Monday, 30 December 2013

Makanan Sunnah - Khasiat Habatus Sauda

Bismillah..


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:



"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". 


(Riwayat Bukhari)




Apa itu Habatus Sauda?



HABBATUS SAUDA' adalah sejenis tumbuhan semulajadi dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang mana terdapat didalamnya biji HABBATUS SAUDA'. Tumbuhan ini terdapat di negara-negara Arab dan dikenali dengan berbagai nama seperti di Mesir dan negara Syam dengan nama Al-Habbatul Barakah, di Yaman dan Iran dengan nama Al syuniz, di Algeria dengan nama Sanuj dan Moroko dengan nama Basdas.Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin dan dalam bahasa Perancis ia dipanggil Graine Cumin Noire atau Wagella Cultiree.



Banyak kajian yang telah dibuat mengenai habatus sauda ini.


Habatussauda mengandungi pelbagai vitamin, mineral, protein nabati, juga asid lemak tak tepu. Habbatussauda juga mengandung lemak essential yang penting bagi kesihatan kulit, rambut, selaput lendir, pengendalian tekanan darah, proses hormon dalam tubuh, dan sebagainya.
Selain kandungan bahan-bahan alami tersebut, habatussausa juga mengandung nigellon, yang termasuk dalam kategori zat anti-oksidan alami, seperti vitamin C dan A. Habatussauda juga mengandung glutathion yang mememiliki peranan  dalam melindungi tubuh dari ancaman radikal bebas. 

Secara ringkas, khasiat habatus sauda adalah :-

1) Sebagai sumber tenaga
-mengurangkan keletihan
-membantu memberi kecergasan pada tubuh secara alami

2) Sebagai imunisasi badan
-mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, membantu tubuh melawan penyakit
- meningkatkan sistem kekebalan tubuh


3) Anti Inflamasi

 – mengurangkan bengkak dan radang, penyakit kulit ekzema (radang kulit)

- untuk radang sendi (artiritis), kajian menunjukkan bahwa ekstrak habbatus sauda mengeluarkan nitric oxide yang boleh memberi keberkesanan dalam meringankan infeksi sendi.


4) Anti Histamin

 – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, contoh pada mereka yang  mempunyai alahan kepada makanan dan juga pengidap asma.
- thymoquinone, yang merupakan zat aktif utama pada minyak habbatus sauda, berfungsi melonggarkan otot trakea dan bronkus yang menyumbang pemulihan asma.
5) Anti Bakteria
 – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, 
 - mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, 
 - mengatasi masalah bau mulut


6) Meningkatkan aktiviti anti oksida

-  antioksidan membantu melindungi tubuh dari pengaruh radikal bebas yang menyebabkan terjadinya kerosakan jaringan dan timbulnya beberapa penyakit seperti arterosklerosis, kanser dan sebagainya. 


6) Anti Parasit

 - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)


7) Melancarkan sistem perkumuhan dan mencegah kegagalan ginjal

 - merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
zat  thymoquinone dalam habatus sauda menyebabkan berkurangnya pembuangan protein dan albumin dari urin, dan ia benar-benar berkhasiat mencegah oksidasi serta memperlambat faktor-faktor negatif yang boleh memberi kesan terhadap ginjal. 


8) Mencegah kanser

- Antara kajian yang dibuat adalah terhadap kanser hati dan kanser payudara


9) Mengurangkan/ mengubati diabetes (kencing manis)

- Kajian menunjukkan habatus sauda mampu menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kadar insulin dalam darah.


10) Melindungi jantung dan pembuluh darah

- peningkatan zat homosisitin dalam darah meningkatkan risiko terjadinya penyakit pembuluh darah jantung, pembuluh darah otak, dan pembuluh darah periferal. 
-zat thymoquinone di dalam habatus sauda boleh menjadi pencegah yang efektif terhadap kenaikan homosisitin, seterusnya melindungi jantung dan pembuluh darah.
11) Menurunkan tekanan darah
- kajian menunjukkan pengambilan habatus sauda boleh menurunkan tekanan darah.


Sesiapa sahaja boleh menikmati khasiat habatus sauda ini, dari peringkat kanak-kanak sehinggalah warga emas kerana istimewanya habatus sauda sebagai sumber tenaga dan mempunyai pelbagai zat gizi.

Malahan untuk ibu-ibu yang menyusu juga sesuai mengamalkan habatus sauda kerana ia membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu disamping susu yang dihasilkan juga berkhasiat

Untuk anak-anak, Habbatus Sauda’ juga mengandungi asid amino arginin (acid amino arginine), iaitu salah satu zat asid yang penting dan sangat diperlukan  untuk perkembangan anak.

Habatus sauda kapsul Minsyam, sangat mudah dan pastinya ia produk berkualiti. Penghasilan habatus sauda kapsul tersebut adalah menggunakan proses perahan sejuk yang menjaga kualiti habatus sauda tersebut.

Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. 

Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.



Boleh cuba pakej sebulan rm36 + rm6 postage.

awatif mohd ali
telefon/sms /whatssap : 019-2399079
layari fanpage : AL-ATIFF-SHOP

No comments:

Post a Comment