Monday 10 March 2014

Persediaan Masuk Rumah Baru

Bismillah..

Sebaik habis tempoh 44 hari pantang, saat yang sangat saya nantikan.. hehe.. Saya memulakan penjelajahan misi mencari barang-barang yang perlu untuk persediaan memasuki rumah baru kami insha allah.. Sebelum itu, encik google menjadi sumber pencariaan info-info.

Ehm.. apa lah sangat yang dicari tu ye? 

Nak cerita jugalah... Bila di kenang kembali, pindah-pindah rumah dan kemas barang ni macam dah jadi sebati pula dalam tempoh hampir 8 tahun kahwin ni. Dan secara kebetulan, waktu itu adalah ketika saya mengandung ataupun sebaik habis tempoh pantang melahirkan anak-anak kami perlu berpindah.. 

Kronologi kehidupan dan pindah rumah. (bukan main lagi ayat..hehe)

1. Jul 2006     - berkahwin dan menetap dirumah emak abah (suami bekerja di Melaka, hujung minggu baru                          balik)
2. 2008          -  berpindah ke Puchong (selepas pantang bersalin Aisyah)
3. 2009          -  berpindah ke Seremban 2
4. 2010          -  berpindah ke Melaka   (selepas pantang Maryam )
5. 2011          -  berhijrah ke Arab Saudi (selepas pantang Khadeejah) 
6. Sep 2013   -  kembali ke Malaysia - menetap sementara di rumah emak di Cheras Baru (mengandung)
7. Nov 2013  -  berpindah ke rumah sewa di Seremban 2
8. April 2014 -  Menanti untuk masuk rumah sendiri di Seremban 2 (selepas pantang Fatimah)

Banyak kali kan kami berpindah-pindah. Bayangkan tiap kali itu, kami kena mengemas barang-barang.. huhu.. Inshaa allah kali ini kami merancang memang menetap untuk jangka panjang di rumah Seremban 2 ini.

Makanya, banyaklah perkara yang perlu dibuat dan dibeli. Alhamdulillah kelengkapan asas rumah sudah ada seperti peti ais, mesin basuh (tapi kena cek balik ni, sebab dah lama tak beroperasi), set tidur dan almari dan barang-barang dapur lain.

Cumanya bila hendak masuk rumah baru, ada beberapa perkara yang kebiasaannya dibuat. Bagi kami, begitu juga. Alang-alang itu saya nak listkan juga untk rekod saya disini apa yang kami buat dan sediakan

1. Renovate rumah ( tambah bilik, dapur dan ruang tamu dibesarkan)

2. Tempah kabinet dapur (rekabentuk masih dalam perbinacangan. Sedang memikirkan susun atur untuk sesuaikan dengan penggunaan dan penyimpanan barang-barang. Juga masih survey sebut harga yang berpatutan dan dalam bajet.

3. hob dan hood - misi selesai alhamdulillah. Terlampau banyak jenama dan bergantung pada harga. Kami tiada pengalaman hendak beli semua ni, jadinya selepas melihat dari segi jenama dan bajet, kami pilih Electrolux.

4. sinki dapur dan paip - misi selesai alhamdulillah. Kebiasaannya kontraktotr akan beri sekali sinki ni, tapi yang biasa punya. Makanya kami membeli sendiri sinki yang inshaa allah lebih tahan lama.

5. Penapis air minuman (dapur) - misi selesai alhamdulillah. Kami pilih jenama Hydroguard. kalau ada kesempatan, inshaa allah saya bagi review.

6. Katil + tilam. - misi selesai alhamdulillah. Kami memang telah mempunyai tilam. tetapi beli untuk tetamu dan ahli keluarga jika berkunjung ke rumah kami. Alang-alang hendak membeli, kami beli yang baru untuk kami, dan yang lama kami jadikan ianya untuk kegunaan ahli keluarga lain/ tetamu.

7. lampu

8. kipas 

9. langsir - selepas ambil ukuran nanti, rasanya kami hendak mencari kain di Nilai 3 dan terus tempah jahit di kedai yang sama. Inshaa allah lebih murah dan kami pun memang hendak yang ringkas sahaja)

10. penghawa dingin (air cond)

11. kabinet partition (antara ruang tamu dan ruang makan)

Pening rupanya kalau nak masuk rumah baru kan. Banyak perkara yang perlu dibeli dan pastinya ia perlu dibuat dengan bijak mengikut bajet yang ada. Dahulukan apa yang penting dan memang keperluan kita. Sekiranya ada bajet lebih, barulah boleh masukkan keinginan kita. Contoh disini barang keperluan adalah seperti peti ais, kipas. Kabinet dapur mungkin  ada yang beranggapan ianya keperluan, tetapi bajetnya agak besar. Mungkin boleh gunakan dulu kabinet/rak sementara sebelum menempah kabinet dapur. 

Hiasan-hiasan dan juga lampu-lampu yang cantik bagi saya termasuk dalam keinginan. Tidak ada pun tidak mengapa, bergantunglah pada bajet. Berhias sekadarnya jangan sampai membazir dan niat menunjuk-nunjuk, wallahu aklam.

Dan juga, Inshaa allah lebih jimat dan berbaloi sekiranya kita dapat membeli barangan rumah ini di ekspo/pameran kelengkapan rumah. Dan kebetulan pada 6-9 Mac lalu ada "homes living exhibition" di Bukit Jalil. Kami tidak lepaskan peluang dan disitulah kami beli beberapa kelengkapan rumah dan juga mendapatkan sebut harga bagi kabinet dapur.

No comments: