Friday, 3 January 2014

Teknik Bernafas Ketika Kontraktion dan Bersalin

Bismillah..
Bila sudah dalam fasa-fasa nak bersalin ni, mula lah nak mencatat perkara-perkara yang berkaitan. hehe..
Pengalaman bersalin. Pastinya setiap orang merasakan perbezaan dan rasa yang tersendiri kan. Sering kita dibayangi dengan rasa sakitnya bersalin itu, sampaikan si ibu rasa takut hendak melalui proses tersebut.
Tapi alangkah nikmatnya apabila rasa sakit yang dibayangkan itu ditukar kepada rasa sensasi yang begitu nyaman, indah cantik. Kuncinya, ada pada diri kita sendiri. Kita perlu menukar rasa takut tersebut kepada nilai yang lebih positif, lebih bertenang.
Apa yang sering ibu fikirkan, adalah rasa kontraktion (surge) yang dialami. Rasa tegang perut, rasa memulas, rasa apa lagi? Masing-masing punyai pandangan tersendiri bagaimana rasa itu kan? :)
Jadinya, teknik pernafasan yang betul amatlah membantu semasa kontraktion ini. Jangan fikirkan kesakitan yang dirasa, dan jangan 'melawan' rasa sakit tersebut. Perilaku seperti menggengam tangan dengan kuat, mengetap gigi, mengeraskan badan sepatutnya tidak dibuat. Kita biarkan badan kita releks dan dalam keadaan selesa, kita layan bernafas je.. tarik, hembus, tarik, hembus..  
Amboi, macam senang je cakap yek.. hehe..
Bagaimana kita hendak mengaplikasikan teknik pernafasan?
3 JENIS PERNAFASAN
1) Relaxtion Breathing
Ia pernafasan yang menenangkan, samaada diaplikasi ketika sakit kontraksi atau proses melahirkan anak, malah ia pernafasan yang boleh diguna bila-bila masa.
cara : Ambil nafas melalui hidung (dalam hati kira dari satu sampai 7). Kemudian, lepaskan nafas melalui hidung juga (dalam hati kira juga dari 1 sampai 7). Apabila kita fokus pada bilangan tersebut, ia membantu kita untuk tidak memikirkan kesakitan yang sedang dialami.
2) Ketika Kontraktion
Teknik 1 -Ia merupakan pernafasan secara perlahan.
Masa Kontraktion (surge) datang, tarik nafas perlahan-lahan, kalau boleh sampai ke 'puncak' sama sakit dengan surge tu. Bila rasa surge makin menurun, hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. 

Cara: tarik nafas melalui hidung (kira dalam hati dari 1 sampai 8). Kemudian, hembus nafas secara perlahan, seperlahan-lahannya. :) (dalam hati kira dari 1 sampai 20).
Awal-awal, memang tak sampai la nk hembus tunggu sampai 20..hehe.. Sebab itu, kena buat latihan/persediaan sebelum bersalin lagi.( Yang tengah tulis ni pun tak berlatih lagi ni..huhu)
Hembusan nafas secara perlahan-lahan tersebut membuatkan badan kita benar-benar releks, dan kita tidak terasa seperti hendak menahan/keraskan badan kalau kontraktion datang. Kalau kita keraskan badan, sebenarnya kontraktion itu akan lebih teras kesakitannya.
Kiraan ini bukan penting, tetapi ia memberi kita panduan masa /lamanya kita dapt menarik dan menahan nafas. Boleh minta bantuan encik suami untuk kirakan, kita layan nafas je..hehe..
Amalkan teknik ini berterusan sampai rasa kontraktion hilang.
Teknik 2 - Pernafasan Secara Dalam
Tarik nafas dalam-dalam, dan lihat perut kita menaik. Bayangkan kita sedang hantar oksigen pada baby kita. Kemudian hembuskan perlahan-lahan keluar dari bibir yang sedikit terbuka. Sambil itu, kita boleh bayangkan perkara yang best-best. Jangan fikir yang sakit-sakit..
3) Ketika Proses Melahirkan Anak 
Yang kita faham dan diaplikasi di hospital, si ibu disuruh meneran ketika hendak keluarkan baby bukan?
"push, push... "
Sebenarnya, secara alami si ibu tidak perlu bertindak demikian. Push atau teran yang salah hanya akan memberi risiko koyakan yang teruk pada perineum. Inshaa allah tiada /minir koyakan sahaja.
Sekiranya masa itu telah tiba, bayi itu sendiri akan mencari jalan kelahiran, dan seterusnya uterus akan mula menolak bayi keluar disamping bayi tersebut yang akan menolakkan dirinya sendiri untuk keluar.
Ibu hanya membantu tolakan tersebut dengan teknik 'teran' yang betul. Relekskan badan, jangan keraskan, genggam tangan, ketap gigi dan sebagainya. Disamping mengaplikasikan teknik bernafas, kita serapkan juga terapi jiwa dengan zikir dan doa.
Cara 1- Ibu hanya perlu mengikut gerak bahasa tubuhnya sendiri. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, dan lepaskan nafas panjang dan perlahan-lahan melalui mulut. 
Cara 2- Tarik nafas sekejap. Kemudian, hembus secara perlahan dengan membayangkan nafas dilepaskan ke bawah, membentuk bentuk J. Kita akan rasa pernafsan kita 'bergema' di belakang hidung dan juga seakan merasakan otot perut seakan 'melentur' (flexing) ketika kita menghembusnya. 
Cara 3 -Atau tarik nafas (kira dalam hati 1 sampai 7). Kemudian hembuskan nafas cepat-cepat seperti kita hendak melepaskan/ mengeluarkan bayi kita.

Apa- apa pun, minda memang kena positif, tak fikirkan kesakitan.. Yang difikirkan, permata hati yang akan keluar. Inshaa allah, kita usaha, doa zikir banyak2. 

Hasbunallah hiwanikmal wakil..
Oh ya, di akhir-akhir kehamilan ni, jangan lupa makan minyak kelapa dara dan buat urutan perineum dengan Minyak Kelapa Dara Catalyst. Boleh dapatkankannya di  AL-ATIFF-SHOP :)

Klik sini untuk entry saya Minyak Kelapa dara dan urutan perineum


Hubungi :-
awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpageAL-ATIFF-SHOP
                                KAIN ENGLISH COTTON

No comments:

Post a Comment