Friday, 27 December 2013

Melatih Anak Ke Tandas (Potty TrainingP Part 2)

Bismillah..

Di penulisan ini melatih-anak-ke-tandas-potty-training. saya ada nyatakan hasrat hendak melatih Khadeejah Husna yang berumur 2 tahun 3 bulan untuk sessi 'bebas lampin' kan? Jadi bagaimana hasilnya setelah 16 hari berlalu? Apakah hasilnya? Adakah si ibu dan ayah berjaya mengharungi cabaran ini? Dan adakah si kecil kami itu lulus dalam latihan itu? hehe..

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, setiap anak dan kanak-kanak itu berbeza perwatakan dan berbeza juga penerimaan terhadap sesuatu perkara. Apa yang mampu saya ungkapkan, syukur alhamdulillah.. Husna boleh la ummi nobatkan bergraduasi dngan cemerlangnya.. hehe..

2 hari pertama sahaja Husna keciciran air kecilnya. Saya sememangnya akan membawa Husna dalam sejam ke 2 jam ke bilik air untuk melatihnya. Adakala tidak sempat dalam jangka masa tersebut, Husna akan terlepas. Tapi Husna dengan muka dan rasa bersalah akan berdiri sambil berkata.. 'Ummi..' Saya pula memang mengambil pendekatan tidak marah atau membuat muka sekiranya dia tercicir. (Ye la, mungkin boleh tahan sabar lagi sebab baru 2 hari berlatih kan.. kalau 2 minggu tu, tak tau la ummi macamana..ups..hehe..) Sebaliknya, masa Husna keciciran itu, saya katakan padanya..  "Husna kencing kat dalam seluar? Tak boleh kencing dalam seluar tau.. Nanti seluar dan lantai basah, kotor.. kencing kat bilik air ok? Nanti nak kencing, Husna cakap dengan ummi dan ayah.. Ummi, ayah.. nak kencing..."

Masuk hari ketiga dan seterusnya, Husna akan memberitahu sekiranya hendak membuang air. Pada mulanya saya seakan tidak percaya juga. Tetapi setiap kali dia memberitahu, saya akan terus membawa ke bilik air dan sememangnya dia akan membuang hajatnya itu. Hari-hari berikutnya, begitu juga, Saya dan ayahnya tidaklah mahu bergembira terlebih dahulu, kerana anak-anak ini di luar jangkaan. Macam Maryam, dia bermula dengan baik, tetapi sampai di pertengahan proses, dia masih belum lulus.

Namun, prestasi yang ditunjukkan Husna semakin positif. Husna sudah pandai menahan air kecilnya. Sekiranya dia memberitahu mahu membuang air kecil dan saya menyuruhnya menunggu sebentar, dia akan menunggu tanpa gelisah. Masuk ke bilik air pun hajatnya tidak terus terbuang, sebaliknya ada masa seketika untuk hajatnya keluar.. hehe..

Untuk tidur malam, sudah pasti kami masih pakaikannya lampin. Masih belum rajin untuk kami kejutkannya di malam hari untuk ke bilik air.. :) Namun, setiap pagi apabila bangun tidur, lampin Husna pasti kering menandakan dia tidak membuang air kecil ketika tidur. Dibawa ke bilik air pagi itu, ehm.. banyak sungguh hasilnya yang dibuang..hehe.. Tapi adakalanya ada malam-malam yang Husna membuang juga dalam lampin ketika tidur.

Terima kasih Khadeejah Husna kerana membantu Ummi dan ayah dalam 'tugasan' ini. Alhamdulillah ummi dan ayah tidak stress (sebab Husna berjaya dalam masa singkat, kalau sekarang ni belum lulus juga, macamana agaknya ummi?) 

Sememangnya ketiga-tiga anak. kami melalui pengalaman yang berbeza dalam melatih mereka mencapai misi 'bebas lampin'. Ada yang cepat, ada yang memakan masa lama juga untuk lulus. Ibu ayah diluar sana jangan takut untuk memulakan langkah pertama dalam misi ini. Sekiranya kita tidak cuba, kita tidak tahu bagaimana penerimaan anak kita. Sekiranya percubaan permulaan nampak gagal dan memakan masa lama, berikan anak kita peluang dahulu. Berikan mereka masa sehingga mereka benar-benar bersedia. Namun, sekiranya anak kita sudah pun menunjukkan penerimaan positif sebaik sahaja kita memulakan misi, nah.. bukankah ianya satu tindak balas yang meyakinkan bahawa misi ini akan benar-benar berjaya?



No comments: