Friday, 27 December 2013

Bedak Arab Halal - Wudhu dan Solat

Bismillah..

Perkongsian kali ini..

Tentang isu Bedak Arab Kokuryu. Ok, ramai yang sudah sedia maklum yang bedak arab ini telah pun mendapat pengikhtirafan halal  dari Islamic Da'wah Council of the Philippine (IDCP). 

Dan saya rasa terpanggil untuk ketengahkan perkara ini kerana ada yang mengatakan," ia halal, maka bolehlah dibawa solat. "


Betul, inshaa allah bedak arab ini boleh dibawa dalam solat. Tetapi rakan-rakan jangan lupa, ketika mengambil wudhu kita perlu pastikan kita menepati syarat sah wudhu iaitu air dapat mengalir ke kulit kita tanpa halangan.

Pada yang sudah biasa memakai foundation pasti akan perasan yang air seakan tidak telap pada muka bukan? Seperti yang kita tahu, bedak arab juga terdiri dari 3 elemen iaitu sebagai pelembab, bedak asas(foundation) dan bedak. Makanya, kemungkinan bahan-bahan di dalam bedak arab ini juga mengandungi bahan yang tidak telap air. Untuk memastikan air benar-benar mengenai kulit kita ketika berwudhuk, kita perlulah mencuci muka kita terlebih dahulu dengan pencuci muka. 

Macam saya, walaupun hanya memakai sapuan tipis dan adakalanya bila waktu sudah petang terasa macam sudah hilang bedaknya pun, saya masih mencuci muka sebelum berwudhuk untuk benar-benar yakin air akan mengenai kulit.

Walaupun bahan yang digunakan didalam bedak arab adalah halal dan bukan najis, namun kita perlu pastikan yang bahan tersebut tidak menghalang air. Bagaimanapun, selepas berwudhuk kita hendak berbedak arab dahulu kemudian baru solat, ianya tidak masalah.. :) 


No comments:

Post a Comment