Tuesday, 24 June 2014

Perbezaan Kismis Hitam dan Kismis Kuning




Perbezaan proses pengeringan

Kismis hitam diproses dengan cara meletakkan di atas dulang kertas dan dibiarkan kering di bawah matahari selama beberapa minggu. 

Manakala kismis kuning pula, anggur dicelup dalam air suam dan kemudian disalut dengan sulfur dioksida untuk memastikan ianya keemasan sepanjang proses pengeringan. Ia kemudian diletakkan di atas dulang kayu kering, di mana udara panas ditiup  untuk mempercepatkan proses pengeringan. Untuk kismis kuning, proses pengeringan hanya kira-kira 24 jam.


Perbezaan 

Kalori kismis kuning tinggi sedikit daripada hitam 
Natrium dan tambahan serat kismis kuning lebih sedikit berbanding kismis hitam. 
Namun ianya perbezaan kecil yang boleh diabaikan .
Kismis kuning cenderung untuk rasa sedikit manis
Kismis hitam adalah lebih semula jadi, kerana proses pengeringan tanpa sulfur dioksida.


Persamaan

Nutrisi dan khasiat adalah sama. 

Jumlah gula dan lemak juga sama

Kismis terdapat dalam rangkaian Produk Qaseh. kami juga ada menawarkan kismis kuning dan hitam.

Jana Pendapatan Dari Rumah


Teks : Guru Online Anys Idayu Zakaria


Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah? 
Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.


Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan? 
Semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan
Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.

Kembali bekerja

Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.


Sasaran dalam jangka masa pendek 
Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)
Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.


jom bersama kami, akademi bekerja dari rumah.. inshaa allah dengan usaha, komitmen dan konsisten inshaa allah boleh berjaya..

hubungi saya, 
rakan Akademi Bekerja Dari Rumah
`Awatif Mohd Ali
019-2399079
awatifm.ali@gmail.com

Kendong Anak @ Babywearing - Anak tenang dan kurang meragam


Saya mula kenal terms babywearing sejak anak kedua.. 2010..

Ssc (soft structured carrier) yg saya beli dr snuggbaby.. Itulah yg saya lenjan dari 2010 sampai sekarang utk 3 anak.. Yang kecil sekarang ni 5 bln. Sayang betul kami kat ssc tu.. Yang tu lah kami usung kesana sini.. Bawa pegi umrah kendong anak..

Resah saya kalau tak bawa ssc tu. Anak pun memang syok je tengok dalam tu.. Confirm tidur (umur bawah setahun).. Lama pulak tu.. Kadang-kadang husband kata "Eh, biar betul ni lama betul tidur.." Saya awal-awal aritu lagi la, siap rasa nafas dia.. Takut je sebab lama sangat tidur..hihi..

ada niat nak beli lain, tapi tertahan2..

Kami suami isteri panggil ssc tu snugg. Rasanya husbnd saya pn dh x ingat itu namanya ssc.. tiap kali keluar.. "snugg bawak?" "Snug mana?"

saya suka gendong bayi saya kerana banyak faktor :-



- nilai dakapan yang dirasai sangat berbeza.. sambil berjalan boleh kucup, belai anak.. terasa dekat..

- bebas.. saya bebas bergerak.. memilih barang bila bershopping.. sambil memantau kakak-kakaknya yang lain.. kalau dalam stroller, bagaimana hendak membawa troli pasaraya lagi?

- keselesaan buat si comel dan boleh dikata anak akan terlena tiap kali dikendong sambil melopong mulut adakalanya.. ops.. 



- saya merasakan anak saya selamat dalam dakapan saya, inshaa allah..

- untuk anak yang 3, 4, malah 6 tahun masih boleh merasai kendongan ummi ayahnya tanpa ummi ayah terasa sangat bebanan berat anak2nya ini. 



- ketika mereka kecillah peluang kami menggendong anak-anak ini.. ia akan menjadi pengalaman manis yang tak bisa dilupakan.

jom ibu-ibu, bapa-bapa kendong anak kita dengan cara dan medium yang betul.. Akan saya kongsikan di post akan datang inshaa allah..