Sunday, 6 October 2013

Produk Penjagaan Diri - Marine Essence

Bismillah..

Di entry ini saya ada nyatakan produk penjagaan kulit yang saya guna untuk anak-anak produk selamat untuk bayi/anak

Dan untuk penjagaan diri saya pula, saya cuba mencari yang bebas bahan kimia merbahaya juga. Hasil pencarian, saya terjumpa dengan rangkaian Marine Essence keluaran Hai-o Marketing. Merasakan ia adalah pilihan selamat dan mampu milik, saya cuba untuk konsisten menggunakannya. Rangkaian Marine essence ini mempunyai Sabun Kecantikan (tetapi saya lihat kandungan di belakang kotak sabun ada dinyatakan juga bahan dari keluarga paraben-methyparaben) Nourishing Body wash, dan Nourishing shampoo.(Untuk body wash dan syaampu ianya memang bebas paraben dan sls)

Untuk sabun kecantikan, ia boleh digunakan untuk muka dan badan. Body wash pula fungsinya sama seperti sabun kecantikan, tetapi tidak sesuai digunakan untuk bahagian muka.

Saya baru sahaja menggunakan rangkaian produk ini dan megharapkan hasilnya adalah seperti yang dinyatakan pengeluar dan juga pengguna yang telah menggunakannya. Katanya ia produk selamat yang hangat di pasaran ! :)


BAHAN2 UTAMA/ KELEBIHANNYA:

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.
Ini pula adalah antara maklum balas pengguna yang telah menggunakan sabun kecantikan / body wash marine essence yang berkesan dalam merawat / mengurangkan :-



Parut pada muka dan badan
Jerawat badan dan muka    
Leher/pelipat/siku gelap
Badan berdaki
Jeragat
Ekzema
Kulit sensitif
Bau badan
Kelemumur
Pigmentasi
Ruam-ruam / kegatalan

Baru-baru ini saya ada alami ruam / gatal-gatal kulit mungkin disebabkan perubahan hormon. Ini memberi peluang sama ada produk ini sesuai untuk atasi kegatalan ini atau tidak, inshaa allah. Untuk keberkesanan masalah lain diatas mungkin secra tidak langsung saya dapat lihat/rasai sama ada berkesan atau tidak :)

Oh ya. Sekiranya ada yang berminat dan mahu mencuba / menggunakannya, boleh juga membuat pembelian melalui saya. Ia adalah produk dari Hai-o Marketing dan tidak dijual di pasaraya. Saya tidak terniat langsung untuk memanjangkan sistem jualan syarikat ini. Cuma kalau ia memang produk yang bagus, saya sedia membantu anda untuk memilikinya.

Harganya inshaa allah mampu milik.

Boleh baca keterangan ringkas produk ini dibawah. Klik gambar untuk besarkan.











No comments: