Sunday 6 October 2013

Produk Bayi Yang Selamat Untuk Kulit Sensitif -Pigeon Sakura

Bismillah..

Sls free.. paraben free.. fragrance free.. dan macam- macam chemical free lagi. Dan juga produk berasaskan organik.
Pernah dengar itu yang terbaik untuk kosmetik/barangan penjagaan kita?  

Tidak dapat disangkal kita terdedah dengan bahan kimikal dalam setiap produk jagaan diri kita dari dulu lagi. Namun sedikit demi sedikit keburukan ini didedahkan. Klik sahaja informasi dari carian google, inshaa allah kita akan temui penjelasannya.

Bimbang akan kesan negatif dari penggunaan berpanjangan bahan kimia ini, saya cuba untuk mengurangkan penggunaannya dan cuba mencari alternatif lain.

Bahan-bahan kimia ini walau penggunaanya mengikut standard kuantiti yang dibenarkan, namun sekiranya digunakan dalam tempoh yang lama pasti memberi kesan negatif walaupun seseorang itu tidak mempunyai kulit yang sensitif sekalipun.

Untuk anak-anak yang mempunyai kulit sensitif yang mudah terkena ruam dan ekzema,  bahan seperti steroid, paraben dan SLS ini boleh membuatkan kulit anak-anak menjadi lebih teruk lagi. Jadinya untuk mengatasinya, adalah penting untuk menggunakan produk bebas bahan kimia merbahaya ini.

Kalau dari barisan barangan organik untuk bayi dan kanak-kanak memang telah banyak pilihan disediakan. Cuma harga biasanya agak tinggi. Jenama dari luar negara seperti Earth Mama Angel Baby, Paul Penders, Cetaphil, Burt Bees dan lain-lain lagi mungkin sudah tidak asing lagi. Jika dari syarikat Malaysia, ada Buds Organic dan yang terbaru saya tahu jenama Tropicana.

Buat masa ini saya memilih untuk beralih pada rangkaian bayi PIGEON Sakura Baby Toiletries. Saya tidak dapat memastikan adakah ia termasuk dalam produk organik 100%. Rasanya tidak. Namun ia tetap pilihan yang lebih selamat. Info yang saya dapat,

  • Ia adalah jenama penjagaan bayi no 1 di Jepun. 
  • Ia bebas dari kimikal merbahaya
  • Tidak mengandungi paraben
  • Tidak mengandungi sulfat
  • Tidak mengandungi agen pewarna   
  • Menggunakan bahan semulajadi -ekstrak sakura yang kaya bahan lembapan dan anti rangsangan.
  • Ia lembut dan mesra, dibuktikan selamat untuk kulit sensitif bayi.


Saya terbaca yang ia sesuai untuk anak-anak yang sensitif kulitnya seperti yang mengalami ruam dan ekzema. Mungkin rakan-rakan boleh mencubanya selain dari alternatif organik produk yang lain.

Saya sukakan bau rangkaian produk ini. Baunya wangi, agaknya itulah bau bunga sakura, sebab saya tidak tahu pun bau sakura bagaimana.. :)
Saya gunakan untuk anak-anak yang saya yang berusia 2, 3 dan 6 tahun. Alhamdulillah kami sukakannya. Namun untuk memberi testimoni bagi kulit sensitif (ruam dan ekzema) tak dapatlah ye sebab kami tidak mempunyai pengalaman tersebut.

Rangkaian Pigeon Sakura ini saya dapatkan di Jusco AEON. Ada juga saya lihat di Tesco, tetapi setnya tidak lengkap. Lain-lain pasaraya saya tidak pasti. Harga rangkaian Pigeon Sakura ini sedikit mahal berbanding produk rangkaian bayi yang biasa terdapat di pasaran, tetapi ia masih dibawah harga mampu milik inshaa allah.

Set lengkap terdiri dari :-

  • Baby wash 2 in 1
  • Baby shampoo
  • Baby milky lotion
  • Baby powder
  • Baby oil
    Ini kakak 'Aisyah, Maryam dan Khadeejah punya.. :)
    Untuk baby wash 2 in 1 ummi dah siap -siap beli yang botol besar+refill

*******************************************************************************

Sungguhlah pemakanan sunnah itu disaran kerana di dalamnya terletak seribu, malah lebih kebaikan.. Inshaa allah..


awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap: 
019-2399079
Email : awatifm.ali@gmail.com
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP



Himpunan makanan sunnah dan herba terpilih - Qaseh Gold Adinda (wanita)
                                                                             - Qaseh Gold Kekanda (lelaki)
                                                                             - Qaseh Gold Junior (anak-anak)
Kapsul Habatus sauda Minsyam
Kapsul Minyak Zaitun 


Bedak Arab 50gram

No comments: