Wednesday 19 March 2014

Makanan Sunnah - Habatus sauda penawar segala penyakit

Bismillah..

Harumnya aroma habatus sauda saya rasakan bila sendawa kecil mengeluarkan angin. :)


Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

"Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".


Rasulullah (S.A.W) turut bersabda :

 "Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sauda'. ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi segala penyakit kecuali mati." Riwayat Bukhari


 ‘tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda

1. Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatussauda berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupan harian selagi termampu.

2. Habbatussauda tidak diambil hanya apabila sakit. Mereka yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatussauda untuk menjaga kesihatan serta langkah mencegah penyakit.

3. Ia boleh diambil secara mentah (mengunyah untuk mendapatkan minyaknya) atau dicampur (serbuk) dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun, malah boleh diletak dalam masakan dan minuman.


Disebabkan itu, saya cuba istiqamah mengamalkannya. Sebelum ini, di Arab Saudi memang amat mudah untuk mendapat bekalan butiran habatus sauda ini. Tetapi tidak terkunyah saya untuk mendapatkan minyaknya kerana rasanya yang agak 'pekat'. Alhamdulillah kini dengan adanya kapsul habatus sauda Minsyam, hanya perlu telan sahaja untuk mendapatkan khasiatnya inshaa allah.

Gandingkan bersama Kapsul Minyak zaitun Minsyam, inshaa allah usaha kita untuk sihat.

Amalkan 1@ 2 biji habatussauda selepas sarapan dan 1 @ 2 biji minyak zaitun sebelum tidur.

Hanya rm12 sepeket (20 biji) habatus sauda dan rm10 sepeket (20 biji) minyak zaitun. boleh juga dapatkan terus pakej untuk sebulan.








awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP




Friday 14 March 2014

Makanan Sunnah -Qaseh Gold Junior Menguatkan Imunisasi Anak

Anak-anak kecil memang tidak dinafikan kerap sakit ~ demam , batuk , selsema.

Sebagai ibu, pastinya ia agak merungsingkan kita bukan. Begitu juga dengan saya. Apa ikhtiar saya? Inshaa allah, dengan mengamalkan pemakanan Qaseh Gold Junior untuk anak-anak secara istiqomah, mampu untuk menguatkan sistem imun anak, memberi anak kecergasan dan kecerdasan, di samping meningkat selera makan anak.

Ia bukan itu sahaja, Qaseh Gold Junior diperkaya dengan khasiat dan keistimewaan himpunan makanan sunnah.

Kita ikhtiar dan berdoa..segalanya serah pada Allah..

Inshaa allah akan saya kongsikan masalah membuang (sembelit) anak-anak saya.. Dengan Qaseh Gold Junior, alhamdulillah mereka lega.. :)


AWATIF MOHD ALI
PM/WHATSSAP/TELEGRAM : 019-2399079
Fanpage : AL-ATIFF SHOP











Thursday 13 March 2014

Makanan Sunnah - Qaseh GOLD


Bismillah..

 Kehidupan harian yang sibuk,dengan udara cuaca dan persekitaran kita yang semakin meruncing ditambah pula dengan gaya pemakanan kita yang entah sihat entah tidak, saya pasti ramai dikalangan kita suami isteri yang mengamalkan supplement. Ianya bagi membina antibodi, menambah tenaga dan langkah pencegahan penyakit.

Menyedari hakikat itu, selain sentiasa memanjatkan doa diberi kesihatan yang baik, usaha untuk mencegah penyakit harus dilihat sebagai tindakan positif kita sebagai hamba Allah dalam berusaha, berdoa dan kemudian bertawaqal.

Jika dahulu saya sibuk hendak mencari supplement/makanan tambahan untuk tujuan demikian. Namun,apabila merenung kembali apa yang disarankan oleh sunnah, yang dinyatakan dalam hadis dan al-quran, mengapa saya perlu berpaling lagi?

Teknologi memudahkan kita, alhamdulillah. Jika memberi alasan sukar menguyah butiran habatus sauda dan sukar menelan cairan minyak zaitun, kini sudah ada yang disediakan dalam bentuk kapsul. Hanya telan dan minum air sahaja. Tentunya kami amalkan dari rangkaian Minsyam.


Dan kini kami sekeluarga menambah lagi pemakanan sunnah dalam menu kami dari rangkaian Ana edar.. Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Junior.

Ianya minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Za’faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam.

 Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh.KINI DENGAN KHASIAT DELIMA & ARABIC GUM.

RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK LELAKI: Qaes Gold Kekanda - Diperkaya dengan herba khusus seperti Guarana, Tribulus & Ashwaganda.

RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK WANITA:Qaseh GOLD Adinda - diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani

RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK : Qaseh GOld Junior - diperkaya dengan bayam dan badam

PENYEDIAAN SECARA AMALAN PENGILANGAN ISLAMIK (IMP):Diperkasakan dengan bacaan Al-Quran dan doa-doa khusus oleh kakitangan yang sentiasa di dalam keadaan berwudhu yang Insya-ALLAH menghasilkan produk yang bertaraf HALALAN THOYYIBA (HALAL LAGI BAIK)."


Antara 9 KANDUNGAN UTAMA QASEH:

1-AIR ZAM-ZAM--air terbaik dunia, paling suci, bersih, berkualiti ,kaya mineral

2-KURMA--pelbagai khasiat & nutrisi untuk tubuh & emosi

3-MADU--''..dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia...(An-Nahlu:69)

4-HABBATUS SAUDA'--penawar segala penyakit (riwayat bukhari)

5-DELIMA--disebut dalam al-Quran surah ar-Rahman ayat 68, ia juga tinggi untuk mencegah kanser, juga baik untuk kecantikan tubuh wanita

6-BUAH ZAITUN---buahan yang disebut dalam Al-Quran (an-Nur ayat 35)

7-ZA'FARAN---Raja segala rempah kerana harganya sangat mahal setanding harga emas pasaran

8-ARABIC GUM--mengandungi prebiotik semulajadi yang baik untuk perut

9-BUAH TIIN--Allah bersumpah dengan buah tiin di dalam Al-Quran, bermaksud padanya ada tanda-tanda kebesaran Allah

Amalkan sunnah untuk kesihatan kita, inshaa allah..


Inshaa allah akan saya kongsikan khasiatnya nanti.


Harga :1 botol qaseh gold kekanda/adinda =RM71.90            
             1 botol qaseh junior                             =Rm60.00


awatif mohd ali
Telefon/sms /whatssap : 019-2399079
Layari fanpage : al-atiff shop
FB individu :https://www.facebook.com/awatif.m.ali



Wednesday 12 March 2014

Makanan Sunnah Untuk Anak-anak - Qaseh Gold Junior

Bismillah..

Alhamdulillah.. Saya, suami, ibu dan juga ada di kalangan keluarga saya mengamalkan makanan sunnah dalam menu harian. Habatus sauda dan minyak zaitun kami amalkan dari rangkaian Minsyam sebagai ikhtiar mengamalkan pemakanan sihat dan langkah pencegahan penyakit.

Sudah lama saya fikirkan bagaimana saya ingin khasiat makanan sunnah ini turut sama dirasai oleh anak-anak saya yang berumur 2 setengah, 3 setengah dan 6 tahun setengah. Alhamdulillah, kurma memang mereka makan, tetapi bagaimana dengan habatus sauda dan minyak zaitun? Tidak mungkin saya berikan mereka kapsul Minsyam kan..

Pernah dengar produk Qaseh Gold Adinda dan Qaseh Gold Kekanda dari Ana Edar? Kedua-duanya untuk diamalkan bagi remaja dan dewasa. Tetapi, khas untuk anak-anak saya berikan Qaseh Gold Junior. Apa itu?


 Ianya adalah gabungan makanan sunnah seperti kurma,  madu, buah tiin, zaitun, habbatus sauda, delima, air zam zam, gam arab, zaffaran, gingko , pegaga, garam bukit,  dengan kehebatan BADAM, BAYAM & KISMIS. Ia bercirikan anti oksidan dan anti bakteria yang antara lain membantu tumbesaran, menguatkan sistem imun, meningkatkan tenaga & kecerdasan si manja anda.





Ramuan-ramuan yang tinggi nutrisi dan diperlukan untuk sistem imunisasi, minda dan kesihatan fizikal anak2.



Anak yang bagaimana perlu makan Qaseh Gold Junior?



1-yang memilih/tiada selera makan
2-yang kerap/sedang jatuh sakit

3-yang sukar makan ubat

4-yang suka makan makanan segera/makanan rapu
5-yang tidak suka makan sayur
6-yang sedang mengalami alahan/batuk/selesema/kahak
7-yang ingin kekal sihat, cergas dan cerdas!



Sesuai dari 1 tahun - 12 tahun.

Qaseh Gold Junior - pemakanan kesihatan berasaskan pemakanan Sunnah yang bertaraf Halalan Thoyyiban (Halal Lagi Baik).

Sebagai Muslim yang sejati, pemakanan halal lagi baik adalah panduan amat baik untuk kita amalkan setiap hari untuk mendapat keberkatan daripada rezeki yang Allah kurniakan dan mendapat kesihatan terbaik. Insya-Allah.




harga : RM60, 430ml



Aturan pengambilan :

1 kali pagi sebelum sarapan, dan 1 kali malam sebelum tidur


sukatannya -

1-3thn : 2.5ml (satu sudu kecil)
4-6thn : 5ml
6thn ke atas : 10-20ml


Inshaa allah, nanti saya kongsikan pengalaman anak-anak saya amalkan Qaseh Gold Junior ini.



Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079


Monday 10 March 2014

Persediaan Masuk Rumah Baru

Bismillah..

Sebaik habis tempoh 44 hari pantang, saat yang sangat saya nantikan.. hehe.. Saya memulakan penjelajahan misi mencari barang-barang yang perlu untuk persediaan memasuki rumah baru kami insha allah.. Sebelum itu, encik google menjadi sumber pencariaan info-info.

Ehm.. apa lah sangat yang dicari tu ye? 

Nak cerita jugalah... Bila di kenang kembali, pindah-pindah rumah dan kemas barang ni macam dah jadi sebati pula dalam tempoh hampir 8 tahun kahwin ni. Dan secara kebetulan, waktu itu adalah ketika saya mengandung ataupun sebaik habis tempoh pantang melahirkan anak-anak kami perlu berpindah.. 

Kronologi kehidupan dan pindah rumah. (bukan main lagi ayat..hehe)

1. Jul 2006     - berkahwin dan menetap dirumah emak abah (suami bekerja di Melaka, hujung minggu baru                          balik)
2. 2008          -  berpindah ke Puchong (selepas pantang bersalin Aisyah)
3. 2009          -  berpindah ke Seremban 2
4. 2010          -  berpindah ke Melaka   (selepas pantang Maryam )
5. 2011          -  berhijrah ke Arab Saudi (selepas pantang Khadeejah) 
6. Sep 2013   -  kembali ke Malaysia - menetap sementara di rumah emak di Cheras Baru (mengandung)
7. Nov 2013  -  berpindah ke rumah sewa di Seremban 2
8. April 2014 -  Menanti untuk masuk rumah sendiri di Seremban 2 (selepas pantang Fatimah)

Banyak kali kan kami berpindah-pindah. Bayangkan tiap kali itu, kami kena mengemas barang-barang.. huhu.. Inshaa allah kali ini kami merancang memang menetap untuk jangka panjang di rumah Seremban 2 ini.

Makanya, banyaklah perkara yang perlu dibuat dan dibeli. Alhamdulillah kelengkapan asas rumah sudah ada seperti peti ais, mesin basuh (tapi kena cek balik ni, sebab dah lama tak beroperasi), set tidur dan almari dan barang-barang dapur lain.

Cumanya bila hendak masuk rumah baru, ada beberapa perkara yang kebiasaannya dibuat. Bagi kami, begitu juga. Alang-alang itu saya nak listkan juga untk rekod saya disini apa yang kami buat dan sediakan

1. Renovate rumah ( tambah bilik, dapur dan ruang tamu dibesarkan)

2. Tempah kabinet dapur (rekabentuk masih dalam perbinacangan. Sedang memikirkan susun atur untuk sesuaikan dengan penggunaan dan penyimpanan barang-barang. Juga masih survey sebut harga yang berpatutan dan dalam bajet.

3. hob dan hood - misi selesai alhamdulillah. Terlampau banyak jenama dan bergantung pada harga. Kami tiada pengalaman hendak beli semua ni, jadinya selepas melihat dari segi jenama dan bajet, kami pilih Electrolux.

4. sinki dapur dan paip - misi selesai alhamdulillah. Kebiasaannya kontraktotr akan beri sekali sinki ni, tapi yang biasa punya. Makanya kami membeli sendiri sinki yang inshaa allah lebih tahan lama.

5. Penapis air minuman (dapur) - misi selesai alhamdulillah. Kami pilih jenama Hydroguard. kalau ada kesempatan, inshaa allah saya bagi review.

6. Katil + tilam. - misi selesai alhamdulillah. Kami memang telah mempunyai tilam. tetapi beli untuk tetamu dan ahli keluarga jika berkunjung ke rumah kami. Alang-alang hendak membeli, kami beli yang baru untuk kami, dan yang lama kami jadikan ianya untuk kegunaan ahli keluarga lain/ tetamu.

7. lampu

8. kipas 

9. langsir - selepas ambil ukuran nanti, rasanya kami hendak mencari kain di Nilai 3 dan terus tempah jahit di kedai yang sama. Inshaa allah lebih murah dan kami pun memang hendak yang ringkas sahaja)

10. penghawa dingin (air cond)

11. kabinet partition (antara ruang tamu dan ruang makan)

Pening rupanya kalau nak masuk rumah baru kan. Banyak perkara yang perlu dibeli dan pastinya ia perlu dibuat dengan bijak mengikut bajet yang ada. Dahulukan apa yang penting dan memang keperluan kita. Sekiranya ada bajet lebih, barulah boleh masukkan keinginan kita. Contoh disini barang keperluan adalah seperti peti ais, kipas. Kabinet dapur mungkin  ada yang beranggapan ianya keperluan, tetapi bajetnya agak besar. Mungkin boleh gunakan dulu kabinet/rak sementara sebelum menempah kabinet dapur. 

Hiasan-hiasan dan juga lampu-lampu yang cantik bagi saya termasuk dalam keinginan. Tidak ada pun tidak mengapa, bergantunglah pada bajet. Berhias sekadarnya jangan sampai membazir dan niat menunjuk-nunjuk, wallahu aklam.

Dan juga, Inshaa allah lebih jimat dan berbaloi sekiranya kita dapat membeli barangan rumah ini di ekspo/pameran kelengkapan rumah. Dan kebetulan pada 6-9 Mac lalu ada "homes living exhibition" di Bukit Jalil. Kami tidak lepaskan peluang dan disitulah kami beli beberapa kelengkapan rumah dan juga mendapatkan sebut harga bagi kabinet dapur.

Thursday 6 March 2014

Makanan Sunnah - Istimewanya Habatus Sauda

Istimewanya habatus sauda..

Dikatakan setiap butirannya menyerupai sel-sel di dalam badan manusia. Saya inshaa allah percaya kerana jika tidak istimewa, masakan ianya disarankan nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w.

Bukan hanya tika sakit mencari penawar, malah kita perlu mencegah dari mendapat penyakit dan menjalani kehidupan sihat, inshaa allah..

Istiqamah dengan habatussauda inshaa allah akan membunuh kuman-kuman di dalam badan secara perlahan-lahan, membuang toksik dan dan juga sebagai imunisasi badan kita.

Disamping itu, bersenam membantu pengeluaran toksik melalui pepeluhan dan pasti ianya juga satu gaya hidup sihat bukan. Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..

Kita usaha, istiqamah dan berdoa kepada Allah dengan asbab habatus sauda ini.

Kini dengan kapsul habatus sauda Minsyam memudahkan kita mengamalkannya. Sekiaranya tidak menghidap apa2 penyakit, dos serendah 500mg (1kapsul) hingga 1000mg (2 kapsul) sehari lebih dari mencukupi.

Hanya rm12 (20 biji).
Boleh juga dapatkan stok sebulan, rm 36 ( sekiranya amalkan 2 biji sehari)

 Awatif mohd ali
Pm/whatssap/telegram 019-2399079
Fb page : AL-ATIFF SHOP

WAHM - Work At Home Mom

WAHM (Work At Home Mom) adalah istilah dalam bahasa Inggeris. Kalau diterjemahkan berbunyi 'Ibu Yang Bekerja di /dari Rumah".

Kini, terma ini sudah menjadi agak biasa. Ia bukan hanya terbatas menjadi WAHM yang membuat perniagaan (sama ada secara kecilan atau besaran), malah ada juga WAHM yang menawarkan perkhidmatan perundingan atau lain-lain lagi. 

Banyak kelebihan menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah bukan? Disamping melihat/menjaga anak-anak sendiri di depan mata, pengurusan berkaitan rumah juga banyak yang boleh diselesaikan dengan lebih efektif dan elektif.

Mungkin satu ketika dahulu, ada yang memandang dengan pandangan yang agak janggal jika hanya menjadi ibu dirumah (tidak bekerja), namun fenomena itu saya kira sudah berubah, Persepsi terhadap WAHM sudah  positif malah ada yang lebih berjaya ketika menjadi WAHM dari bekerja di pejabat majikan dulu.

Mengapa seseorang suri itu memilih untuk menjadi WAHM? Kerana tertekan dengan kerjaya makan gaji? Masalah penjagaan anak-anak? Ingin suasana bebas bekerja? Atau sekadar mengisi masa disamping menjaga anak-anak dan menguruskan rumah?

Niat, tekad, jati diri yang kuat dan perancangan yang teliti serta pelaksanaan yang efektif dan usaha yang berterusan  saya kira adalah faktor utama kejayaan seorang WAHM itu.

Saya? Masih lagi bertatih-tatih.. Sesekala 'lelah', saya 'berehat' seketika. Sesekala saya terhimpit, saya perlu bebaskan diri seketika. Saya tidak mahu yang dikendong tidak dapat, yang dikejar berciciran. Adakala kita perlu mengorbankan seketika apa yang di sebelah sini, untuk 'selamatkan' yang sebelah lagi.

Saya hampir sahaja menjejak 44 hari berpantang. Ayahanda mertua tersayang juga pergi menghadap Illahi dalam saya berpantang. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau di kalangan hambaNya yang soleh, aminn. Dalam pantang juga saya agak sibuk ke sana ke sini, macam tidak terasa pantangnya.. :)


awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP