TRIBULUS - salah satu ramuan dalam QASEH GOLD KEKANDA
Herba Tribulus Terrestris juga di kenali sebagai “puncture vine”(pokok menjalar yang daunya berlubang) yang selalunya di dapati tumbuh di kawasan atau negara bercuaca panas. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh membiak di kawasan bercuaca sejuk.
Herba Tribulus Terrestris di amalkan sebagai bentuk permakanan kesihatan untuk generasi terdahulu dimerata dunia :
- Di Eropah, di atas kecemerlangannya mengatasi permasaalahan kekurangan tahap hormon manusia untuk lelaki dan perempuan.
- Di kalangan pengamal herba Cina, ubatan kepada beberapa penyakit seperti, hati, buah pinggang, penyakit berkaitan saliran air kencing serta penyakit kulit.
- Di kalangan kaum Greek, sebagai kaedah ubatan bagi meningkatkan atau meransang mood dan meningkatkan pengeluaran kandungan air kencing ataupun melawaskan air kencing (diuretic).
- Di India, sebagai kaedah perubatan yang di amalkan dari generasi ke generasi.
Herba ini di dapati berperanan meransang kelahiran hormon Testosterone, Progesterone dan Estrogen pada tahap optimum kesihatan untuk lelaki dan perempuan.
Herba ini bertindak dan mempamerkan peningkatan pada kadar testosterone, peningkatan pada kelahiran sperma, lantas mempengaruhi peningkatan terhadap peranan sistem reproduksi. Samaada kepada lelaki atau perempuan, tindakbalas herba ini memperkayakan hormon pada tahap keseimbangan sesuai pada kadar yang di perlukan oleh tubuh manusia.
Herba “Tribulus Terrestris” juga memberi sumbangan ketara terhadap ransangan dan nyah-toksin di bahagian hati, mempengaruhi peranan hati terhadap kolasterol dan lain-lain hasilan melalui peroses hati. Herba yang berperanan meransang hati akan membolehkan hati menjalankan tugasannya memecahkan lemak kepada komponen “essential fatty acids” dan “fat soluble vitamins” untuk di guna-pakai oleh tubuh manusia. Sekiranya hati dapat memainkan tugasannya secara optima, maka tahap kolasterol dalam tubuh manusia dapat di kawal, justeru mengawal insiden darah tinggi dan berupaya juga menghasilkan tubuh yang langsing.
Keajaipan herba ini juga termasuk berperanan memecah batu karang, mensalirkan serpihan batu karang tersebut tanpa mengakibatkan luka pada dinding saliran kencing.Ianya juga mnghalang daripada batu karang untuk muncul kembali di buah pinggang.
Lain-lain manafaat herba “Tribulus Terrestris” adalah :
• Peningkatan pertumbuhan otot, penghasilan stamina dan daya dahan yang bertambah.
• Kaedah perubatan untuk “gonorrhea” (sakit pada alat kelamin).
• Kaedah perubatan untuk “psoriasis” (penyakit kulit kronik).
No comments:
Post a Comment