WAHM (Work At Home Mom) adalah istilah dalam bahasa Inggeris. Kalau diterjemahkan berbunyi 'Ibu Yang Bekerja di /dari Rumah".
Kini, terma ini sudah menjadi agak biasa. Ia bukan hanya terbatas menjadi WAHM yang membuat perniagaan (sama ada secara kecilan atau besaran), malah ada juga WAHM yang menawarkan perkhidmatan perundingan atau lain-lain lagi.
Banyak kelebihan menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah bukan? Disamping melihat/menjaga anak-anak sendiri di depan mata, pengurusan berkaitan rumah juga banyak yang boleh diselesaikan dengan lebih efektif dan elektif.
Mungkin satu ketika dahulu, ada yang memandang dengan pandangan yang agak janggal jika hanya menjadi ibu dirumah (tidak bekerja), namun fenomena itu saya kira sudah berubah, Persepsi terhadap WAHM sudah positif malah ada yang lebih berjaya ketika menjadi WAHM dari bekerja di pejabat majikan dulu.
Mengapa seseorang suri itu memilih untuk menjadi WAHM? Kerana tertekan dengan kerjaya makan gaji? Masalah penjagaan anak-anak? Ingin suasana bebas bekerja? Atau sekadar mengisi masa disamping menjaga anak-anak dan menguruskan rumah?
Niat, tekad, jati diri yang kuat dan perancangan yang teliti serta pelaksanaan yang efektif dan usaha yang berterusan saya kira adalah faktor utama kejayaan seorang WAHM itu.
Saya? Masih lagi bertatih-tatih.. Sesekala 'lelah', saya 'berehat' seketika. Sesekala saya terhimpit, saya perlu bebaskan diri seketika. Saya tidak mahu yang dikendong tidak dapat, yang dikejar berciciran. Adakala kita perlu mengorbankan seketika apa yang di sebelah sini, untuk 'selamatkan' yang sebelah lagi.
Saya hampir sahaja menjejak 44 hari berpantang. Ayahanda mertua tersayang juga pergi menghadap Illahi dalam saya berpantang. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau di kalangan hambaNya yang soleh, aminn. Dalam pantang juga saya agak sibuk ke sana ke sini, macam tidak terasa pantangnya.. :)
No comments:
Post a Comment