbezaan proses pengeringan

Kismis hitam diproses dengan cara meletakkan di atas dulang kertas dan dibiarkan kering di bawah matahari selama beberapa minggu. 

Manakala kismis kuning pula, anggur dicelup dalam air suam dan kemudian disalut dengan sulfur dioksida untuk memastikan ianya keemasan sepanjang proses pengeringan. Ia kemudian diletakkan di atas dulang kayu kering, di mana udara panas ditiup  untuk mempercepatkan proses pengeringan. Untuk kismis kuning, proses pengeringan hanya kira-kira 24 jam.


Perbezaan 

Kalori kismis kuning tinggi sedikit daripada hitam 
Natrium dan tambahan serat kismis kuning lebih sedikit berbanding kismis hitam. 
Namun ianya perbezaan kecil yang boleh diabaikan .
Kismis kuning cenderung untuk rasa sedikit manis
Kismis hitam adalah lebih semula jadi, kerana proses pengeringan tanpa sulfur dioksida.


Persamaan

Nutrisi dan khasiat adalah sama. 

Jumlah gula dan lemak juga sama

Kismis terdapat dalam rangkaian Produk Qaseh. kami juga ada menawarkan kismis kuning dan hitam.

Jana Pendapatan Dari Rumah


Teks : Guru Online Anys Idayu Zakaria


Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah? 
Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.


Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan? 
Semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan
Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.

Kembali bekerja

Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.


Sasaran dalam jangka masa pendek 
Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)
Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.


jom bersama kami, akademi bekerja dari rumah.. inshaa allah dengan usaha, komitmen dan konsisten inshaa allah boleh berjaya..

hubungi saya, 
rakan Akademi Bekerja Dari Rumah
`Awatif Mohd Ali
019-2399079
awatifm.ali@gmail.com

Kendong Anak @ Babywearing - Anak tenang dan kurang meragam


Saya mula kenal terms babywearing sejak anak kedua.. 2010..

Ssc (soft structured carrier) yg saya beli dr snuggbaby.. Itulah yg saya lenjan dari 2010 sampai sekarang utk 3 anak.. Yang kecil sekarang ni 5 bln. Sayang betul kami kat ssc tu.. Yang tu lah kami usung kesana sini.. Bawa pegi umrah kendong anak..

Resah saya kalau tak bawa ssc tu. Anak pun memang syok je tengok dalam tu.. Confirm tidur (umur bawah setahun).. Lama pulak tu.. Kadang-kadang husband kata "Eh, biar betul ni lama betul tidur.." Saya awal-awal aritu lagi la, siap rasa nafas dia.. Takut je sebab lama sangat tidur..hihi..

ada niat nak beli lain, tapi tertahan2..

Kami suami isteri panggil ssc tu snugg. Rasanya husbnd saya pn dh x ingat itu namanya ssc.. tiap kali keluar.. "snugg bawak?" "Snug mana?"

saya suka gendong bayi saya kerana banyak faktor :-



- nilai dakapan yang dirasai sangat berbeza.. sambil berjalan boleh kucup, belai anak.. terasa dekat..

- bebas.. saya bebas bergerak.. memilih barang bila bershopping.. sambil memantau kakak-kakaknya yang lain.. kalau dalam stroller, bagaimana hendak membawa troli pasaraya lagi?

- keselesaan buat si comel dan boleh dikata anak akan terlena tiap kali dikendong sambil melopong mulut adakalanya.. ops.. 



- saya merasakan anak saya selamat dalam dakapan saya, inshaa allah..

- untuk anak yang 3, 4, malah 6 tahun masih boleh merasai kendongan ummi ayahnya tanpa ummi ayah terasa sangat bebanan berat anak2nya ini. 



- ketika mereka kecillah peluang kami menggendong anak-anak ini.. ia akan menjadi pengalaman manis yang tak bisa dilupakan.

jom ibu-ibu, bapa-bapa kendong anak kita dengan cara dan medium yang betul.. Akan saya kongsikan di post akan datang inshaa allah..

Monday, 26 May 2014

Susun Atur - Simpan pinggan mangkuk untuk kemudahan anak-anak

Bismillah..

Pernah tak, tengah kita sedap-sedap baring, anak panggil..

"Ummi, nak air.."

Tengah potong2 ayam,

"ummi, nak pinggan.."

Sedangkan, air mereka boleh ambil sendiri, dah pandai tekan water dispenser. Makanan pun memang tersedia atas meja dah..

Makanya, saya fikir solusi.. Dan sebelum ini pernah terbaca beberapa tips mengenai ini.. hasilnya..

Saya letakkan pinggan mangkuk, sudu mereka di drawer kedua kabinet dapur, yang mana mereka sampai unyuk ambil sendiri

sudu biasa pun saya letakkan di atas kabinet dapur yang dapat dicapai.


Jadinya, mereka pun ambil sendiri.. :)

Oh ya, ada masanya kita perlu biasakan anak-anak makan dengan pinggan mangkuk kaca ye. Ye la, takkan anak-anak makan dalam pinggan plastik/melamine je kan.. Macam saya, tika makan berjemaah, adakalanya mereka menggunakan pinggan mangkuk yang sama kami gunakan.


#untuk anak- anak hebat ini, bekalkan mereka dengan qaseh junior.. :)
untuk imunisasi, kecerdasan, kecergasan dan kesihatan mereka inshaa allah..



Wednesday, 30 April 2014

Masalah Keputihan

Bismillah..

Tidak dapat dinafikan, masalah keputihan dengan wanita adalah sinonim. Keputihan jika agak banyak, pastinya membuatkan diri tidak selesa bukan? Ditambah pula jika ia melarat menjadi bakteria dan mebawa kepada lebih teruk.

Qaseh Gold Adinda membantu masalah keputihan yang biasa terjadi di kalangan wanita.

Masalah keputihan boleh terjadi disebabkan
1. perubahan hormon,
2. stress,
3. pesakit yang menggunakan anti biotik pada tempoh yg lama.
4. Jangkitan bakteria

Pegaga dan sireh antara bahan semulajadi yang diamalkan sejak dulu untuk mengatasi masalah keputihan.
Ketahuilah, ke dua-dua bahan ini ada dalam Qaseh Gold Adinda.

Friday, 25 April 2014

Khasiat Buah Tiin


Bismillah..



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,


"Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya". (HR Abu Darda; Suyuti).

Pengalaman saya di Saudi, mudah sungguh hendak mendapatkan makanan sunnah seperti kurma, buah zaitun, buah tiin, habatus sauda dan lain-lain. Bila dikenang kembali, rugi rasanya tak menikmati semaksima boleh ketika disana.

Tapi, alhamdulillah.. Kini kita di Malaysia pun tidak sukar untuk menikmati makanan-makanan sunnah ini kan.

Disini saya kongsikan khasiat buah tiin.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat antaranya dapat mengurangkan penyakit sesak nafas. Membersihkan hati dan limpa, juga menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan.


Ia juga dibuktikan dengan penemuan- penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah tiin yang jarang diketahui dan diterokai.

Dr Oliver Alabaster, iaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil buah tiin sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangkamasa panjang. 

Maka, tidak hairanlah jika buah tiin diiktiraf oleh pakar- pakar pemakanan pada hari ini sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana ia bukan sekadar mengandungi zat- zat yang berkhasiat malah lebih daripada itu, ia bermanfaat bagi penjagaan kesihatan dan mampu mencegah serangan penyakit- penyakit tertentu.

Di samping itu, Lembaga Penasihat Buah Tiin di California (California Fig Advisory Board) telah menggelarkan buah tiin sebagai ‘nature's most nearly perfect fruit' iaitu ‘buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi'.

akan saya kongsikan khasiat nya lagi inshaa allah..

Buah tiin antara ramuan didalam rangkaian Qaseh :)



Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih - Qaseh Gold Adinda (wanita)
- Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
- Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun

Bedak Arab 50gram


awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap:
019-2399079
Email : awatifm.ali@gmail.com
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP (https://www.facebook.com/pages/AL-ATIFF-SHOP/282358529266?ref=hl )

Monday, 21 April 2014

Ustazah Norhafizah Musa - Petua Kecantikan Makanan Sunnah



Bismillah..

Alhamdulillah..perkongsian dari Ustazah Norhafizah Musa
mengenai petua kecantikan dari makanan sunnah.

Saya kongsikan bagi yang tak dapat tengok video ni. (kalau
blh tengok la ye :) )

1) Bangun tidur, minum air suam 1 botol kecil mineral+ 1/3
lagi.
 - ia untuk
mempercepatkan proses2 yang berlaku dalam tubuh badan kita.
 - baca doa.

2) 1 sudu minyak zaitun

3)  2 sudu pati delima
 - ia buah eksklusif,
buah dari syurga

4) campuran air suam + madu + minyak habatus sauda + vco
(minyak kelapa dara) + za'faran beberapa helai. kacau kesemuanya dan minum.

5) selepas tu biarkan perut (tak makan apa selama 2 jam), baru makan makanan berat.

6) kemudian makan khal (cuka kurma) - berfungsi untuk cuci apa makanan berat yang kita makan yang tak elok/berkhasiat tu.

7) jangan makan makanan ringan

8)jadikan kulit kayu manis sebagai kudapan. -gigit, kumam.. ia terus masuk ke aliran darah. membantu tidur yang berkualiti dan banyak lagi.

-ustazah turut berkongsi kebaikan kacip fatimah.
berkongsi pengalaman seorang doktor yang bekerja di Madinah yang menguruskan kelahiran secara pembedahan wanita2 disana. telah menjalani pembedahan melahirkan anak sebanyak 9 kali, namun kulit tetap lembab dan cantik. semuanya kerana pemakanan mereka yang berlandaskan pemakanan sunnah..

teruja kan dengar?

Rangkaian pemakanan sunnah dari Qaseh Gold memudahkan pemgambilan makanan sunnah kita. Ia mengandungi semua makanan sunnah yang ustazah sebutkan ini, dan tambahan yang lain.

Antara 9 KANDUNGAN UTAMA QASEH:

1-AIR ZAM-ZAM--air terbaik dunia, paling suci, bersih, berkualiti ,kaya mineral

2-KURMA--pelbagai khasiat & nutrisi untuk tubuh & emosi

3-MADU--''..dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia...(An-Nahlu:69)

4-HABBATUS SAUDA'--penawar segala penyakit (riwayat bukhari)

5-DELIMA--disebut dalam al-Quran surah ar-Rahman ayat 68, ia juga tinggi untuk mencegah kanser, juga baik untuk kecantikan tubuh wanita

6-BUAH ZAITUN---buahan yang disebut dalam Al-Quran (an-Nur ayat 35)

7-ZA'FARAN---Raja segala rempah kerana harganya sangat mahal setanding harga emas pasaran

8-ARABIC GUM--mengandungi prebiotik semulajadi yang baik untuk perut

9-BUAH TIIN--Allah bersumpah dengan buah tiin di dalam Al-Quran, bermaksud padanya ada tanda-tanda kebesaran Allah



 Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh.KINI DENGAN KHASIAT DELIMA & ARABIC GUM.

RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK LELAKI: Qaes Gold Kekanda - Diperkaya dengan herba khusus seperti Guarana, Tribulus & Ashwaganda.

RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK WANITA:Qaseh GOLD Adinda - diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani

RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK : Qaseh GOld Junior - diperkaya dengan bayam dan badam

PENYEDIAAN SECARA AMALAN PENGILANGAN ISLAMIK (IMP):Diperkasakan dengan bacaan Al-Quran dan doa-doa khusus oleh kakitangan yang sentiasa di dalam keadaan berwudhu yang Insya-ALLAH menghasilkan produk yang bertaraf HALALAN THOYYIBA (HALAL LAGI BAIK)."




Jom Kita Bersunnah..

Hubungi saya,


awatif mohd ali
Telefon/sms /whatssap : 019-2399079
Layari fanpage : 
Al-Atiff Shop

FB individu :https://www.facebook.com/awatif.m.ali









Friday, 18 April 2014

Penawar Anak Demam , Batuk dan Selsema


Harini kakak 'Aisyah demam, tak pergi sekolah. Sebelum ni bagi Qaseh Gold Junior 2 kali sehari je sebagai pemakanan sunnah untuk kesihatan dan kecerdasan dia. So, demam ni ni kena makan selang 4 jam..

Alhamdulillah, anak-anak seblum ni kalau demam batuk dan selsema memang saya jarang bagi ubat., melainkan nampak teruk. Demam, kami amalkan mandi selalu untuk sejukkan badan

bila dah kenal Qaseh Junior ni, lagi la seronok.. sebab ia bukan ubat, tetapi himpunan makanan sunnah, ditambah dengan bayam dan badam. Kami yakin dan akan istiqamah dengan makanan sunnah, inshaa allah.

kandungan junior :
1- Air Zam ZAm
2- Kurma
3- Kismins
4- Madu
5- Habbatus Sauda
6- Delima
7- Zaitun
8- Buah Tiin
TAMBAHAN:
9- Badam
10- Bayam

Ia bersifat antioksidan dan antibakteria, membekalkan antibodi badan melawan penyakit serta kaya dgn nutrisi dan vitamin yg diperlukan oleh tubuh anak.. membantu anak yg sakit bertenaga dan cergas semula.. Inshaa allah.

Ibu-ibu yang anak selalu demam, selalu kena tahan wad tu, jom kita cuba dan istiqamah.. inshaa allah..

Allah yang bagi penyakit, Allah jua yang menyembuhkan.. Kita usaha dan doa. inshaa allah...

Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih
- Qaseh Gold Adinda (wanita)
- Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
- Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun 

Bedak Arab 50gram

awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
Email : awatifm.ali@gmail.com





Wednesday, 16 April 2014

Khasiat Kurma

Bismillah..

Kurma sumber tenaga dan penyumbang diet

Kandungan gula di dalam kurma yang tinggi telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebab itu kita disunatkan berbuka dengan kurma kerana kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada kita selepas seharian berpuasa.

Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu.
Perasan tak kalau  kita makan terlalu banyak, kita masih letih dan tidak bertenaga dan boleh mengundang mengantuk. Ini kerana makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat.

Selain itu, Kurma tinggi khasiatnya dan membantu :
  •   Serat – ia membantu melawaskan pembuangan (sembelit) dan mencegah barah usus.
  •  Vitamin A dan C
  •   Zat galian (potassium) – penting untuk system saraf dalam badan
  • Lemak dan gula dalam kurma – meredakan tekanan darah tinggi
  •   Menguatkan ingatan
  •  Menambah tenaga batin
  •   protein serta garam galian - menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
  • Kaya zat besi dan kalsium – amat diperlukan untuk badan, lebih-lebih lagi oleh ibu mengandung dan selepas bersalin. Ia penyumbang tenaga dan paras haemoglobin (hb)

      Banyak lagi khasiat kurma..

      Kurma adalah intipati di dalam rangkaian Qaseh Gold. Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Junior.
       
        Disini saya kongsikan testimoni ibu hamil dan menyusu yang mengamalkan Qaseh Adinda.






  Jom kita istiqaah dengan pemakanan sunnah.. Inshaa allah..

Habatussauda Minsyam , Habatussauda juga terdapat didalam Qaseh Gold.

Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih - Qaseh Gold Adinda (wanita)
- Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
- Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun

Bedak Arab 50gram


awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap:
019-2399079
Email : awatifm.ali@gmail.com
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP (https://www.facebook.com/pages/AL-ATIFF-SHOP/282358529266?ref=hl )