Tuesday 8 July 2014

milk booster-penambah susu ibu?

Bismillah..

Buat ibu-ibu yang menyusukan..

Kesungguhan, dan perkara paling UTAMA yang perlu di ambil kira untuk menjayakan misi penyusuan adalah KONSEP PENYUSUAN SUSU IBU ibu itu sendiri.

Dari segi kekerapan si anak direct feeding, kekerapan si ibu mengepam , jadual pemakanan si ibu serta konsep supply vs demand si ibu. 

Untuk menghasilkan susu yang meriah, ia perlukan kekerapan menyusu@dirangsang (pam) 2 jam sekali. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Disamping itu ibu menyusu perlu kerap minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. 

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. 

Kurma adalah salah satu makanan mudah yang kaya nutrisi dan khasiat

Emosi ibu juga berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.

Kesihatan yang baik, bertenaga dan tidak lesu penyumbang kepada memastikan misi ini terhasil. Bayangkan jika kita tidak sihat dan lemah, pastinya sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan susu tersebut.

Selamat berpuasa buat semua ibu-ibu.. 

` Awatif Mohd Ali
awatifali.blogspot.com

*********************************************************************************

Bagaimana Qaseh Gold Adinda membantu dalam proses menghasilkan susu badan dan member tenaga?

Thursday 3 July 2014

Qaseh Gold Kekanda - Tribulus Membantu Kesuburan


TRIBULUS - salah satu ramuan dalam QASEH GOLD KEKANDA


Herba Tribulus Terrestris juga di kenali sebagai “puncture vine”(pokok menjalar yang daunya berlubang) yang selalunya di dapati tumbuh di kawasan atau negara bercuaca panas. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh membiak di kawasan bercuaca sejuk.

Herba Tribulus Terrestris di amalkan sebagai bentuk permakanan kesihatan untuk generasi terdahulu dimerata dunia :
  • Di Eropah, di atas kecemerlangannya mengatasi permasaalahan kekurangan tahap hormon manusia untuk lelaki dan perempuan.
  • Di kalangan pengamal herba Cina, ubatan kepada beberapa penyakit seperti, hati, buah pinggang, penyakit berkaitan saliran air kencing serta penyakit kulit.
  • Di kalangan kaum Greek, sebagai kaedah ubatan bagi meningkatkan atau meransang mood dan meningkatkan pengeluaran kandungan air kencing ataupun melawaskan air kencing (diuretic).
  • Di India, sebagai kaedah perubatan yang di amalkan dari generasi ke generasi.

Herba ini di dapati berperanan meransang kelahiran hormon Testosterone, Progesterone dan Estrogen pada tahap optimum kesihatan untuk lelaki dan perempuan.

Herba ini bertindak dan mempamerkan peningkatan pada kadar testosterone, peningkatan pada kelahiran sperma, lantas mempengaruhi peningkatan terhadap peranan sistem reproduksi. Samaada kepada lelaki atau perempuan, tindakbalas herba ini memperkayakan hormon pada tahap keseimbangan sesuai pada kadar yang di perlukan oleh tubuh manusia.

Herba “Tribulus Terrestris” juga memberi sumbangan ketara terhadap ransangan dan nyah-toksin di bahagian hati, mempengaruhi peranan hati terhadap kolasterol dan lain-lain hasilan melalui peroses hati. Herba yang berperanan meransang hati akan membolehkan hati menjalankan tugasannya memecahkan lemak kepada komponen “essential fatty acids” dan “fat soluble vitamins” untuk di guna-pakai oleh tubuh manusia. Sekiranya hati dapat memainkan tugasannya secara optima, maka tahap kolasterol dalam tubuh manusia dapat di kawal, justeru mengawal insiden darah tinggi dan berupaya juga menghasilkan tubuh yang langsing.

Keajaipan herba ini juga termasuk berperanan memecah batu karang, mensalirkan serpihan batu karang tersebut tanpa mengakibatkan luka pada dinding saliran kencing.Ianya juga mnghalang daripada batu karang untuk muncul kembali di buah pinggang.

Lain-lain manafaat herba “Tribulus Terrestris” adalah :
• Peningkatan pertumbuhan otot, penghasilan stamina dan daya dahan yang bertambah.
• Kaedah perubatan untuk “gonorrhea” (sakit pada alat kelamin).
• Kaedah perubatan untuk “psoriasis” (penyakit kulit kronik).
• Kaedah perubatan untuk beberapa jenis penyakit kanser.

Qaseh Gold - Buah Markisa

Antara buah yg baik dalam QASEH GOLD antaranya adalah Buah Markisa...!!!

Buah markisa mengandungi nutrient seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tidur dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pencerah yang menjadikan kulit lebih gebu dan bersih.

Markisa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan gejala alergi dan sensitif. Markisa juga mampu memisahkan dan membuang racun dari dalam tubuh. Selain itu, buah markisa juga meningkatkan kesegaran kulit dan merangsang pertumbuhan sel muda pada lapisan kulit wajah. Markisa mengandungi vitamin c yang tinggi serta anti oksida.

Ada banyak khasiat lain yang dimiliki oleh buah markisa seperti yang ada dibawah ini :

1... Memulihkan Kanser
2... Mengatasi insomnia
3...Mengatasi batuk
4...Anti alergi
5... Menenangkan anak hiperaktif
6... Melancarkan perjalanan Haid
7... Menjaga kecantikan wajah
8...Menurunkan kolesterol
9... Melancarkan peredaran darah
10...Antiseptik
11..Antibodi